HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Sunday, September 01, 2013

Kita perlu BERSYUKUR

 
 Alhamdulillah...akhirnya dapat juga bernafas dengan lega..badan dapat berehat dengan sepuasnya. kerja-kerja mengedit blog dan doodle dah habis hantar tinggal satu ja tapi tuan dia nak lambat katanya..Rasanya sejak dua menjak ni aisya keja post iklan doodle je kan..yela nak update katakan..nak buat posting baru memang tak sempat jadi update pasal iklan pun jadi la.. Kaifa hal sahabat-sahabat semua..harap2 sihat dan tersenyum lagi bila baca posting kali ni..
aisya nak kongsi cerita sikit dengan sahabat semua..cerita ni membuat kan aisya rasa menusuk ke dalam hati. hari Sabtu (31.8.2013) aisya ke Hospital besar Langkawi melawat saudara terdekat yang ditimpa musibah.. lebih kurang sejam lebih jugak aisya di sana..sembang2 dengan mak saudara. tengok jam dah lewat..seronok sgt sampai lupa waktu melawat da nak habis.
Dalam perjalanan aisya nak keluar dari Wad Lelaki..aisya ternampak seorang ibu yang sedang terlelap tidur di birai katil anaknya, aisya perlahankan jalan nak perhati kedua beranak tu..sayu hati
Tiba-tiba budak tu kalihkan kepala kearah aisya..terkejut aisya dan dia tersenyum. aisya bergarak kearah dia nak dudul di kerusi sebelah katil dia..dia cuma memerhati..
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam.."
"Adik sihat...?"
"saya sihat...kak ni siapa?"
"Nama kakak aisyah..kak datang melawat saudara kak dekat hujung sana"
"Ooooh....."
"Adik sakit apa...."
............................?
"saya sakit...demam panas lepas tu kaki saya......"
"......................kaki saya dah tak boleh gerak tu ja yang saya ingat"
aisya terdiam..melihat wajahnya aisya rasa sedih..terasa panas muka tapi tahan jugak..malu nanti adik tu tengok. hilang kata-kata..apa aisya nak cakap aisya pun tak tahu..nak bagi semangat ke? ermmm..
"Tapi..mak cakap Allah masih sayangkan adik sebab tu dia tak bagi kaki adik tak boleh gerak..betul ka kak apa yang mak cakap tu?"
"Ya..betul apa mak adik cakap tu, Allah sayang sangat dekat adik sebab tu tak bagi adik jalan nanti adik buas..susah mak dan DIA nak jaga adik..adik kena kuat tau..adik tak boleh sedih-sedih..hidup ni kena kuatkan semangat mcm ni...." sambil tunjuk demo sikit bagi dia ketawa..budak tu cuma tergelak mungkin sekurang2nya ada orang yg boleh hiburkan hati dia disaat ini.. mak dia masih tidur mungkin letih menjaga dia semalaman..
"Adik..kak kena balik waktu melawat da nak habis..nanti bila2 kak datang lagi ye..ingat apa kak pesan tadi tau.."
"Ye...hati-hati kak aisya"
aisya meninggalkan dia tanpa bersalaman dengan mak dia.. tak sampai hati nak bangunkan mak dia..budak tu tengok aisya sambil tersenyum..dia mungkin dalam lingkungan umur 10 tahun tapi sudah kehilangan kedua belah kaki dan saat ni dia tak boleh nak buat yang budak2 buat..tak boleh nak berlari, bermain hanya berharap pada kerusi roda..

Bila bertemu dengan dia walaupun sekejap tapi cukup menyedarkan aisya..'untungnya aku..sebab tak dipilih untuk melalui ujian seperti itu..Alhamdulillah' hidup...perlu banyak bersyukur sebab apa yang kita ada orang tak ada..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...