HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Saturday, September 07, 2013

Langkah Murni Si Perigi

LANGKAH MURNI SI PERIGI..
 
Setelah dikenal pasti dan muktamad orangnya, maka pihak wanita boleh mula melamar dengan merisik terlebih dahulu. Merisik bukanlah dalam pergertian adat yakni menghantar cincin tanya atau sebagainya. Tetapi cukup dengan menghantar wakil untuk bertanya. Seeloknya ibu bapa sendiri, sahabat atau  wakil keluarga yang dipercayai. Jika diterima, Alhamdulillah boleh diteruskan kepada tahap seterusnya, sama ada meminang secara rasmi atau bernikah terus(tidak jadi masalah). Jika ditolak, terimalah, apa yang nak dimalukan. Kita berusaha dengan mengikut syariat. Gagal perkara biasa. tidakada apa yang hendak dimalukan.
 
Malah, usaha yang baik ini walaupun gagal, dikira berpahala di sisi Allah SWT. Sekali lagi tidak ada sebarang sebab untuk malu.
 
Orang perempuan seharusnya bersa malu jika melakukan sesuatu yang melanggar syariat. Misalnya , berjalan berdua-duaan, bergaul bebas, mendedahkan aurat dan sebagainya. itu salah dalam adat dan syariat. Tetapi anehnya, perkara - perkara mungkar seperti itu tidak pun dimalukan. Sedangkan itulah yang sebenarnya memalukan. apa yang nak dimalukan sebab ramai yang berbuat begitu. Sama ada diperkatakan secara langsung atau hanya disimpan dalam hati. Oleh sebab majoriti sudah melakukan maka tidak ada apa yang hendak dimalukan lagi. sedangkan menurut islam, perilaku yang sedemikian itulah yang sebenarnya mencemarkan akhlak dan menjatuhkan maruah.
Jadi, perigi mesti memulakan langkah mencari timba. mulakan dengan hemat dan terhormat. jejakilah langkah SITI KAHDIJAH. Tanpa rasa malu, walaupun usianya sudah 40 tahun untuk melamar jejaka (MUHAMMAD) yang baru berusia 25 tahun. Bebaskan diri daripada dibelenggu adat yang tidak bersendikan syariat. kita bentuk budaya baru. siapa yang memulakan yang baik, kemudian diikuti, maka dia mendapat pahala berterusan hasil jejaknya yang diteladani orang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...