
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
Fadhilat Taubat :
Cara Solat Sunat Taubat
1. Niat solat sunat taubat
2. Membaca surah Al-Fatihah dan membaca surah-surah seperti dibawah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Tiada tuhan melainkan Dikau(ALLAH) Maha Suci Dikau!Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan yang aniaya (zalim).
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
5. Baca Doa Taubat
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
Semoga dengan tutorial solat ni dapat membantu sahabat-sahabat dalam meningkatkan mutu ibadah kepada Allah In Shaa Allah..tapi jangan bertaubat sekali jer lepas tu dah tak buat..kena faham solat taubat ni dilakukan apa bila kita telah berbuat salah atau dosa..Wallahualam.. (^____^)
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Sumber rujukan disini
terbaek...
ReplyDelete@yuyu... terbaik (versi boboiboy) (^_^)
DeleteTerima ksih atas ilmu yg dikongsi bersma
ReplyDeleteSama-sama...semoga mendapat manfaat ^^
Deletesy x pndai nk bc doa tu.. blh ke sy bdoa dalam bahasa melayu??
ReplyDeleteBoleh kalo nak baca dalam bahasa melayu..
DeleteNk tanya..klau xfasih baca doa taubat n kte nk gnti dgn baca maksud doa taubat boleh k?..
ReplyDeleteya boleh dan lebih elok baca dlm bahasa kita.. sebab kita lebih faham perkara yg kita ingin sampaikan.. ^^
DeleteKlau doa taubat 2 kte gnti dgn baca mksud doa taubat 2 boleh...?
ReplyDeleteya boleh dan lebih elok baca dlm bahasa kita.. sebab kita lebih faham perkara yg kita ingin sampaikan.. ^^
Deletesalam sis...
ReplyDeleteminta izin copy ye..
Syukran
@Deja Mohdwaalaikumusalam.. sila2.. xminta izin pun xpa.. ^_^
ReplyDeleteassalamualaikum.,trime kaseh ats pngkongsian ilmu saudari
ReplyDeleteTerimakasih.sangat2 membantu.mohon copy ya.
ReplyDeleteAssalamualaikum, mntak maaf nk tnye sikit. Langkah 1 sampai langkah 5 tu mmg wajib kena ad ke masa buat solat taubat tu ? Andai kata sy terlepas beberapa step kt langkah 3 tu adakah solat taubat sy sah atau sebaliknya ??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum, Penghulu Istighfar kalau kita baca sekali saja lepas solat taubat x pa tak
ReplyDeleteAssalamulaikum, Penghulu Istighfar kalu baca sekali saja lepas solat taubat bleh tak..terima kasih
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi berkongsi
ReplyDeleteterima kasih kerana sudu berkongsi
ReplyDeleteAssalamaualaikun. Skdr ingin berkongsi. Jika kita tidak mampu utk menghafal doa dlm b. Arab atau maknanya sekalipun, tidak mengapa jika kita ingin berdoa dlm b. Melayu yg bkn terjemahan b. Arab. Asalkan kita benar2 ikhlas berdoa dan sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg kita tidak tahu. Terima kasih...
ReplyDeleteSalam sis, pasal taubat nh,kalau slps mlkukan solat taubat,tp slps tu kita buat lg. Lpas tu taubat lg, blhkah kita trus buat ?
ReplyDelete@Anonymous waalaikumusalam, boleh sgt..mmg mcm tu la caranya..bila kita buat dosa kita kena bertaubat.. kalau 5 kali buat dosa 5 kali kita bertaubat.. wallahualam
ReplyDeletejika kita pernh melakukan maksiat dan dosa besar bersama kekasih kita ataupun terlanjur..bagaimana cara terbaek untuk mghapuskan dosa tersebut?? selain bertaubat ..perlukah berkhwin dgn kekasih kita tu utk mghapuskan dosa tersebut??
ReplyDeletesaya nak tanya..wajibkah kita membaca sura kafirun?? jika kita tidak hafal,bolehkah kita ganti dengan surah lain?
ReplyDeleteassalamu'alaikum dik aisyah...
ReplyDeleteakak minta kebenaran utk copy dekat words yer doa solat sunat taubat.
terima kasih..
salah satu blog kegemaran sy ..
ReplyDeletehope lepas ni awk ada share lagi pekara2 bermafaat buat semua.. ;)
Mampu kah Allah trime mnusia teruk sperti aku ni? Apatah lagi jika umur ku tidak panjang.. Subhanallah.. trime ksih krana share..
ReplyDeletethanks for sharing. sangat berguna.
ReplyDeletecomel nya belog awak...pink i like..saya ada terbaca kat blog lain jugak..boleh juga kita kerjakan sunat taubat setelah terbuat dosa..contoh macam tak tutup aurat..
ReplyDeleteThanks for info sharing!
Akak nak tnye boleh tak ? Kalau nak baca dlam bhasa melayu start dari step 1 hngga 5 boleh ke ?
ReplyDeleteTrima kasih yang amat bermakna untuk saya
ReplyDeleteTerima kasih sahabat..
ReplyDeletesama-sama semua.. semoga ia bermanfaat utk kalian ^^
ReplyDeleteTerima kasih..ilmu yang sangat berguna..semoga Allah merahmati ilmu yg admin kongsi.
ReplyDeleteassalammualaikum... ingin bertanya jika tak mampu zikir 40kali masa sujud tu boleh tak buat sekadar yang mampu? atas faktor kesihatan... terima kasih saudari...
ReplyDeleteBismillahirahmanirahim
ReplyDeleteWaalaikumusalam..
boleh..itu hanya perkara sunat yg menambah pahala ibadat kita
moga Allah menyembuhkan anda ^^ aminn
alhamdulillah...terima kasih atas penerangan... in shaa Allah... aamiin... salam ukhwah dr sy...
ReplyDeleteAssalammualaikum cik,st nie buta jawi.. Malu pulak sy nak tny,mintak maaf.. Sy nk tny,sy buta jawi,kalau baca doa dlm rumi boleh ke? Macam mana kalau x ingat,boleh ke baca dikertas ketika solat? Maafkan sy jika soalan sy keterlaluan.. Sbb sy mmg perlukan jawapan cik.. Sy btl2 nk tahu.. Maafkan sy..
ReplyDeleteSalam . Sewaktu dalam sujud terakhir ke istgfar 40x tu ..
ReplyDeleteSalam . Maaf bertanya . Sewaktu dalam sujud terakhir tu kah kna istrgfar 40x tu ? Terima kasih
ReplyDeletewassalam..ya @Nur Syuhaida
ReplyDeleteistigfar tu dibaca ketika sujud terakhir ^____^v
Perkongsian yg amat bermakna. Teruskan satu usaha yg murni dan bermanfaat
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi ilmu yg bermanfaat..
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi ilmu yg bermanfaat... alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga Tuan punya blog ini mendapat keselamatan di dunia dan di akhirat.
ReplyDeleteAmeen..
Assalammualaikum....sy nak tanya kalau tak tau nak baca macam mana nak buat?
ReplyDeleteAssalamualaikum...saya nak tanya.. selepas kita solat Taubat (Nasuha), kita main gajet lagi macam mana??
ReplyDeleteterima kasih
Assalamualaikum...saya nak tanya selepas kita solat Taubat,boleh ke kita main gajet contohnya dengar lagu yang membuatkan kita lalai tentang solat?
ReplyDeletesaya nak tanya jugak yang lepas kita solat Taubat, kita perlu ke meminta maaf kepada semua orang yang kita buat salah?
maaf banyak soal...
terima kasih
Assalamualaikum muslim dan muslimah,
ReplyDeletemau tanya, sekiranya kita solat saja kemudian istigfar biasa dan doa adakah sah hal taubatnya itu (sedangkan siperilaku menyesal dan berjanji tidak mengulangi perbuatan salah)