Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda : Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui
Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling
daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu
telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini
dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”
Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga menampakkan bayangan tubuh badan dari luar
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang
memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa
alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan
merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta
yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium
bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat
jauh”
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa
dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan
nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin
Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan
Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri
kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya
untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan
auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak,
tetapi bentuk tubuhnya nampak”
Warna pakaian itu suram atau gelap
seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang
sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti
jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian
wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna
hitam)
Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum,
demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada
pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai
bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan
oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
berpakaian menyerupai pakaian lelaki..Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)
Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik
Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.
Sumber: http://www.hanan.com.my/
No comments:
Post a Comment