HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Tuesday, February 19, 2013

cara solat Sunat Tahajjud

Ahlan wasahlan.. apa khabar sahabat2 aisya..ehemmmm..harap2 tu sihat la noh.. okey tak bazir masa sekarang nak kongsikan sedikit ilmu dengan sahabat2 semua..
"Macam mana nak solat sunat tahajjud?"..follow arahn di bawah k..
 
sebelum tu..nak terangkan sedikit apa tu solat sunat tahajjud?
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)


Tujuan Solat Tahajjud

Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud 

Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

 

Niat Solat Tahajjud:

 
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

                  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

 Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
                                                                                                 Atau;

Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
                                                                                                 Atau;

 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

 

Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

doa sujud akhir tahajud 

Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

 

Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

Doa Solat Sunat Tahajjud 

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
Sumber rujukan disini

Sunday, February 17, 2013

Kembalilah kepada Allah swt

Ahlan wasahlan semua sahabat2..rasanya berhabuk plus sawang lagi dekat belog ni kan sebab dah lama rasanya tak meng'update' post terbaru..
Alhamdulillah masih bernyawa aisya ni ^^ siap boleh menaip lagi..tu tanda sihat walafiat.. semoga kita semua sentiasa di cucuri rahmat dan hidayah dari Allah swt dalam meniti kehidupan di bumiNYA yang penuh dengan dugaan dan ujian.. hari ni aisya bukan nak celoteh benda pelik-pelik cuma nak kongsi perasaan dengan sahabat2 di luar sana tak kisah lah..ibu..ayah..kakak..abang..adik atau seangkatan dengannya.. In shaa Allah
Kadang-kadang dalam meniti kehidupan ni kita tak sedar semua yang ada disekeliling kita adalah milik Allah swt 100% termasuk diri kita..yang kita tahu seronok..happy go lucky..dan lupa apa sebenarnya tujuan kita ada di atas muka bumiNYA yang penuh dengan barakah.. seronok..gembira bukan satu kesalahan dalam islam malah itu adalah fitrah kejadian manusia yang Allah swt jadikan dengan pelbagai perasaan seperti gembira,sedih,kecewa dan seangkatan dengannya tapi janganlah keterlaluan sehingga kita lupa diri..lupa kepada Allah swt.. Islam tak pernah larang kita gembira dalam hidup ni tapi biarlah adaa  batasan dan berlandaskan syariat. Bila dah terlalu seronok sehingga lupa segala-galanya hidup kita akan jadi kucar kacir..haru biru..jiwa akan kosong.. percayalah cantik macam mana pun kita..kaya macam mana pun.. seronok macam mana pun kita pasti kita akan rasa kosong jauh di sudut hati.. rasa kosong.. jiwa tak tenang.. hidup tak tenteram buat semua benda tak kena..itu tanda Allah swt tak redha dengan cara hidup kita yang macam tu.. tapi kurang cantik macam mana pun kita..miskin macam mana pun kita.. kecewa macam mana pun kita.. bila dekat kepada Allah swt..bila paling kan wajah kepadaNya dan menangis kepadaNya ketenangan yang kita akan dapat..
Apa guna kalau hidup beribu tahun di atas muka bumi ini kalau tak jaga hubungan dengan Allah swt tak jaga hubungan dengan manusia..? Apa guna hidupa kaya raya..nak apa semua dapat kalau Allah tak pernah Redha dengan kita..."tak ada maknanya"..
Biar dosa tinggi mengunung selagi pintu taubat masih terbuka selagi itu Allah swt akan sentiasa mengampunkan kita sebab DIA Maha Pengampun lagi Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya yang insaf dan kembali kepadaNya dengan taubat nasuha.. Nabi tak pernah kata kita terlambat kalau nak bertaubat atau mengubah diri kearah yang lebih baik.. hidup yang bermakna dan tenang adalah hidup yang sentiasa mencari dan memohon keredhaan dari Allah swt.. yakin kepadaNya dan kembalilah kepadaNya..
Allah swt sentiasa sayang dan kasihkan kita..buktinya? DIA tak pernah minta kita bayar balik diatas semua nikmat terutama nikmat bernafas kepadaNya..yang DIA mahu cuma kembali kepadaNya dengan bertaubat dan patuh kepada perintahNya serta jauhi laranganNya
Aisya harap perkongsian yang sedikit ni dapat membuka mata sahabat2 dan sentiasa bersungguh2 bermunajat kepadaNya.. maafkan aisya andai ada kekhilafan dalam kata..hanya menulis sekadar yang mampu...In Shaa Allah ^^

Saturday, February 02, 2013

Cara Solat Sunat Hajat

 
 
 Ap khabar semua? hope antum semua sentiasa berada dalam keredhaan dari Allah swt..Okey tak nak cakap-cakap kosong..ada sahabat request "Macam mana nak solat Hajat?"..untuk semua sahabat-sahabat diluar sana yang nak tahu macam mana nak buat solat hajat tu boleh rujuk dekat bawah..
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
 Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
 
 
CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT

1. Lafaz niat
 
 
 "Sahaja aku menunaikan solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taa'la"
2. Baca Surah Al-Fatihah (Rakaat 1 & 2)
3. Rakaat 1: Surah Al Kafirun atau Ayat Kursi (1 kali atau 11 kali)
“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
Rakaat 2: Surah Al Ikhlas (1 kali atau 11 kali)
“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.
 
MEMBACA TASBIH
 Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali: 
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

ATAU MEMBACA TASBIH BERIKUT 1 KALI
 
   

Wirid Selepas Solat Hajat

.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
       a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
      b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” 
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
 .
     c.  Selawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
 
 

Doa Solat Hajat

  .
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:
.
 
Sumber rujukan Disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...