HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Friday, December 28, 2012

Dimana cantiknya seorang perempuan itu...??


Greeting Text

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu
menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu
memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya
yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau
yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi
umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau
mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan
suara manjanya yang boleh melembut sekaligus
melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup
untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah
berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum
cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan
perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat
Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan
keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga,
dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin
saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.
Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat
keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Thursday, December 27, 2012

Ikhlas tu...RAHSIA

Greeting Text
apa khabar semua.... sihat kah kalian di mana jua kalian berada (ayat formal)..Ya Allah...lama rasanya aisya tak meng'update' belog PCI ni kan.. orang kedah kata 'kalut cek oi' ^^  Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT Pencipta Sekelian Alam sebab masih diberi kesempatan untuk bercelotah dekat belog niey...Alhamdulillah jugak sbb masih diberi nafas sehingga kehari ini esok lusa belum tentu lagi kan.. Jadi buat persediaan cepat... mati datang tak ada kata "Assalamualaikum hamba Allah...dah bersiap nak pergi berjumpa tuhanmu?"... tak..tak..tak...tak ada...
Okey..baiklah hari ni bukan nak cerita pasal kematian..nanti2 ana postkan bab kematian..hari ni nak sembang-sembang santai sambil dengar cerita ana..tajuk hari ni macam kat atas tu  Ikhlas tu rahsia.. jeng..jeng.. apakah yang dikatakan ikhlas tu..apa pulak yang rahsia-rahsianya..kan..

Lokasi cerita ditempat kerja..hari yang sangat sibuk bak kata orang putih hardworking la kan.. akak  ofis datang minta tolong postkan dokumen guna post laju..okey dah memang  keja pentadbiran..dan terus dia cakap "Ikhlas tak ni?"... ermmmm aisya terus senyum sambil balas "Shuuuuu..RAHSIA" akak tu tergelak dengan jawapan aisya...

Sebab apa Ikhlas tu rahsia... sebab ikhlas tu bukan satu benda yang mudah.. Ikhlas tu rahsia ALLAH SWT.. setiap pekerjaan ataupun ibadah bukan kerana ALLAH SWT..tak ikhlas namanya tu..kan Ikhlas tu hanya ALLAH SWT sahaja yang mengetahui sama ada manusia tu ikhlas atau tidak.. bak kata orang tua2 mulut berkata lain hati siapa yang tahu..mungkin mulut dia cakap ikhlas tapi hati hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui...dalam kata lain..
Ikhlas adalah rahsia Allah swt dan hamba-hambaNya. ia tidak dapat diketahui malaikat sehingga dia tidak kuasa menulisnya. tidak pula diketahui syaitan, sehingga dia tidak berkuasa merosakkannya.
http://3.bp.blogspot.com/-XtlZ_9ViPIE/UAZW6E-C51I/AAAAAAAAAyE/DGLj2ztztM8/s400/ikhlaskah%2Baku_.jpg

Ikhlas tu terlalu tersembunyi tapi dapat dikesan..sifat ikhlas tu sangat istimewa. Ikhlas yang seikhlasnya la kan bila semua benda atau ibadah yang kita buat sepanjang hidup kita baik susah atau senang hanyalah kerana Allah swt semata-mata. tapi.... bila kita buat sesuatu ibadah hanya sebab nak dapatkan perhatian atau dilihat oleh manusia tu dah tak ikhlas jadinya.. dan sekiranya dalam keadaan kita buat ibadah yang boleh dicontohi oleh manusia lain tu lebih baik..yang paling penting sekali NIAT mula-mula kita..niat tu penting tau..

Contohnya kita bertudung..kenapa kita bertudung? nak cantik ke? nak orang puji ke? atau nak patuh apa yang disyariatkan oleh Islam.. ingat..setiap perbuatan kita akan bermula dengan hati sebab hati tulah raja anggota tubuh badan..kalau dalam hati dari awal cakap "pakai tudung nampak cantik..bestnya orang puji aku pakai tudung"..tu dah salah.............perbetulkan balik niat kita..okey ^^ "aku bertudung kerana ingin patuh pada perintah Allah swt"

contoh situasi disini yang boleh aisya bagi lagi..kita dikhianati tak kisahlah oleh orang yang kita percaya atau sesiapa saja..dan dia insaf atas apa yang dia dah buat pada kita.. ikhlaskan hati kita untuk memaafkan dia walaupun sangat-sangat susah..niat dalam hati 'maafkan dia kerana ingin dapat redha dari Allah swt" memberi kemaafan kepada orang adalah sesuatu perbuatan yang mulia dan memohon kemaafan kepada orang adalah perbuatan yang sangat baik..

Apabila kita ikhlas..hati kita akan jadi lebih tenang macam kartun bawah ni..^^
Okewh.....Think positive always..make a choice...and do the best as you can..

  

Sunday, October 07, 2012

Isi yang Bermakna itu Lebih BAIK


Greeting Text

Alhmdulillah..apa khabar semua sahabat-sahabat ana... sihat? kalau yang sihat tu Alhamdulillah kena bersyukur dan kepada yang tidak berapa sihat atau sakit tapi masih boleh mengadap belog lagi kira hebat lah kan..^^ tp untuk sahabat-sahabat yang sakit atau uzur.. jom pakat-pakat pergi ziarah mereka.. itu tandanya kita mengasihani saudara-saudara kita..

alhamdulillah juga utk diri ana sebab masih boleh menaip dan berceloteh kat dalam belog ni..biasalah sekarang ni tengah memengan status "Penanam Anggur yang berjaya" ^^v... kepada yang tidak atau tak berapa fahan maksud status tu bolehlah rujuk mana-mana sahabat yang arif tentang tu tp jgn rujuk buku dewan bahasa dan pustaka sebab memang kalian tak jumpa..tu peribahasa orang sendiri yang memandai cipta.. 

Hari ni nak kongsi serba sedikit pendapat dari pertanyaan sahabat ana..
"Aishah.. semua benda kita nak postkan dalam FB dan BELOG tu kena benda yang baik-baik je la benda tak baik tak boleh ke?"

Jeng..jeng... rasa-rasa kalau dia tanya kalian pun mesti boleh jawabkan.. sahabat ni dia cuma minta pendapat dari ana..jadi jawapan yang ana bagi dekat diasenang jer.. 
Sebaik-baiknya kita postkanlah benda yang baik didengar, difahami oleh umum..sebab benda dan unsur-unsur yang baik tu sebenar sesuatu benda yang sihat bila dibaca oleh orang lain.. contohnya kalau kita postkan hal-hal berkaitan motivasi, jati diri, hadis-hadis ke atau sebagainya bila orang baca apa orang akan fikir terutama kepada penulis atau pengepos tu sendiri.. mesti benda-benda yang baik..tanggapan yang baik.. okey contoh kalau kita post.. memaki hamun orang..tak puas hati dengan sikap terus tembak dalam FB atau belog, twit atau sebagainya apa orang yang baca tu fikir tentang diri kita yang mengepos ni..apa tanggapan orang terhadap kita elok ke tak...antum semua jawab sendiri..boleh taukan jawapan dia..

perkara-perkara yang kita post atau sebarkan sebenar memberi kesan jugak kepada kita.. benda yang baik bila ditulis diulang tulis berkali-kali akan memberi kita pengingatan bukan utk orang lain malah diri sendri tau.. dan bila orang baik contohnya post "JOM CINTA KEPADA ALLAH DAN NABI MUHAMMAD..~~ disusuli pengisian rohani dibawah dia sampai boleh buat hati pembaca tu terpau jatuh cinta terus..siapa yang akan dapat ganjaran?? kita la yang mengepos tu... sedar tak sedar sebenarnya benda baik yang kita post tu akan jadi saham kita diakhirat nanti..waa ada saham pahala..Baik kan ALLAH SWT walaupun sebesar zaraf kita buat baik DIA tetap bagi ganjara kepada hamba DIA.. bukan setakat post benda baik..contohnya kita bercakap benda yang baik..berbuat baik..tolong orang benda yang baik-baiklah nak list kat sini sampai esok pun belum tentu habis hehehe... yang penting kena ingat "Amar Maaruf Nahi Mungkar" buat apa yang ALLAH SWT perintahkan dan tinggal apa yang ALLAH SWT larang..

Kalu post benda-benda yang kurang baik macam mana.. samalah keadaan dia.. buat apa kita nak luahkan perasaan ketidakpuasan hati kepada manusia.. memaki hamun orang dalam FB atau belog atau sebagainya..tidak memulangkan sebarang keuntungan kepada kita..cuba bayangkan kalau kita mati tapi FB masih hidup dan orang sentiasa buka  profile FB kita dan baca apa yang kita tulis..apa jadi dekat kita dalam kubur? bak kata Nabil raja lawak.."Lu Pikir La Sendiri.." 

Jadi kalau nak ngadu papa..nak nangis ke..Hampar sejadah, Dirikan solat dan bermohonlah kepada DIA.. ALLAH SWT tu Maha Mengetahui isi hati kita sebab dia yang menciptakan kita..DIA tahu apa kita nak DIA tahu apa yang kita rasa..dan hanya DIA lah yang memengang hati-hati hambaNYA.. TAPI..jangan time sedih jer ngadap DIA...bila sedih putus cinta ngadap DIA lepas dah okey buat balik perangai lama dan tinggalkan DIA..tu namanya tak bersyukur.. tak nak..tak nak..
"JOM..jadi hamba ALLAH SWT dan umat NABI MUHAMMAD yang sentiasa mencari keredhaan dan rahmat dariNYA..walau dalam keadaan apa sekali pun..gembira ke sedih ke tetapkan hati kepada DIA.. selangkah kita mendekatiNYA seribu langkah DIA mendekati kita..dan UMMAH YANG BERKUALITI"
: Lepas ni checklist postkan benda-benda yang sihat dibaca, didengar dan difahami..Okey


Tuesday, October 02, 2012

Maafkan Ana Ya ALLAH..


Greeting Text

Ya Allah.... hari ini ana telah memandangnya tanpa ana sedari tubuh ana mula bergetar, jantung ana berdegup pantas sehingga menyebabkan terasa sakitnya... Ya Allah ana menangis..kenapa?
Kuatkanlah semangat ana Ya Allah..Berikan ana kecekalan, ketabahan dan kesabaran dalam semua dugaan ini... apabila ana memandangnya pasti air mata ini akan jatuh.. Maafkan ana Ya Allah.. ana telah menduakan cintaMU.. ana telah cuba untuk membuangnya dari fikiran ana dari hati ana..agar hilang dan pergi jauh dari ana...
Maafkan ana ya Allah..ana hambaMU yang tersangat lemah.. ana akui dalam fikiran ana masih terselit sedikit pengharapan kepadanya..Bertahun ana simpan rapi jauh di dalam hati.namun hanya doa dan doa saja yang ana mampu...Maafkan ana Ya Allah... Bantulah ana Jauhi ana dari cinta ini.. kerana di waktu ini hanya yang ana perlu cuma cintaMU..
Ana yakin dengan janji-janjiMU..Pasti akan tiba satu hari nanti...

"Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"

Biarlah waktu yang menghilangkan semuanya..Andai dia bukan jodoh ana..Tambahkanlah Hati ini Ya ALLAH atas ketentuan yang ENGKAU berikan dan suburkanlah cinta ini kepada yang lebih berhak keatas diri ini..


Friday, September 07, 2012

solat MEMUDAHKAN bukan MENYUSAHKAN kita..

Greeting Text

Alhamdulillah...dah lama rasanya xUP TO DATE belog PCI ni...harap sahabat-sahabat sihat selalu.. hari ni baru nak mula menulis..punca datang idea dari seorang sahabat yang bertanya kepada ana dengan soalan yang berbunyi.
"Aisyah..boleh ke kita solat tak pakai telekung(kain sembahyang)?"

boleh..tapi seharusnya memenuhi dahulu tuntutan menutup aurat dengan sempurna tanpa mendedahkan aurat ketika bersolat. Mungkin hal ni kecik bagi sesetengah orang tapi sebenar ia adalah kelebihan yang sangat besar bagi kehidupan beragama seorang wanita muslimah.

Contohnya seperti kita pakai stoking kaki.. yang tu pun menggambarkan kesempurnaan dalam melakukan ibadah dan sangat bermakna bagi wanita yang mahu menepati syariat. sebelum ni semua orang cakap kalau ada telekung baru boleh lakukan solat sampai ada sesetengah memberi alasan "telekung tak ada la macam mana nak solat" bahaya tu..penyelesaian yang senang pakaian harian kita pun dibawa bersolat tapi kenalah tutup aurat dengan sempurna salah satunya berstoking ketika bersolat dan pasti berada dalam keadaan yang bersih dan suci. hukum wanita muslimah bersolat tanpa memakai telekung adalah sah tetapi dengan syarat pakaian sempurna auratnya ditutup (ulang ayat di atas jer bagi ingat ^^) tak kisah lah warnanya, baju kurung, seluar jubah atau apa sahaja yang penting tutup aurat dan bersih dari najis (ulang lagi)



"Jadi tidak ada telekung tu bukan alasan tak boleh nak solat ye" ^_^

Kenapa perlu BERSTOKING??
Sekarang nak sentuh sikit pasal stoking ni...ingat orang lepas bersalin je ke kena pakai stoking, wanita muslimah pun jugak berstoking..ehhh sebab apa pulak kan?
Salah satu sebab dia bila kita berstoking kita boleh lakukan solat tanpa nak rasa risau sebab ada telekung atau tak. Bila pakaian yang kita pakai tu dah sempurna dari segi penutupan aurat dan bersih dari najis. tujuan dia untuk menutup aurat dari terdedah..sebab kaki tidak termasuk tubuh badan yang dibenarkan dipapar kepada yang bukan mahram cuma muka dan tapak tangan jer yew...jadi aurat kaki perlu dijaga dan diambil perhatian. 

Tapi tak ramai wanita yang nak pakai stoking ketika diluar rumah sama ada di pejabat ke atau keluar jalan-jalan ke, alasan bagi susah, leceh, tidak selesa, merasa tak penting dan malaslah nak pakai.. sedangkan dalam solat kita boleh tutup kaki sampai solat boleh jadi batal kalau menampakkan bentuk kaki ketika bersolat. kalau tak sengaja terselak pun kena cepat-cepat tutup balik.

Tidak memberatkan...
tidak memberatkan...? apa tu...mesti tertanya-tanya kan...maksudnya tidak memberatkan suruhan Allah swt.
Kenapa masa kita mengadapa Allah swt kita boleh menutup aurat dengan sempurna kenapa tidak di luar waktu bersolat...? haaaa.....kenapa..kenapa?? Fikirkanlah............
sedangkan keadaan kita bersolat adalah keadaan yang perlu kita jelmakan di luar waktu solat. kalau masa solat kita tidak mahu kaki kita terdedah kenapa di luar kita membiarkan ia terdedah..? 
Seandainya kita benar mahu sayangi Allah swt, pasti syariat yang telah di suruh olehNYA dijaga. stoking tidak memberat tak jugak mahal nak dibeli tak adalah sampai membebankan kita nak beli sebab harga yang mahal sampai tak mampu nak pakai..ada sebab kenapa kita perlu menutup kaki dengan berstoking, ia akan nampak wanita tu sukakan kekemasan dan kecantikkan, nak jaga rapi kaki dan tumit supaya tak terkena penyakit atau pun menutup aib yang ada pada kaki. bahkan itu jugak menunjukkan yang kita ni ada sifat malu dalam diri.
Rasulullah SAW menyatakan "Malu dan iman itu adalah teman seiring sejalan, jika salah satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi." (Riwayat Muslim)
Wanita solehah yang menjaga solat, mesti tidak ada masalah untuk berstoking dan tidak menjadikan telekung sebagai keutamaan dalam menunaikan ibadah solat sebab dia sudah lengkap menutup aurat dengan berstoking semasa bersolat. Jadi mudahlah bila-bila dan di mana jua dia boleh menunaikan solat dengan sempurna. semuanya terletak atas kesedaran diri selaku hamba Allah yang mematuhi syariat Allah SWT dan mengikut suruhan Rasulullah SAW.
"Wahai muslimah berbahagialah dengan solatmu"

Jadi dekat sini kita boleh fikir solat yang diperintahkan oleh Allah SWT tu bukan sesuatu yang membebankan atau menyusahkan kita tapi sebaliknya Allah SWT memudahkan kita dalam menunaikan kewajipan mengadap dia tanpa meninggalkan solat walau di mana sahaja kita berada. SELAMAT MENJALANKAN IBADAH SOLAT - Anna Aisya M.A