Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
“Dan
pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu
ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat
yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)
Tujuan Solat Tahajjud
CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
Niat Solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
Atau;
10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:
Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!
Sumber rujukan disini
assalammualaikum. doa sebelum tahajjud, doa sujud akhir tahajjud, doa selepas salam tahajjud dan doa tahajjud wajib baca ke? kalau tak baca semua ni takpe ke?
ReplyDelete@Anonymous Waalaikumusalam.. solat tahajjud adalah solat sunat.. jadi doa2 dia adalah perkara2 sunat.. kalau kita buat dapat pahala tak buat kita rugi ^^..Wallahualam
ReplyDeleteAssalamualaikum...hati saya brdebar bila bca doa2 sunat tahajjud...insha allah,saya akn amalkn smasa buat sunat tahajjud nti...trima ksih..
ReplyDeleteAssalamualaikum,boleh ka baca doa-doa dalam bahasa melayu aja bila solat atas alasan belum fasih bahasa arab
ReplyDeleteKalau x baca doa masa sujud x pe ke akak? Lpas tu, apa maksud tasbih masa sujud ke 2 tu?
ReplyDeleteTq atas info yg berguna ni
ReplyDeleteassalammualaikum ukhti... saya muslimat.. yg sangat2 perlukan bimbingan... boleh kita private mesej.? demi allah saya muslimat yg perlukan bantuan.
ReplyDelete@AnonymousNabi tak pernah menetapkan bacaan-bacaan tertentu untuk dibaca dalam sembahyang...jangan menyusahkan dalam beribadat....
ReplyDelete@Anonymouswaalaikumusalam ya ukhti..mohon maaf ats kelewatan balas komen.. blh sent di emel ana annaukhti01@gmail.com Insya Allah ana bantu yg mana mampu..
ReplyDeletesy teringin nk wat solat nih ,tp sy nih masih dlm mencari Nur dlm dr sy,solat wajib pon kdg kala tmiss,tp sy ttp berusaha utk cukupkan n sy bdoa sy akan trus kuat n cuba ingatkan dr sy ttntg solat,mcm mn cara nk bimbing dr supaya kekalkan solat...insan dlm mencari Nur...tq
ReplyDeleteBiasanya kita latih diri kita melakukan solat sunat. Secara tak langsung kita akan lengkapkan solat wajib.
Deleteilmu yg sangat bermanfaat..terima kasih kerana sui berkongsi..
ReplyDeleteTHANKS ATAS INFO YANG BERMANAFAAT
ReplyDeleteCOMEI SESANGAT BLOG...
Alhamdulillah. Sgt teratur. Dan berguna
ReplyDeleteAssalamualaikum ya aisya. Saya ada satu pertanyaan. Saya ada terdengar salah satu ceramah. Jika kita menunaikan solat hajat atau fardhu isya' selepas pukul 12 tgh malam setelah terjaga dari tidur, ianya dikira sebagai tahajjud juga. Betulkah wahai sahabat?
ReplyDeleteAssalamualaikum wahai sahabat semua. Sahabat yang baik hati. Di sini saya perlukan sedikit bimbingan daripada sahabat semua. Saya sudah jauh menyimpanh dari jalan Allah. Saya terasa gelap sehinggakan satu persatu benda yang saya sayangkan pergi. Saya memohon sedikit simpati untuk memberikan sedikit bimbingan dari jarak jauh. Sesiapa yang sudi. Whatsapp lah saya. 012-792 5735. Saya mohon jasa baik sahabat semua. Saya seorang lelaki berumur 20 an berasal dari johor bahru. Boleh panggil saya Eddy. Saya mohon bantu dari saudara saya sendiri.
ReplyDeleteassalamualaikum aisyah..kalau kita tak baca doa sujud akhir dan doa solat sunat tahajjud tak mengapa ke? boleh tak kalau kita baca doa tu dalam bahasa melayu ?
ReplyDeleteassalamualaikum, boleh sy tahu doa sujud akhir tu nak mcam mana ye? sy kurang faham yg, kita wajib ke. kalau tak keberatan, bolehlah empunya blog highlightkan mana yg sunat, dan mana yg wajib, supaya senang bagi org2 yg baru belajar mcm ay ni belajar secara perlahan2. lepas dah tahu dan kuasai yg wajib, in Sha Allah dptlah buat yg sunat pulak ;)
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat inihttp://teserasats.blogspot.com/.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak aisya....saye ingin bertanya....apakah tasbih yang dibaca pada sujud kedua rakaat terakhir?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak aisya....saye ingin bertanya....apakah tasbih yang dibaca pada sujud kedua rakaat terakhir?
ReplyDeleteBismillahirahmanirahim
ReplyDeleteassalamualaikum wbt
pertama sekali aisya ingin memohon maaf sbb banyak soalan dan pertanyaan daripada sahabat-sahabat yg aisya tak sempat balas atau jawab.. insya Allah jawab yang mana termampu..
baik ramai yang bertanya mengenai bacaan tasbih..
bacaan tasbih adalah bacaan yang dibaca ketika rakaat kedua sujud yang terakhir. dibaca didalam dgn lafaz bahasa arab kalau tak mampu hafal bahasa arab boleh baca bahasa melayu tetapi tidak boleh dilafaz hanya baca di dalam hati bhs melayu.
bacaan tasbih adalah perkara sunat yg dilakukan ketika sujud terakhir..dimana antara tempat yang mustajab untuk berdoa adalah sujud yang terakhir krn ketika itu seorang hamba sangat dekat dengan Tuhannya..
Wallahusubhanahuwataala a'lam..moga2 ada sedikit pencerahan dari aisya.. jika tidak faham lg boleh emelkan ataupun lebih mudah bertanya kepada org yg arif berdekatan dengan kalian insyaAllah mogs niat baik kita akan dipermudahkan oleh Allah dalam menunaikan ibadahNya..aminn ^^
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaudari Aisya...adakah bacaan tasbih "subhanarabbiyal a'la wabihamdih" iaitu bacaan yg dibaca setiap kali sujud dlm mn2 solat? Terima kasih atas info.
Wslm.. Saya share apa yg saya tahu k. Bcaan tasbih sunnat boleh dibaca selepas bacaan tasbih fardu maknanya boleh baca sama.
DeleteAssalamualaikum.. Saya keliru dgn doa selepas salam tahajud.. Perkataan nur di jawi ada 9.. Yg mana bhsa melayu cuma ada 8 perkataan shj. Saya nk hayati makna doa ni..tapi mcm mana sy nk cari agar sama bhsa arab dgn maknanya.
ReplyDelete