HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Monday, September 30, 2013

Cara pemakaian wanita muslim mengikut sunnah-part 2

Alhamdulillah posting seterusnya mengenai "8 sifat pemakain wanita muslim" yang boleh kita tengok balik atau ikut sebagai panduan dalam memilih pakaian yang sesuai mengikut apa yang telah di tetapkan syarak.. harap ilmu yang dikongsikan ni dapat memberi manfaat kepada sahabat2 di luar sana..selamat membaca!
 
Pakaian itu mestilah menutup aurat
 
Rasulullah saw bersabda : Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”
 
Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga menampakkan bayangan tubuh badan dari luar
 
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)
 
Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
 
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”  

Warna pakaian itu suram atau gelap
 
seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)


Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum
 
 demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru
berpakaian menyerupai pakaian lelaki..Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik
Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Sumber: http://www.hanan.com.my/

Cara pemakaian lelaki muslim yang mengikut sunnah-part 1

Alhamdulillah wa syukrillah.. hari ni aisya nak kongsikan sedikit ilmu mengenai sunnah pemakaian bagi "lelaki muslim" diluar sana.. segala cara disini adalah mengikut apa yang telah disunnahkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w..  penulisan ini aisya ambil dari internet untuk bahan pengetahuan kalian semua..harap dapat manfaat..bagi "cara pemakaian perempuan muslim yang mengikut sunnah" tengok posting seterusnya..
blogger-emoticon.blogspot.com

Rata-rata masyarakat Islam memahami keperluan untuk berpakaian secara menutup aurat adalah wajib ke atas Muslimin dan Muslimah. Syarat minimum pakaian menutup aurat bagi seorang lelaki Islam adalah secara menutup antara dua lutut hingga ke pusat. Manakala aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.
Terdapat 3 perkara yang berkaitan dengan pakaian dan penampilan yang menjadi petunjuk  mazahir  (tingkah laku luaran) keimanan seorang lelaki Islam  iaitu:
PAKAIAN
Tanggapan umum apabila seseorang lelaki Islam berseluar panjang dan memakai baju berlengan panjang, mereka telah memenuhi tuntutan syarak.  Namun begitu tanggapan ini adalah salah sekiranya kaedah berpakaian tersebut menyelisihi sunnah dan anjuran Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. 
 
Pakaian yang dipakai tidak meniru pakaian yang ada kaitan dengan acara keagamaan orang bukan Islam seperti jubah paderi Kristian, jubah sami Buddha. Sikap berbangga dan ingin meniru serta mengagongkan mereka.
Pakaian yang dipakai hendaklah longgar, tidak ketat atau menampakkan susuk tubuh badan.
Pakaian yang dipakai tidak nipis dan  jarang sehingga menampakkan aurat.
Seluar/Kain pelikat/Jubah Tidak Isbal. (Isbal bermaksud menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah buku lali)
Larangan tidak boleh isbal adalah sebagaimana  sabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam “Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih) dan “Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR Bukhari).
Panjangkan Janggut dan Pendekkan Misai
 
Hukum menyimpan janggut adalah wajib ke atas lelaki Muslim sebagaimana sabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam “Selisihilah orang-orang Musyrikin, panjangkan janggut dan pendekkan misai” (HR Bukhari dan Muslim). “Pendekkan misai dan panjangkan janggut” (HR Bukhari). “Pendekkan misai dan panjangkan janggut, Selisihilah golongan Majusi” (HR Muslim). “Panjangkan janggut dan pendekkan misai dan tukar warna uban kamu. Dan jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasarani ” (HR Ahmad)
Justeru berdasarkan hadis-hadis di atas dapat disimpulkan bahawa janggut tidak boleh dicukur. Bahagian yang dikira kawasan janggut bermula dari pelipis telinga, rahang dan dagu yang ditumbuhi anak rambut. Ulama menetapkan janggut perlu dipanjangkan sehingga mencapai satu genggaman tangan di bawah dagu manakala di kawasan rahang dan pelipis telinga boleh dirapikan sedikit untuk mengelak kusut masai. Manakala misai juga tidak boleh dicukur tetapi boleh digunting, dirapi dan dipendekkan
Kesemua 4 mazhab telah sepakat menyatakan bahawa janggut tidak boleh dicukur.
Inilah di antara perkara-perkara yang mempamerkan mazahir orang Islam dan inilah juga yang disifatkan oleh Sheikh Muhammad Jamil Zainu sebagai golongan yang selamat senang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dalam ibadah, perilaku dan dalam segenap kehidupan. Wallahu a’lam.
Sumber: sini 

Friday, September 27, 2013

Background square


http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/Slmt9.jpg
 
 
http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/Slmt7.jpg
 
 
http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/Slmt5.jpg
 
 
http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/Slmt4.jpg
 
 
http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Background/Slmt1.jpg
Sila tinggalkan komen jika awok ambil ^^

Background awan cute


 
http://4.bp.blogspot.com/-3xk0brYUGs4/UN8RXzuBHqI/AAAAAAAABAM/bNFrneOSIGs/s1600/awanbirucair.png
 
 
http://1.bp.blogspot.com/-fktvpjlkOgU/UN8RY91uC_I/AAAAAAAABAU/7vK-DoyXKVg/s1600/awanbirupekat.png
 
 
http://3.bp.blogspot.com/-qocmWuEAht0/UN8RaEMV_QI/AAAAAAAABAY/SnZxEVyvbyY/s1600/awanhijau.png
 
 
http://2.bp.blogspot.com/-es8KFcEgwyM/UN8RbO0rOhI/AAAAAAAABAg/nU6o9miNbyY/s1600/awankelabu.png 
 
 
http://1.bp.blogspot.com/-Sutz_W6rCyc/UN8Rb9IJVuI/AAAAAAAABAs/LCqYVAmuero/s1600/awanpink.png
 
 
http://3.bp.blogspot.com/-VMgUWHDoDsw/UN8Rc4H6cKI/AAAAAAAABAw/IvLsGY-Xp-E/s1600/awanpurple.png
Sila letakkan komen jika awak mengambilnya ^^

Background love kecik yang cute

 
 
 
http://3.bp.blogspot.com/-rgnw8SZ4Pdc/T0eIFeCi95I/AAAAAAAAAmQ/APwKXY2R6sM/s1600/24+(2).gif
 
 
http://1.bp.blogspot.com/-ccQKgHqv8Y4/T0eIGyLKyDI/AAAAAAAAAmY/dut3oHxJ-2s/s1600/24+(3).gif
 
 
http://1.bp.blogspot.com/-R6CCMoLReC0/T0eII1N2BHI/AAAAAAAAAmg/t8jJGshYgXU/s1600/24+(4).gif
 
 
http://3.bp.blogspot.com/-EOEo5e3V2cY/T0eIKsWxBdI/AAAAAAAAAmo/fqRZ-6cLkGU/s1600/24+(5).gif
 
 
http://1.bp.blogspot.com/-e1eGIc_1pvM/T0eIOiUgwII/AAAAAAAAAmw/K6p9Pt5Y9OQ/s1600/24.gif
 Sila letakkan komen jika awak mengambilnya..

Monday, September 23, 2013

Background kotak (cute)

http://i.imgur.com/dyKLD.gif
 
 
http://i.imgur.com/M1efI.gif
 
 
http://i.imgur.com/HNiAZ.gif
 
 
http://i.imgur.com/qjN4v.gif
 
 
http://i.imgur.com/PqL63.gif
 
 
http://i.imgur.com/iRh4V.gif
 
 
http://i.imgur.com/IeDj7.gif
Kalau ambil..sila tinggalkan komen