HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Friday, June 14, 2013

Ujian..Ujian.. Muhasabah Diri



Tika pena berlari di atas sebuah kanvas kosong, terasa hati ini seperti itulah jua.

Kosong.
Kosong bukan bermakna tidak ada.
Bukan pula bermakna tidak sedar.
Diri ini masih tersedar.
Cuma ingin dikosongkan fikiran daripada semua masalah-masalah yang datang menjengah.
Tanpa henti. Ujian itu akan terus mengelilingi.
Sungguh, hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada namanya ujian.
Kerana ujian itu perlu.
Kerana ujian itu pasti.
Kerana manusia itu perlukan ujian.
Biarpun diri tidak mampu, biarpun hati tidak mahu tetapi ALLAH Maha Tahu kita perlu diuji.
Untuk setiap kata yang dilafazkan. Apakah ia benar seperti yang dikata-katakan?
Untuk setiap perbuatan yang diamalkan. Apakah ia sudah mencapai darjah keikhlasan?
Semuanya perlu diuji….
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (al-Ankabut: 2-3)

Diri ini cuba untuk bertenang, tatkala ujianNya datang bertandang.

CintaNya datang tiba-tiba, menghulur dengan sapaan yang membuatkanku kehilangan kata-kata untuk membalas sapaan cintaNya.

Ujian tanda Allah cinta, tetapi kenapa huluran cintaNya pahit, tidak semanis yang kita pintakan? Tidak seperti apa yang kita inginkan?

Kadang jadi bingung dan tertanya-tanya, kenapa harus diuji dengan sedemikian rupa?
Kadang diri tidak tertanggung beban rasa, sehingga air mata jatuh jua dalam menahan sebak di dada.

‘Salahkah kita menangis?

Salahkah kita merasa hiba?’

Mungkin ada yang bertanya sedemikian.

Kita cuma hamba biasa, bukan malaikat.

Kita punyai rasa itu.

Rasa sedih, rasa kecewa, rasa hampa, rasa putus asa kerana sememangnya fitrah kita sebagai manusia dibekalkan rasa-rasa itu.

Allah swt telah  anugerahkan rasa itu pada manusia. Yang tinggal cuma bagaimana untuk kita mengawal semua rasa itu.

Tidak salah kita menangis.

Menangis bukan tanda kita lemah. Menangis bukan tanda kita mengalah.

Menangis adalah tanda kita mengakui kekuasaanNya. Mengakui segala takdiranNya.

Antara hati ingin dididik menerima atau tidak, kita perlukan tangisan itu. Untuk menenangkan hati yang gundah, untuk menenangkan emosi yang bergocak gelisah.

Mungkin ada yang masih mampu tersenyum tatkala diuji.

Senyum atau tangis, semuanya adaptasi rasa yang terlahir tika diuji.

Andai mampu tersenyum, senyumlah dengan sepenuh keikhlasan dalam kesabaran. Andai ingin menangis, tangislah dalam ratapan tangis itu dalam sujud kepadaNya.

Walau apapun ujian yang diberikan, cubalah untuk bertabah. Cubalah untuk menjadi kuat, meskipun hati terasa amat rapuh dan goyah…
Firman Allah SWT: “(Allah) yang menciptakan kematian dan kehidupan (di atas dunia ini), buat menguji siapakah dalam kalangan kamu yang lebih baik amal perbuatannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (al-Mulk: 2)

‘Subhanallah…Maha Suci-Mu Ya Allah…’

Hati kembali beristighfar.
Saya mencuba. Sentiasa ingin mencuba.
Bertenanglah duhai hati. Bertenanglah duhai jiwa.
Itulah yang sering saya bisikkan pada diri.
Di saat hati terasa amat goyah, saya pohon DIA tidak menggoyahkan pegangan ini padaNya.

Walau apapun yang akan terjadi, saya tetap ingin sentiasa berpegang teguh pada ikatan ini. 
Ikatan aqidah yang terpatri, bukan semudah-mudah untuk dilemahkan dengan bisikan-bisikan emosi.
Biarpun pada awalnya diri tidak mampu menahan rasa-rasa yang ada, biarpun cuba menahan  air mata ternyata ia gugur juga.
Pertama, memang saya menangis kerana sedih. Sedih dengan dugaan yang datang itu, tidak mampu saya hadapi dengan hati yang bertenang.

Kemudian saya menangis lagi. Kali kedua, bukan menangis kerana sedih lagi. Tetapi menangis kerana terharu.
Kerana tatkala diri bermuhasabah kembali, air mata keharuan yang mengalir kerana tersedar DIA sedang menujukkan rasa cintaNya pada diri.
Cuma diri yang ingin memilih mahu bersabar atau tidak?

Adakah ingin menerima huluran cinta itu dengan hati yang memberontak?
Sedangkan DIA sedang menghulur cinta. 
Ya. Cinta agungNya.
Cuba tanya kembali, bahagia itu di mana sebenarnya? Bahagia yang hakiki itu ada di dalam jiwa.
Dekat dengan diri, sentuhlah dadamu sendiri, maka engkau akan merasakan betapa ia cukup dekat. Bahagia itu akan hadir bila kita bersyukur dan belajar menerima apa adanya. 
Cuba menerima segala aturanNya. Maka kita sebenarnya sedang menyentuh cahaya bahagia..
Biarlah air mata yang jatuh itu moga dapat menghapuskan rasa gelisah di jiwa. Semoga air mata yang mengalir itulah tanda kekerdilan kita sebagai hambaNya.

Yang selayaknya untuk diuji dan diuji dengan pelbagai dimensi. Namun, ketahuilah sesungguhnya Allah itu Amat Adil.

Tidak akan diberikan ujian itu melainkan DIA Maha Tahu kita mampu memikulnya. Tidak akan ditimpakan ujian itu, melainkan DIA Maha Tahu kita perlukan ujian itu untuk kita terus menjadi hambaNya yang kuat. Kuat dari sudut iman dan ihsan.

Kerana setiap ujian yang hadir, adalah suatu rahmat. Tiada ujian yang buruk, melainkan semuanya adalah ketentuan yang terbaik dari Yang Esa.

Biarpun yang diuji itu ternampak buruk, dan tersangat buruk pada pandangan mata zahir manusia, tetapi andai dilihat dari tembusan mata hati ternyata ianya adalah hikmah dari yang Maha Kuasa.

Hikmah itu tidak akan nampak andai tidak diselak. Hikmah itu tidak akan terzahir andai hati tidak dididik untuk menerima segala ketentuan dan bersyukur dengan pemberiannya.

Benar. Tidak semudah kata bicara. Tidak semudah lafaz yang dikata.

Rasa berat dan perit itu hanya akan dapat dirasa oleh orang yang merasa. Tetapi cubalah ‘menelan’ rasa itu dengan senyuman. 

Meskipun kelat, meskipun pahit, tetapi pasti ada manis yang akan terganti dari rasa pahit itu. Rasa manis dan nikmat itu akan datang di sebalik semua kepahitan. 

Pelangi pasti akan muncul setelah ribut taufan yang melanda. Begitu jua kehidupan ini pasti akan ada bahagia di sebalik semua duka…Yakinlah.!


 “Kita akan diuji dan terus diuji, teruslah bersabar duhai pengejar cinta Ilahi

Makin Allah uji, makin Allah mencintai

Kata cinta kepadaNya, maka buktikanlah cinta itu dengan akur pada setiap takdiranNya”
Kredit to:hikmatul islam

# Sungguh indah..Husnu Zan #

“Alangkah indahnya…
Andai kita saling berbaik sangka
Andai kita saling menjaga
Adab dan akhlak diri kita
Bukan saling berburuk sangka
Sehingga menimbulkan fitnah dan nista…”
Post entry pilihankali ini berkisarkan kepada pandangan kita dan pandangan manusia. Kenapa? Kerana kebiasaanya apa yang kita lihat itulah yang akan kita nilai...

Bukan semudah kata untuk berbaik sangka
Husnu Zan’ atau bersangka baik hakikatnya sukar.  Sememangnya payah bagi sesetengah orang untuk berhusnu zan nie.

Mungkin ada dari kita yang lebih suka berfikiran negatif dahulu daripada positif. Kenapa ya??

Benar... Bukan semudah kata untuk berbaik sangka. Saya akui diri saya juga kadang-kadang mudah bersangka-sangka, dan cepat pula membuat kesimpulan atas sangkaan itu.

Sesungguhnya artikel ini bukan ditulis untuk ditujukan kepada sesiapa,, sekadar perkongsian ilmu dan muhasabah diri tetapi lebih memberi peringatan kepada diri saya sendiri dan kalian jua…

Hakikatnya memang begitu. Manusia lebih suka bersangka-sangka, dari memilih berbaik sangka.

Lantas Allah menegur manusia yang kebanyakan mempunyai sifat begini dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” (Surah Al-Hujurat:ayat 12)
Berburuk sangka lama-lama akan melahirkan buah fitnah
Apa perasaan kamu andai ada orang yang suka berburuk sangka kepada kamu, atau suka memikirkan hal-hal yang buruk daripada yang baik tentang diri kamu?

Pastinya kita akan merasa sedih bukan, jika sangkaan buruk itu lama-lama menjadi fitnah kepada diri. Lebih-lebih lagi jika kita yang berniat melakukan amal kebaikan, tetapi lain pula yang dipandang oleh manusia.

Mereka merasakan kebaikan yang kita dilakukan itu hanyalah untuk bermuka-muka, kerana inginkan pujian, pangkat, harta dan seumpamanya lantaran sangkaan-sangkaan mereka yang buruk itu akhirnya membawa kepada fitnah. Kesannya amatlah buruk dan boleh membawa kepada pergaduhan dan perpecahan kepada umat Islam. Tafsiran dari Surah Al-Hujurat:ayat 6 menyebut:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
Sesungguhnya, orang yang suka su’u zan sebenarnnya mereka merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain. Kerana itu, mereka ‘lebih nampak’ kesalahan orang lain berbanding dari kesilapan diri sendiri.

Bagi golongan ini, mereka yang suka berburuk sangka dan sentiasa mengintai-intai kesalahan orang lain, maka sedarilah bahawa siapa kita hendak menilai amal yang dilakukan oleh seseorang manusia itu sedangkan Allah jualah yang selayaknya menilai amal tersebut. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

“Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).” (Surah An-Najm:ayat 28)
   Mari kita sama-sama muhasabah diri kembali,, apakah kita termasuk dalam kelompok orang yang berburuk sangka ini?? Nilailah diri kita dahulu sebelum kita menilai diri insan yang lain…

Sikap husnu zan penting bagi daie yang ingin berdakwah
Sikap husnu zan sangat penting bagi seseorang daie yang ingin berdakwah. Masakan tidak, jika para daie mereka sendiri telah meletakkan satu tanggapan negatif dan buruk terhadap mad’u, maka apakah ia pantas dan layak untuk menjadi seorang pendakwah yang baik?

Pastinya dia akan menyampaikan seruan itu dengan cara yang tidak berhikmah lantaran dia sendiri telah mencipta satu penghadang antara orang yang ingin diseru itu.

Mungkin sahaja dia berkata dalam hatinya;

‘Orang sebegini kalau diberitahu sekali pun tidak akan meninggalkan kesan apa-apa lantaran Allah telah menutup pintu hatinya untuk menerima hidayah dan kebenaran’

Apakah kita pantas dan layak untuk berfikiran seperti itu?
Apakah kita tahu selamanya dia tidak akan memperoleh hidayah?

Dan apakah kita yang berada dalam hidayah ini akan terus kekal dalam hidayah Allah buat selama-lamanya?
Bermuhasabahlah kembali…
Hidayah milik Allah, Dia yang selayaknya menentukan untuk siapa hidayah itu akan kekal kepada seseorang manusia sehingga hujung nyawanya.
Boleh jadi hari ini kita jauh dari melakukan perkara keji lantaran hidayah yang Allah kurniakan, dan orang itu jauh tersasar dan sesat dalam kemaksiatan tetapi kemungkinan suatu hari nanti dia akan diberi petunjuk dan berubah lebih baik dari kita, siapa yang sangka?

Kita sebagai hamba tiada jaminan untuk menetapkannya, melainkan kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar sentiasa kekal dalam rahmat petunjuk Sang Khalik.
Sesungguhnya Allah sahaja yang Maha Mengetahui keadaan makhluknya. Dia yang lebih mengetahui hati-hati  yang ikhlas dan tulus untukNya, bukan manusia yang berhak mengukur semua itu...
Jangan pesimis!

Jangan terlalu pesimis. Berfikiran buruk dan negatif. Ubahlah perspektif anda. Hakikatnya, setiap orang tidak ada yang sempurna. Lebih-lebih lagi para sang daie perlu bersikap terbuka, jangan kerana kekurangannya kita menghina dia.
Dan jangan pula kerana satu sikap yang buruk yang kita lihat padanya itu, kita terus menghukum dan menilai pada keseluruhan dirinya dengan suatu tanggapan yang dia sememangnya tergolong dalam golongan orang yang tidak baik dan jahat.

Jika terbukti pula dia sememangnya melakukan perkara buruk tersebut, maka pilihlah untuk kita menghukum atau menegur dan menyeru supaya dia kembali lagi kepada-Nya?
Pilihlah untuk menghina dia atau berdoa kepada Allah agar membuka hatinya dalam menerima cahaya petunjuk dari Ilahi.

Pilihan berada di tangan kita
 Semua ‘pilihan sangkaan itu berada di tangan kita’. Tidak rugi sedikit pun orang yang berbaik sangka, melainkan Allah menambahkan pahala dan membuatkan orang juga berbaik sangka kepada diri kita. Sesungguhnya segala sangkaan buruk itu adalah sangkaan yang sangat dusta lantaran kita tidak mempunyai pengetahuan dan nilaian yang sebenar terhadap sangkaan tersebut. 
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu perbicaraan yang paling dusta." (Hadis Riwayat Muttafaqun alaihi)
Oleh itu, alangkah eloknya jika kita saling berhusnu zan. Lihatlah kebaikan-kebaikan yang ada pada diri manusia dengan pandangan yang tulus, dan tegurlah kekurangan-kekurangan tersebut dengan cara yang lebih berhikmah.

Dan sebaik-baik sangkaan adalah husnu zan kepada Sang Pencipta yang mencipta makhluknya dengan pelbagai sifat dan ragam. Maha Suci Allah yang lebih bersangka baik kepada hamba-hambaNya dengan sentiasa memberi peluang kita kembali dan bertaubat kepadaNya…

 Kesimpulannya, berhusnu zan lah, sungguh hidup ini akan menjadi indah dengan sangkaan-sangkaan yang indah juga! =)

Kredit to:hikmatul islam

Monday, June 10, 2013

..Muzik...Tarbiah Hati

Ahlan Wasahlan sahabat dan saudra/i..ehemmmm...posting..posting...hehe..Kaifa hal? Alhamdulillah kalau semua berada dalam keadaan yang baik2 dan sihat walafiat InsyaAllah.. yang tengah membaca sekarang post ni..aisya nak tanya.."Suka dengar muzik?" angkat keyboard tinggi2 hehe...mesti suka kan..fitrah manusia memang sukakan benda2 yang sedap..makanan yang sedap..baju yang sedap mata memandang barang yang sedap diguna macam tu juga dengar lagu/muzik mesti sedap didengar sampai kepala pun terhanggup-hanggup..
Siapa yang tak suka dengar muzik tu haaaa ada masalah sikit dengan dia..hehe jgn marah ya.. semua boleh dikatakan majoriti meminati muzik..sekarang yang kita nak bincangkan dan aisya nak sampaikan MUZIK JENIS APA YANG KITA SUKA..? zaman sekarang bermacam-macam muzik dimainkan di radio ada yang kita faham ada yang mak oiii...memang tak faham langsung la sepatah apa yang artis tu nyanyikan..hehe tau tak..kalau tak tau ni aisya nk bgtau tau hehe...muzik juga boleh menpengaruhi kita..hati kita.. tak percaya? cuba dulu baru tau... kenapa aisya cakap macam tu sbb aisya sendiri alami.. 
contoh bila kita dengar muzik k-pop..contohnya..pembaca yang minat kpop jangan marah ya hehe okey..berulang kali kita dengar yela sbb minatkan tu yang dengar..lirik lagu tu sampai boleh hafal walaupun tu bukan bahasa kita..macam tu jugak kalau kita dengar lagu damai..macam nasyid memuji Allah swt dalam masa yang sama kita juga akan terikut memuji Allah swt dan sampai boleh hafal lirik..itu yang dikatakan mempengaruhi pengdengar..
Lagu/muzik yang kita dengar hari2 akan lekat dalam hati..kalau muzik tu muzik disco tak berkemungkinan juga kita akan ke disco kerana terlalu asyik dengar lagunya.. macam itu juga kalau kita dengar alunan muzik ketuhanan walaupun dalam bahasa arab atau bahasa lain.. muzik itu pentarbiah yang sangat baik untuk hati..bila kita dengar lagu yang baik in Shaa Allah hati kita akan terbentuk baik.. cuba bayangkan hari2 kita dengar muzik zikir..padahal kita bukan pandai berzikir tapi dengar lagu kita ikut perlahan-lahan sampai boleh dan hari2 juga kita berzikir seperti muzik tu..apa yang kita dapat? Pahala..semestinya sebab kita memuji Allah swt.. kebaikan daripada tak tahu berzikir sampai tahu.. dan hati kita...akan rasa tenang.. apa yang kita cari dalam hidup kalau bukan ketenangan dihati.. sebab itu aisya katakan muzik itu boleh mentarbiah hati kita..In Syaa Allah..
Muzik jugak boleh mentarbiah hati kita agar sentiasa mengingati Allah swt dan mempengaruhi kita melakukan perkara-perkara yang baik..contohnya.. doa menaiki kenderaan tak tahu..tak pernah hafal.. susah nak hafal..contohnya.. sekarang doa masuk tandas pun ada lagu sendiri nak hafal contohnya Surah Al Mulk pun ada muzik tersendiri..buka dan dengar muzik dia dan ikut..sbb alunan muzik la benda yang senang orang nak ikut.. asanya kalau buku belajar boleh buat lirik lagu semua pelajar mesti akan cuba..kan..kan..hehe
Jadi sebenarnya pemilihan muzik tu terletak atas diri kita..apa jenis lagu yang kita nak dengar.. muzik yang baik untuk kita atau sebaliknya.."THE POWER IN YOURS HAND".. aisya harap penerangan di atas sahabat2 faham apa yang sebenarnya aisya nak sampaikan.. Kalau ada salah dan silap maafkan aisya..ini adalah salah satu pendapat dan pandangan dari aisya..Waallahu a'lam
Syukran sebab sudi membaca sampai habis ^_________^v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...