HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Sunday, September 22, 2013

Mahar Perkahwinan (Maharku Untuk mu)

Ahlan Wasahlan..Alhamdulillah wa syukrillah..posting kali sangat-sangat menarik..jeng..jeng..jeng.. cer teka.. hehe kali ni posting lain sikit dari yang lain..disebabkan hari ni aisya belajar bab munakahat.. jadi aisya nak berkongsi jugak dengan hangpa semua.. apa tu "Munakahat"? munakahat tu bermaksud Pernikahan.. ada sesapa dekat sini yang tak nak 'bernikah'..sila angkat kaki..hehe sapa yang masih dok membaca tu memang sah2 la dia nak kahwin kan..kan..okehh..gurau2 jer ..
Setiap pernikahan mesti akan ada Mahar Perkahwinan..apa tu Mahar Perkahwinan?
Pemberian wang atau barang yang bernilai dan berfaedah dari suami kepada isteri kerana akad nikah. 
 dan hukum bagi pemberian mahar ini adalah Wajib, dalil dekat sini yang aisya dapat tunjukkan:
التمس ولو خاتما من حديد
Carilah mas kahwin walaupun berupa sebentuk cincin besi
Syarat-syarat benda yang dijadikan maskahwin (mahar)
Mestilah suci
Berfaedah atau pekerjaan yang berfaedah
Milik suami
Mampu diserahkan bila-bila masa
Diketahui jumlah dan sifatnya

Sebab Suami wajib berikan Mahar
Tanda penghargaan suami kepada isteri
Tanda suami mempunyai tanggungjawab kepada isteri
Sebagai lambang kasih sayang suami 

Hikmat Islam tidak menggalakkan menetapkan kadar mahar yang tinggi
Boleh menimbulkan kesulitan kepada  bakal suami
Akan menyebabkan ramai gadis yang tidak berkahwin
Menimbulkan masalah kahwin lari

Jenis-jenis mahar mengikut Islam 
Mahar Musamma :
Iaitu mahar yang ditentukan kadarnya mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak
Mahar Musamma Mu’ajjal : Mahar kahwin yang disebut dalam akad dan dibayar secara segera dan tunai
Mahar Musamma Muajjal : Mahar kahwin yang disebut dalam akad dan dibayar secara tangguh dan hutang
Mahar Mithil: Mahar yang tidak ditentukan kadarnya semasa akad. Dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar dan penilaian mahar saudara-saudara perempuan pengantin itu.

Kata Ustaz:
Sebaik-baik mahar adalah mahar yang memudahkan urusan pernikah..maksudnya kalau pihak perempuan letak jumlah yang tidak mampu pihak lelaki nak tunaikan..tu dah jadi masalah bagi dia untuk melangsungkan pernikahan tersebut. tapi sekiranya kalau letak RM10000++ sekalipun dan dia mampu "alahh..kacang jer".. tak palah nak letak pun.. kadar mahar biarlah tidak terlalu rendah sehingga menjatuhkan dan tidak pula terlalu tinggi hingga menjadi bangga dan bongkak..

itulah serba sedikit ilmu yang dapat aisya kongsikan bersama hangpa.. ilmu di baik bagi lelaki mahupun perempuan sebab semuanya akan melalu fasa pernikahan..hehe (termasuk diriku) Wallahualam..
kalau ada tersalah dan tersilap..mohon ditegur..jangan malu-malu k

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...