Monday, September 30, 2013

Cara pemakaian lelaki muslim yang mengikut sunnah-part 1

Alhamdulillah wa syukrillah.. hari ni aisya nak kongsikan sedikit ilmu mengenai sunnah pemakaian bagi "lelaki muslim" diluar sana.. segala cara disini adalah mengikut apa yang telah disunnahkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w..  penulisan ini aisya ambil dari internet untuk bahan pengetahuan kalian semua..harap dapat manfaat..bagi "cara pemakaian perempuan muslim yang mengikut sunnah" tengok posting seterusnya..
blogger-emoticon.blogspot.com

Rata-rata masyarakat Islam memahami keperluan untuk berpakaian secara menutup aurat adalah wajib ke atas Muslimin dan Muslimah. Syarat minimum pakaian menutup aurat bagi seorang lelaki Islam adalah secara menutup antara dua lutut hingga ke pusat. Manakala aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.
Terdapat 3 perkara yang berkaitan dengan pakaian dan penampilan yang menjadi petunjuk  mazahir  (tingkah laku luaran) keimanan seorang lelaki Islam  iaitu:
PAKAIAN
Tanggapan umum apabila seseorang lelaki Islam berseluar panjang dan memakai baju berlengan panjang, mereka telah memenuhi tuntutan syarak.  Namun begitu tanggapan ini adalah salah sekiranya kaedah berpakaian tersebut menyelisihi sunnah dan anjuran Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. 
 
Pakaian yang dipakai tidak meniru pakaian yang ada kaitan dengan acara keagamaan orang bukan Islam seperti jubah paderi Kristian, jubah sami Buddha. Sikap berbangga dan ingin meniru serta mengagongkan mereka.
Pakaian yang dipakai hendaklah longgar, tidak ketat atau menampakkan susuk tubuh badan.
Pakaian yang dipakai tidak nipis dan  jarang sehingga menampakkan aurat.
Seluar/Kain pelikat/Jubah Tidak Isbal. (Isbal bermaksud menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah buku lali)
Larangan tidak boleh isbal adalah sebagaimana  sabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam “Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih) dan “Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR Bukhari).
Panjangkan Janggut dan Pendekkan Misai
 
Hukum menyimpan janggut adalah wajib ke atas lelaki Muslim sebagaimana sabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam “Selisihilah orang-orang Musyrikin, panjangkan janggut dan pendekkan misai” (HR Bukhari dan Muslim). “Pendekkan misai dan panjangkan janggut” (HR Bukhari). “Pendekkan misai dan panjangkan janggut, Selisihilah golongan Majusi” (HR Muslim). “Panjangkan janggut dan pendekkan misai dan tukar warna uban kamu. Dan jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasarani ” (HR Ahmad)
Justeru berdasarkan hadis-hadis di atas dapat disimpulkan bahawa janggut tidak boleh dicukur. Bahagian yang dikira kawasan janggut bermula dari pelipis telinga, rahang dan dagu yang ditumbuhi anak rambut. Ulama menetapkan janggut perlu dipanjangkan sehingga mencapai satu genggaman tangan di bawah dagu manakala di kawasan rahang dan pelipis telinga boleh dirapikan sedikit untuk mengelak kusut masai. Manakala misai juga tidak boleh dicukur tetapi boleh digunting, dirapi dan dipendekkan
Kesemua 4 mazhab telah sepakat menyatakan bahawa janggut tidak boleh dicukur.
Inilah di antara perkara-perkara yang mempamerkan mazahir orang Islam dan inilah juga yang disifatkan oleh Sheikh Muhammad Jamil Zainu sebagai golongan yang selamat senang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dalam ibadah, perilaku dan dalam segenap kehidupan. Wallahu a’lam.
Sumber: sini 

No comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.