HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Friday, December 13, 2013

Khabar Dari Tembok - Hari Raya Qurban di Chifeng,inner Mongolia,China

Ahlan Wasahlan sahabat yang dikasihi disayangi.. bersyukur Alhamdulillah aisya dapat jugak online dan update post baru, MasyaAllah lama kan tak update post..sangat-sangat tak sempat nak online, Mohon Maaf kepada sahabat-sahabat aisya yang sudi menjenguk blog kecik berhabuk ni tapi tiada pengisian.. Hari ni aisya nak post cerita atau aktiviti salah seorang sahabat aisya (KHABAR DARI TEMBOK), cerita ni dah lama berlaku masa Hari Raya Haji(Korban) pada tahun 2013 tapi aisya tak sempat nak kongsikan bersama sahabat-sahabat jadi hari ni ambik peluang yang ada untuk kongsi benda yang sudah lama disimpan. Perkhabaran dari saudara-saudara kita di Chifeng.
 
15 Oktober adalah tarikh Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 2013. Bagi pelajar Malaysia yang menuntut di Beijing, kami telah menganjurkan Program Ibadah Kurban di Bandar Chifeng,Inner Mongolia,China. Di Bandar Chifeng,komuniti Islam dianggarkan terdapat dalam 2000 orang Muslim. Seperti dua tahun lepas,pelajar Malaysia yang menuntut di Beijing khususnya akan menghantar beberapa orang pelajar untuk menjadi wakil kepada ibadah qurban yang ingin dikerjakan oleh pelajar-pelajar Malaysia. Untuk tahun ini,jumlah kambing bagi ibadah kurban di Chifeng adalah 44 ekor kambing.

Pada tahun ini,rombongan ke Bandar Chifeng adalah seramai 34 orang termasuk 5 orang wakil daripada Badan Ugama dan Kebajikan MARA(BUKM). Jadi kali ini adalah julung kalinya program Ibadah Kurban di Bandar Chifeng disertai oleh Badan Kerajaan serta rakyat Malaysia yang di Malaysia.

Perjalanan dari Beijing ke Bandar Chifeng mengambil masa selama 9 jam menaiki keretapi.Walaupun Bandar Chifeng berada didalam provinsi Inner Mongolia,namun Bahasa Mandarin masih lagi menjadi bahasa utama pertuturan mereka.Rombongan kami disambut dengan meriah oleh rombongan komuniti Muslim disana yang diketuai oleh Penaung Persatuan Islam Bandar Chifeng,Haji Hakim Liu.Haji Hakim Liu sendiri pernah ke Malaysia beberapa kali sebagai tetamu khas kerana bakatnya dalam seni khat kaligrafi.


Imam Haji Abdul Hakim bersama Imam Ibrahim.
Imam Haji Abdul Hakim merupakan seorang pakar kaligrafi islam China yang sangat terkenal dan berpengaruh. Beliau dahulunya merupakan imam Masjid Niujie ( masjid terbesar di Beijing ).
Chifeng merupakan kampung halaman beliau dan ibadah korban yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Malaysia banyak dibantu oleh beliau. Walaupun usianya sudah menjangkau 80 tahun, namun kesihatan dan staminanya masih seperti orang muda.

Hari pertama kami disana diisi dengan melawat dua buah masjid yang berjauhan dengan Bandar Chifeng untuk melihat sendiri kesusahan serta keperitan yang dialami oleh penduduk Muslim disana. Secara amnya,Muslim dinegara China akan menjadikan masjid yang berdekatan sebagai pusat rujukan dalam segala hal. Perjalanan kami kesana memberi kesempatan kepada kami untuk memupuk hubungan silaturahim antara orang Islam disana. Kami juga dimaklumkan masjid yang kami lawati itu turut mendapat beberapa ekor kambing untuk dikorbankan pada keesokan harinya. Ini kerana keperitan kehidupan mereka yang agak sukar bagi membeli daging kambing.Namun segala keperitan yang mereka lalui tidak pernah menjadikan mereka berputus asa untuk meneruskan kehidupan serta memperjuangkan agama Islam di bumi tercinta.


Salah sebuah masjid utama di Bandar Chifeng,Inner Mongolia, dinamakan sebagai QingZhenBeiDaSi(清真北大寺) - Masjid Besar Utara.
Masjid ini dijadikan sebagai Peninggalan Budaya Utama Negara oleh Kerajaan China pada Mei 2013.
Pada Hari Raya Aidiladha dan perayaan lain, masjid ini menjalankan solat sunat aidiladha dan juga program korban, binatang utama yang dikorbankan di sini ialah kambing.


Salah sebuah masjid di perkampungan Muslim di Chifeng.
Masjid ini mempunyai seorang imam yang berasal dari NingXia, bernama Imam Ibrahim-27 tahun( berdiri paling tengah). Beliau dahulunya mendalami ilmu agama di Yunnan, kemudiannya dihantar ke Chifeng untuk menjadi imam dan khalifah yang menyeru muslimin dan muslimat untuk berjemaah di masjid dan mengingatkan akan perkara-perkara berkaitan islam. Apabila ditemubual mengapa beliau sanggup berhijrah dari kampung halaman dan datang ke Chifeng semata-mata untuk menjadi imam, beliau dengan ringkas menjawab, “Saya ingin mencontohi sunnah baginda Rasulullah S.A.W. iaitu amar makruf nahi mungkar”.


Salah seorang pelajar bergambar bersama dua orang kanak-kanak di perkampungan muslim di Chifeng.
Kebanyakan mereka hidup dalam serba kekurangan dan pekerjaan utama ayah ibu mereka ialah petani.
Bulan 10 merupakan bulan untuk ibu dan ayah mereka mengutip hasil tanaman jagung.
Kanak-kanak perempuan di sebelah kanan berumur 10 tahun.


Pada keesokan harinya,kami berpeluang untuk merasa sendiri budaya masyarakat Muslim disini dimana akan berarak ke masjid dengan memegang pewangi seakan colok sebelum menunaikan solat sunat aidil adha.Selesai usai solat sunat aidil adha,kami menyaksikan penyembelihan sebahagian kambing pelajar-pelajar Malaysia. Sebahagian kambing yang lain telah pun diedarkan sehari awal ke masjid yang berjauhan dengan Masjid Besar Utara Chifeng untuk disembelih sendiri oleh wakil masjid masing-masing.Kepakaran mereka dalam melapah daging kambing membuatkan kami terkagum seketika. Kami diberitahu bahawa rata-rata masyarakat muslim di Bandar Chifeng mengambil kursus melapah daging kambing.

 
Kemudian imam besar Masjid Besar Utara memberi sedikit tazkirah dan terus mengimamkan jemaah solat sunat aidil adha.
Selesai solat,kesemua jemaah berpusu-pusu ke laman belakang Masjid Besar Utara untuk melihat ibadah qurban. Kambing-kambing yang akan dikorban telah pun dikumpulkan. Di Masjid Besar Utara sahaja,25 ekor dkambing adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan kurban yang dibuat oleh rombongan Malaysia. Jumlah korban keseluruhan rombongan Malaysia di Chifeng adalah sebanyak 42 ekor kambing, dan nilai selebihnya telah diagihkan kepada masjid lain untuk disembelihkan.

                                                                                                                                                               


Seorang petugas masjid sedang menjalankan kerja-kerja melapah kambing.
 Mengikut maklumat ketua komuniti islam di Chifeng, tidak semua orang boleh melakukan kerja-kerja melapah ini kerana ianya harus dipelajari, dan mereka yang bertugas ini semuanya diajar dari generasi ke generasi, datuk menurunkan ilmu kepada si ayah, si ayah pula menurunkan ilmu kepada si anak. Jadi, mereka mempunyai skill dan cara melapah yang tidak ada pada kebanyakan orang, dan masa yang diambil untuk melapah seekor kambing tidak sampai satu jam, dan seekor kambing pula hanya dikendalikan oleh seorang petugas sahaja.

Kedatangan kami setiap tahun juga memberi kemeriahan kepada setiap masyarakat disana untuk sentiasa bersatu padu dalam setiap perkara terutama dalam kalangan masyarakat Islam di Chifeng. Mereka juga ada memaklumkan bahawa semenjak dua tahun lepas,semakin ramai orang ke masjid dan menghadiri aktiviti di masjid kerana terasa akan persaudaraan antara masyarakat Islam yang tidak kira warna kulit,bangsa dan negara. Jadi,mereka amat bersyukur dengan kedatangan kami setiap tahun ke sana dan berharap program ini akan berterusan ke tahun-tahun berikutnya.

Rombongan kami berakhir dengan kami menaiki bas selama 7 jam pulang ke Beijing pada petang Hari Raya Aidil Adha tempoh hari. Setiap ahli rombongan juga diberi beberapa cenderahati untuk kenangan sepanjang meraikan masyarakat muslim di sana.Syukur kepada Tuhan atas persaudaraan yang terjalin dan semoga menjadi kekuatan kepada masyarakat Muslim di negara China khususnya.
 
  Ini merupakan ringkasan sepanjang program disana, pengalaman yang sangat bernilai dan berharga.. merantau dan melihat dunia ciptaanNya supaya kita sentiasa ada rasa bersyukur dengan nikmat yang kita dapat.. susah-susah kita ada lagi yang lebih susah.. bersyukurlah dan hargailah setiap masa yang ada.. Syukran Jiddan buat sahabat-sahabat aisya sebab sudi baca sampai habis ^_^.. Great Story must be Sharing Together..InsyaAllah 

Monday, December 02, 2013

Alhamdulillah..Akhirnya!

http://30.media.tumblr.com/tumblr_ln602xtPEc1qhh7wto1_500.gif
Ahlan wasahlan sahabat-sahabat semua, apo kabo? hehe.. kepada yang cantik semakin cantik dengan iman, yang segak semakin segak dengan akhlak yang baik InsyaAllah. Alhamdulillah aisya merasa sangat lega..jadi nak kongsikan kelegaan disini.. design blog busines second last sudah siap akhirnya. Dan bersyukur sangat sebab customer pun berpuas hati dengan hasil kerja. Ada lagi yang tempah tapi nak berehat sekejap dari memandang komputer, boleh dikatakan setiap hari memandang komputer..lama-lama dah tak rindu kat komputer naik jemu hari-hari tengok dia..hehe haaaaa.... ni blog yang aisya citer tu
kalau nak tengok dengan jelas boleh klik Sini

Ini adalah pakej full edit blog + doodle header.. ni design yang sebagaimana dikehendaki oleh customer tu sendiri.. Alhamdulillah dan syukran jiddan sbb bermuamalat dengan Al Humayrah Online Shop.
Kepada sahabat-sahabat yang nak perkhidmatan edit blog boleh klik butang "KEDAI" di sebelah sidebar.. dalam tu ada pakej2 edit blog dan sahabat boleh pilih nak yang mna. tapi kalao nak minta edit bahagian-bahagian tertentu juga boleh.. apa2 cuma PM aisya di Al Humayrah Online Shop.. InsyaAllah Puashati!

~Back to my work~

"Semoga segala pekerjaan kita sentiasa dipermudahkan oleh Allah swt..InsyaAllah aminn"