Hari ini cerah menderang memancarkan cahaya keseluruh bumi, aku
melihat matahari pagi tersenyum indah kepada manusia menyatakan hari ini hari
yang indah. Ni kisah pasal aku NUR ZULAIKA BT DATO’HERMAN. Hari isnin mula kembali
ke sekolah selepas cuti selama dua hari, macam biasa aku kalau hari isnin mesti
bangun lewat ingat nak lanjutkan mimpi
tapi.....................................................
“Zulaika!!!!! Bangun!!” itulah suara yang membantutkan aku untuk
terus lanjutkan mimpi-mimpi indah. Hmmmmmm..........dengan malasnya aku bangun
dari katil. Belum sempat nak menjejakkan kaki ke lantai aku terus disapa mesra
oleh seseorang.
“Zulaika.....bangun! tengok sekarang dah pukul berapa...cepat
bangun!!
“Yela....orang bangun la ni mama..” kata aku, kalau nak tahu
wanita yang aku panggil “mama” ni mak yang paling aku sayang nama dia Datin
Fatimah. Mama aku ni seorang yang banyak cakap dan suka berleter tapi hati dia
baik.
Sambil aku berjalan nak pergi bilik air pun kena dengar ceramah
pagi dulu sampai aku tutup pintu bilik air baru rasa senyap je..hehehehehehe
senyum sendiri aku dalam bilik air.
Beberapa jam kemudian......
Siap sahaja aku pakai baju sekolah dengan sikat rambut agar
kemas aku terus turun bawah, aku ni jenis yang malas nak bersiap macam
perempuan nak kena bedak sana bedak sini style
aku simple je sikat rambut habis
cerita. Disebabkan rambut aku pendek jadi cepat la aku siap.
“Zulaika...kamu potong rambut lagi ke?” belum sempat aku nak
melabuhkan punggung atas kerusi dah kena point
dengan mama aku. Hmmmmm..............
“Ye mama....” ringkas je aku jawab
“Kamu ni...nak jadi apa la, nak jadi lelaki ke? Kamu tu
perempuan buat la perangai macam perempuan sikit..nanti orang tanya anak dara
mama..mana malu mama nak tunjuk kalau dengan rambut kamu macam ni” panjang
lebar mama aku berleter mengalahkan Dato’ Fadzilah Kamsah.
“Emah...apa yang bising ni?” tiba-tiba muncul, penyelamat
aku..ni ayah aku yang hensem bergaya nama dia Dato’ Herman.
“Awak tengok la anak dara awak ni...” kata mama sambil menunjuk
kearah aku.
Ayah aku dengan selambanya memerhatikan aku dari atas sampai
bawah.
“Tak ada papa pun yang pelik dekat anak saya yang comel ni”
jawab ayah aku
“Abang!!! Tengok betul...betul” kata mak aku lagi dengan
bersungguh-sungguh
“Apa? Saya tak faham maksud awak emah” ayah bagaikan buat-buat
tak tahu benda sebenar yang cuba ditunjukkan oleh mama aku.
“Tu...rambut zulaika”
“Laa...rambut ke, abang ingat apa tadi..kenapa dengan rambut
ika?” Tanya ayah aku lagi sambil memengang rambut pendek aku.
“Abang anak kita tu perempuan bukan lelaki macam abang-abang
dia”
“Biasa la tu budak muda-muda...nanti panjang la rambut tu”
dengan selambanya ayah aku berkata dan duduk di tengah-tengah meja makan, sebab
itu la aku gelarkan ayah “penyelamat aku”.
Yang aku pula duduk dekat meja makan tu macam tunggul dengar mak
ayah aku berbahas, dari aku makan sampai habis pun mak aku berleter lagi.
“Mama..ayah..ika dah lambat ni nak pergi sekolah, ika pergi dulu
ye” aku menyalam tangan kedua orang tua aku dengan pantas aku memecut keluar dari
perkarangan rumah menaiki Skuter Nouvo.
Itu la keluarga aku kalau korang nak tahu, mak aku banyak cakap
ayah aku pula lebih kurang je. Aku ada tiga orang abang dan seorang kakak
sulung tapi dah berkahwin, aku ni anak yang kelima anak bongsu la
katakan..hehehehe tapi tak best macam
mana pun parents aku layan sama rata
tiada pilih kasih. Family aku ni
lebih kurang macam orang kaya juga la sebab ayah aku bergelar “DATO” tapi tak
la berlagak macam orang lain..apa-apa pun kalau korang nak tahu cerita
selanjutnya kena la baca lagi.
Tepat pukul 7.30 pagi aku sampai sekolah, nasib baik pelajar
baru turun nak buat perhimpunan pagi kalau tak nama aku mesti naik pangkat
sebagai pelajar datang lewat. Macam biasa berbaris ikut kelas, aku kelas sains
tulen nama kelas aku 5 perdana. Kalau korang nak tahu aku ni rock sikit tak pakai tudung hehe..alaaa
sekolah dekat KL relax je.
“Hai...awal datang hari ni?” pagi-pagi lagi dah disapa orang,
kalau macam ni tiap-tiap hari kan bagus.
“Woii.....tidur lagi ke?” kejut Diana..diana ni member perempuan aku, dia ni lasak sikit
sembang je dengan dia mesti kena pukul punya sakit pulak tu.
“Apa hal kau...diam la nanti kena marah dengan pengawas baru
tahu” kata aku, alaa macam budak baik la pulak...hehehe Diana hanya menjeling
kearah aku dan aku balas balik la apa dia buat. Macam tu la kami berdua...
Habis saja perhimpunan pagi semua pelajar masuk kelas
masing-masing, kelas aku dekat bawah jadi cepat la aku sampai kelas. Masuk je
dalam kelas aku terus duduk dan letakkan buku di hadapan kepala dibawah....buat
apa lagi tidur la hahahaha tambah lagi bila tadi ada pengumuman yang semua guru
ada mesyuarat pagi selepas perhimpunan...hooray!!! boleh aku tidur lama sikit.
“Oit...kau ni kan masuk je kelas tidur la kerja kau ye...kau ni
tak ada kerja lain ke?”
“Latihan kimia kau dah siap ke?”
“Fizik...?”
“Matematik tambahan..?”
“Dah siap ka..?” bertalu-talu soalan diorang dekat aku sambil
gelak pulak tu macam la aku ni malas sangat sampai tak buat kerja sekolah desis
aku dalam hati yang agak berang la, dari aku bercadang nak tidur terus tak
jadi. hmmmmm.............malang betul.
“Oi...kau dengar tak?” Tanya lagi
“Dengar la....aku dengar, semua kerja rumah tu aku dah
siap...tak percaya tengok ni” dengan bangganya aku menunjuk hasil kerja aku
dekat diorang. Member-member aku
semua terkejut sebab diorang yang cabar aku buat semua jadi aku buat
la..disebabkan kerja sekolah tu jugaklah aku tidur lewat.
“Betul ke kau yang buat ni ika..?” Tanya diorang minta kepastian
aku hanya hanggukkan kepala je sebab dah malas nak bersuara yang aku tahu aku
mengantuk.
“Dah sekarang korang pergi main jauh-jauh aku nak
tidur...suhhhhh....suhhhhh” belum sempat aku nak letak kepala semula ada ja
suara yang memanggil aku.
“Apa lagi.....?” kata aku
“Tengok tu....ada tetamu la ika” tunjuk Diana sambil tersenyum kearah
perempuan yang paling aku menyampah dekat sekolah ni.
Dengan gaya dia yang menyampah tu melangkah masuk ke kelas aku
sesuka hati makin menyampah dalam hati aku ni. Macam mana pun aku kena introduce dia dekat korang juga walau
pun menyampah nanti korang tak tahu siapa dia, nama dia Tasya Amira orang
sekolah panggil tasya, dia ni boleh dikatakan top juga la dekat sekolah. Nak
kata cantik tu boleh la aku comel lagi....hahahahaha menyampah!
“Hai korang semua......” dengan selambanya dia dihadapan sambil melambai-lambai
tangannya. tak malu betul minah ni...ishhh...ishhh
“Ehhhh...korang rasa macam dengar burung gagak bercakap tak...”
kata aku yang tadi berangan-angan nak tidur terus bangun dan bersemangat nak
sekat minah tu. Tasya menjeling kearah aku...ada aku kisah ke aku dua kali
ganda boleh jeling balik la.
“Kau jelous ke! well...well kau tu zulaika kalau nak
bercakap tengok diri kau dulu..okey” kata tasya sambil gelak mengada dan disertakan
dengan beberapa member dia dekat
belakang..member sokongan la katakan.
Semua pelajar dalam kelas aku hanya tersenyum tengok kami berdua
bertelingkah ada yang tak kisah, ada jugak yang bertepuk tangan dan macam
pertandingan bahas ala parlimen la pulak. Aku terus bangun dengan
perlahan-lahan aku menghampiri tasya.
“Cik tasya yang tak berapa cantik...aku cantik lagi, ikut suka
aku la nak bercakap dengan siapa pun..kau siapa nak tegur aku. Satu lagi..kau
tak payah la buat Road Show dalam
kelas aku..menyampah!” dengan senang hatinya aku gelak besar..merah padam muka
dia tahan malu. Dengan pantas dia berlari keluar dari kelas.
“Ehhh....marah ke...cik tasya jangan cepat marah nanti berkedut
muka tu...hahahahahaha” sambil aku bergelak besar aku melabuhkan punggung di
kerusi. Member-member yang lain cuma
mengelingkan kepala tengok perangai aku yang tak reti-reti nak berubah.
“Apa la minah tu...masuk kelas orang buat bising” kata aku
dengan ketawa yang masih bersisa.
“Kau ni kan..bila nak belajar jadi perempuan sejati..haah!” Anuar
memotong kata-kata aku, dia ni member lelaki
yang paling aku rapat. Berdersing telinga aku bila si anuar kata macam tu.
Anuar hanya tertawakan aku bila dia melihat wajah aku mula
berubah menjadi masam, tapi aku tahu anuar melawak je dia memang lelaki gentle sikit suka buat bagus depan
perempuan. Kadang-kadang aku pun tergoda tengok kehenseman anuar tapi dia ni playboy buat apa jatuh hati dekat dia
tak guna juga kawan boleh la. Daripada aku bertengkar dengan anuar lebih baik
aku sambung tidur yang terkendala tadi. Belum sempat aku lelapkan mata,
kelihatan Cikgu Azam guru bahasa melayu menyusul masuk dengan kelam kabut.
“Assalamualaikum..cikgu” Ucapan sapaan daripada ketua kelas di
susuli dengan semua pelajar kelas 5 perdana.
“Waalaikumusalam..duduk semua” Balas cikgu Azam.
Semua pelajar duduk seperti yang diarahkan..
“Baiklah hari ni..cikgu akan bagi tugasan kepada kamu semua”
Terang cikgu azam sambil mengedarkan helaian demi helaian kepada semua pelajar
mengenai tugasan yang akan dibuat pada hari ini. Dan aku..terbeliak biji mata
bila aku membaca arahan tugasan yang sebentar tadi diberi oleh cikgu azam.
“Mak oiii…..panjangnya nak kena karang 365 patah perkataan,
tugasan apa ni…” Kata aku yang masih buntu dan samar-samar dengan tugasan tadi.
“Tugasan ni diwajibkan kepada semua pelajar tingkatan 5, Cuma
tajuk bagi setiap kelas adalah berbeza-beza seperti kelas kamu lebih
menjuruskan kepada kepentingan sains, jadi berlandaskan ilmu pengetahuan dan
apa yang kamu faham bersamaan dengan fakta yang benar kamu perlu mengarang sebuah
karangan yang tidak kurang daripada 365 patah perkataan..tugasan ni perlu
dibuat secara manual maksudnya menulis menggunakan tangan bukan
computer..faham!” panjang lebar cikgu azam menerangkan tugasan hari ni..
“Cikgu..semua pelajar memang kena buat ke tugasan ni” tanya
aku..
“Ya…wajib!! Dan kamu zulaikha..tolong perbaiki karangan kamu,
saya tak mahu tengok karangan budak sekolah rendah atas meja saya pada hari
isnin minggu depan..kamu faham!”
“faham..” tu sebab aku tak minat bahasa melayu dapat pun cukup makan
dan lepas dari gagal sudah..aku dah mula berang sorang diri..gila apa~desis
hati aku.. confirm kali ni aku failed..macam mana ni.. susah hati aku
dibuatnya
Bersambung.........................
No comments:
Post a Comment