Thursday, November 28, 2019

#AisyhJournal Totebag NABAWI..Casual sangat..

Tiada penerangan foto disediakan.
Assalamualaikum
''TOTE BAG NABAWI'' HANYA RM 15 😱😱( termasuk postage)
Material : canvas 5oz
Saiz : 35 cm (lebar) x 42 cm (tinggi)

BOLEH SUPPORT 8KG!! STOK TERHAD! Batch 1.0  'GRAB NOW!!'

BERMINAT?
WHATSAPP 013 4871737 👍

Saturday, November 23, 2019

Tutorial 20 : Cara masukkan REPLY pada kotak komen blog

Image by Spanish...
Hai.. Hari ini aku rajin nak buat tutorial dekat korang..
okey ikut step by step.

1. Klik pada SETTING.


2. Apabila dia keluar macam di bawah, Klik pada butan LAIN-LAIN / OTHER. Kemudian lihat sebelah pada mesti ditukar 1. full/penuh dan 2. yes/ya.


 

selepas dah tukar jangan lupa klik butang save setting atau  simpan tetapan

 

3. Seterusnya Klik pula pada butang SIARAN, ULASAN DAN PERKONGSIAN.

 
Setelah klik lihat disebelah, pastikan no.1 terbenam / embedded.
selepas dah tukar jangan lupa klik butang save setting atau  simpan tetapan
OKEY..DONE
Boleh semak dekat peti komen..

SELAMAT MENCUBA!




Thursday, November 14, 2019

AisyhJournal 1# When it was everything about ME..

artsy, cyber, and faded image
Disaat aku mula meneliti setiap bait tulisan indahmu, setiap sendi nadiku kembali menegang, mencari kata kunci yang tersembunyi disetiap kata pujanggamu.

Sungguh di dalam diri setiap insan pasti mempunyai persoalan yang mungkin dapat dirungkai atau ia hanya tinggal sebagai persoalam yang jauh terpendam di benak hati. Setiap mata yang memandang setiap satu ciptaanNya pasti nya akan terlintas di fikiran atau mungkin jauh dilubuk hati.

Tapi sebenarnya kau merinduiNya. Mata yang memandang setiap hasil ciptaanNYA yang kau cari adalah DIA. Tapi kau sendiri lupa DIA tidak perlu kau cari kerana DIA sendiri ada denganmu, cuma engkau tidak menyedarinya.

Yang kau lihat lantas kau berpaling..

Bagaimana bisa kau merasakannya. Jika tidak kau cuba mencari masakan kau bisa merasakan, jika tidak kau merasakan masakan bisa kau melihatNYA?

Sejenuh apa pun yang telah engkau lakukan padaNYA, DIA tidak pernah menutup pintu kasihNYA padamu.


Tapi kau sendiri berpaling dari pintu kasihNYA. Lalu kau menyatakan DIA tidak menyayangimu dan meninggalkanmu? Hakikatnya kau sendiri yang berpaling DARINYA...
Kerana kecintaanNYA dan KemurahanNYA melebihi dari KemurkaanNYA

JADI DIMANA BISA KAU TEMUKAN TUHAN SEPERTINYA?
KERANA DIA HANYA SATU..

AisyahAwfiyah
10/11/2019
"aku ingin menjadi HAMBA"

Friday, November 08, 2019

My First VLOG Journal in Youtube..

Image de anime, book, and gif
hai semua apa khabar? harap yang sedang membaca ini sentiasa diberkati Allah dan dilimpahkan rahmat disisiNya.
Ok..
Hari ni nak hari pertama aku buat video VLOG dalam Youtube.. masih baru nak belajar buat video VLOG ni semua dan memang banyak kekurangan dari segi kualiti video. Tapi nak cuba jugak buat walaupun tak sehebat orang yang dah mahir. Al maklumlah aku ni 'NEWBIE'..
Sebab-sebab kenapa tiba-tiba nak jadi Youtuber.. Youtuber la sangat kan..
Pertamanya sebab aku sekarang sedang berjinak-jinak dengan 'Bullet Journal' dan jadikan itu sebagai satu hobi bila rasa 'stress' dengan kerja yang banyak. Lebih kurang macam terapi diri.. 
'Healing' untuk diri aku..aku suka pada benda-benda yang comel, bila tengok ke sentuh ke benda comel ni rasa macam bahagia 'Giler'.. serius!
So, korang pulak macam.. apa 'Healing' untuk diri korang bila korang stress..
sebab ada orang bila dia stress dia akan makan banyak..
ada jugak 'shopping' giler-giler..
ada jugak 'travel'
tapi aku...
tak sekaya tu.. apa aku buat bila aku stress.. jeng..jeng..jeng
ambil kunci kereta.. bawa kereta sambil dengar 'instrucment music' atau buka ayat alquran, terus ke destinasi macam 'Mall' atau 'Shopping Complex'..
Ehhhh.... bukan nak 'Shopping giler-giler' tapi cuma pergi kedai tengok barang-barang comel sambil jalan-jalan.. itu saja lepas tu makan.. tu WAJIB la kan. mana ada orang keluar tak makan kan..
dan aku lah salah seorangnya.. ahaaakkks..
Kadang-kadang beli jugak barang untuk 'Bullet Journal' aku..
So, dari situ 'Bullet Journal' ni dah jadi sebahagian dari hobi aku dan sekarang aku nak komersil kan ke dalam VLOG sebagai perkongsian bersama bagi orang-orang yang ada minat sama macam aku.
so, Korang apa 'healing' untuk diri korang.. cuba kongsi dekat komen.. mana tau minat kita sama kan, boleh tukar-tukar idea.
untuk korang yang minat dengan video 'healing stress' aku yang baru ni, boleh terjah 'youtube channel' aku 'AISYHJOURNAL' dan jangan lupa untuk 'SUBSCRIBE'..Ok
Terima kasih kerana sudi baca sampai habis..
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.