Tuesday, June 06, 2017

Kau rasa UJIAN kau BERAT??

80's, anime, and 90's image
Cerita ini aku nukilkan di dalam blog untuk santapan rohani sahabat aku diluar sana, mungkin ceritanya pendek dan ringkas tapi bukan itu yang aku nak sampaikan dekat korang. moga korang dapat melihat sesuatu hikmah disebalik nya..
sahabat aku..seorang perempuan berpurdah dan bertudung labuh yang pada pandangan mata manusia dia seperti kita ada kehidupan, ada keluarga dan ada kawan sama macam kita.
aku suka memanggilnya dengan panggilan "Ain" (bukan nama sebenar) tapi bagi aku nama itu cukup sesuai dengannya. Dia pernah marah pada aku sebab panggil nama lain dari orang selalu panggil.
Roomate kami di tempat pengajian tak sama...
...Aku sedih..

tapi 
kelas kami sama..
..Aku gembira...

Ain adalah diantara sahabat yang sangat rapat dengan aku...
Suatu hari..telefon aku berdering tak henti-henti
aku capai telefon dan aku lihat nama "Ain".. sampai 5 miskol memandangkan aku tinggal fon di dalam bilik dan kebilik sebelah..
Pelik.............
anime, beautiful, and black & white image
Hati aku berdebar waktu aku menjawab panggilan dia...
"Assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam..Nur sibuk ke?"

"Tak..kenapa Ain?"
"....................................??" dia diam membisu

"Ain?"
"Ya.........."

"Kenapa ni..?"
"Ain..nak minta tolong Nur..boleh temankan Ain balik ke rumah sekejap, mak Ain tak sihat"
"Ya boleh jer...Ain ada di mana ni?" dengan gembira aku menjawab, tapi suara dia macam ada sesuatu yang disembunyikan..
Aku bergegas ke tempat Ain..sampai saja di sana aku melihat dia temenung sendiri..mungkin dia sedang risaukan ibunya..
dia menyedari kehadiran aku, lalu ditolehnya dengan senyuman gembira..
"JOM!...Ain dah beli tiket...kita balik sekejap je, lepas ziarah kita balik ke kolej semula..okey"
anime, b&w, and shoujo image
Aku hanya menganguk tanda setuju, pelik dengan sikap dia yang semacam ja aku tengok.. tak pernah dia ajak aku balik rumah dia..inilah kali pertama aku akan rumah dia dan mengenali ahli keluarganya.. bestnya sebab dia seorang perempuan yang baik dan bersantun mesti keluarganya juga orang yang baik-baik...kata hatiku
aku tersenyum....

sepanjang perjalanan.. kami berada di dalam bas, dia tak banyak bercakap macam selalu.. temenung memandang ke luar tingkap bas.. seperti ada sesuatu di dalam fikiran dia sekarang..
aku hanya memerhatinya.....

"Terima kasih Nur..sebab temankan Ain..."

Pandangan aku beralih kepadanya..
'kenapa macam emo je ni...desis hati aku'
"Sebenarnya Ain takut nak balik rumah sorang diri..."

Aku diam...hanya membuka ruang untuk dia berkata-kata..
dia membisu kembali.....
"Kenapa takut Ain?" aku bertanya
Dia diam seribu bahasa...
kenapa hari ini jadi begitu sulit untuk dia berkata-kata sepertinya dia menelan sesuatu beban yang besar...


"Tak payah takut, Nur kan ada temankan Ain....hehe"

kata aku dalam senyuman manis..dia tersenyum kembali..
bas kami telah sampai ke destinasi, selepas turun dari bas kami menaiki teksi ke suatu kawasan perumahan yang bagi aku agak cantik seperti kawasan perumahan taraf tinggi..
teksi kami berhenti di sebuah rumah yang tersergam cantik...
Ain memengang tangan aku dengan erat... aku tersentak..pelik dengan kelakuan dia
kami melangkah masuk ke perkarangan rumah itu.. salam diberikan dari luar..
"Assalamualaikum.............."

dalam 3 minit........
"Waalaikumusalam........"

seorang wanita pertengahan umur membuka pintu..wajahnya pada mulanya tersenyum tetapi bila tengok kami terus riak wajah dia berubah..
"Mak abah...tengok ni sapa yang datang...."

dari jauh dia menempik..
pintu dibuka tanpa diajak masuk..Ain menarik tangan aku dan terus langkah masuk, aku hanya mengikuti saja langkah kaki dia..
Hati aku mula tidak sedap...
"Mak apa khabar... Ain dengar mak tak sihat, betul ke?"

 dia melepaskan tangan aku dan menuju kearah wanita yang agak lanjut usia sedang duduk diatas kerusi sofa..dan aku hanya berdiri dimana tempat kami berhenti di tengah ruang tamu memandangkan suasana rumah ketika itu agak seram dan menakutkan. aku tak berada nak bergerak ke kanan atau ke kiri..hanya membatu disitu....
tangan yang dihulur tidak dicapai..
aku terpana.............
"Berani balik rumah.... tau pulak jalan nak balik sini... ingatkan dah lupa, yela sekarang kan dah besar dah pilih jalan hidup sendiri dah tak dengar cakap orang tua yang membesarkan kau ni.."

. . . . . . . . . . betul ke apa aku dengar . . . . . . . . . . 
anime, sawako, and kimi ni todoke image 
......aku macam tak percaya.....

Ain hanya membisu...disitu..
..
"Kalau mak sakit pun kau nak kisah kenapa....kau kan orang baik, alim dah macam malaikat..yang kau nak kisahkan kami kenapa yang jahat ni.."

wanita pertengahan umur itu bersuara...barangkali kakak dia..
aku tak pasti...aku masih kebinggungan...macam berada dalam drama tv ja rasanya...
Ain mengendahkan kata-kata tadi..dia mengeluarkan sesuatu dari beg yang di bawa tadi..kelihatan satu plastik yang dipenuhi dengan buah buahan..lalu diberikan kepada ibunya tetapi tak disambut..
dia meletakkan plastik tadi diatas meja...
"Hari tu balik dengan tudung labuh bagai..sekarang ni siap berpurdah tutup muka plak..kenapa dah malu sangat ka nak tunjukkan muka dengan keluarga sendiri..." katanya lagi..
Ain hanya membisu...
"Yang kau tak buka purdah tu kenapa.. mana adab kau haaaah!!"

suaranya mula tinggi...aku tersentak melihat tubuh badan Ain terpaku disitu..
'tak ada sapa-sapa ka nak tolong bela dia' hati menyentak sendiri, geram dengan sikap kakak tadi..
Ain masih tak pedulikan kakaknya...
pandangannya dialihkan kepada ibunya semula...
"Mak...Ain tengok mak macam dh sihat sikit...Alhamdulillah.. Moga Allah kekalkan kesihatan mak ya... Ain nak minta diri dlu..." dia menyalam tangan ibunya dalam paksa tanpa ibunya merelakan.. lalu dia mula bergerak mengalihkan susuk tubuh kearah aku..tanpa diduga kakaknya meluru kearah Ain menarik tudung dan purdah sehingga terlucut separuh..
Aku terpana...aku tak mampu berdiri terpaku lagi terus aku berlari kearahnya dan membantu betulkan tudungnya dari terjatuh ke lantai...
"Kalau balik sini nak tunjuk baik semata-mata..baik kau tak payah balik"

itulah kata-kata terakhir sebelum kami melangkah keluar dari rumah itu...
Ain...........dia menyepi seribu bahasa sepanjang jalan... hanya kedengaran bunyi kenderaan yang lalu lalang di kawasan perumahan tersebut..
sampai saja di stesen bas aku menahan sebuah teksi.. dan menarik pergelangan tanganya untuk masuk kedalam kereta..dia hanya menurut...
L...e...m....a....h.....


Ain kelihatan lemah sekali..bersembunyi disebalik kain kecil diwajahnya...
aku dirundung serba salah apa yang patut aku katakan kepadanya...
'Biarkan dia dahulu' kata hatiku sendiri
dari berjalan kaki kemudian naik teksi dan seterusnya kami naik bas...su
nyi sepi yang menemani..sehinggalah sampai ke stesen bas tempat pengajian kami..
dia berjalan dihadapan aku..aku tekad untuk menegurnya dahulu..

"Ain....."

dia dengan perlahan menoleh kearah ku...
anime girl, crying, and anime gif image
aku lihat...mata itu sudah dibanjiri dengan air mata...


dia menangis dan terus menangis di pertengahan jalan ke hostel..
aku menuju kearahnya dan memeluk dia... tiada kata yang dapat aku katakan kepadanya yang hanya mampu aku lakukan hanya ini..

"Sabar lah wahai sahabat...........Allah mencintai mu.."


aku menahan sebak..tidak mahu menangis dihadapannya walaupun mata tetap berdegil hendak hujan jua..

"Ain minta maaf  Nur...Ain malu sebab Nur dah nampak keburukan Ain yang sangat teruk..Ain ni jahat kan...keluarga sendiri pun buang Ain..mak abah Ain..kakak Ain..abang Ain semuanya tak sukakan Ain...kenapa Ain jadi macam ni..Ain cuma nak jadi manusia yang lebih baik dipandangan Allah dan anak yang solehah untuk mak dan abah tapi kenapa mereka tak suka Nur...."


Dia berkata-kata dalam esakan tangisan..aku hanya mengusap belakang badannya...
Pedih...luka dihatinya tiada siapa yang dapat rasa..
selama ni aku selalu melihat dia tersenyum gembira..inilah kali pertama dia menangis dibahu aku sesungguhnya...

aku memangkunya sambil berjalan menuju ke Hostel...membiarkan dia menangis sepuas-puasnya dengan harapan itu dapat memberikan dia ketenangan selepas menangis.. sampai di bilik aku mengelap air matanya dan embiarkan dia tidur..moga esk hari yang lebih baik untuknya..


"Ya Allah engkau yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..kuatkanlah hatinya dengan kalimah Lailahaillah...sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah.. bersabarlah sahabat..Allah sedang menguji kau kerana itu tanda cintanya kepada kau.."


doaku sentiasa bersama denganmu..

Kalau kita rasa ujian kita berat...ADA ORANG LAGI BERAT UJIAN yang Allah berikan kepadanya..belajarlah bersyukur diatas nikmat yang kita ada..

Selamat membaca dan mengambil hikmah..


Tuesday, May 30, 2017

Doa Naik Kenderaan

anime, background, and colorful image
 
Alhamdulillah..ada sahabt kita minta postkan "Doa Naik Kenderaan"
jadi lepas ni sebelum nak gerak pergi mana-mana..baca doa ni dulu k..
moga perjalanan kita selamat dibawah Lindungan Allah swt
Aminn.....

Imej yang berkaitan 

SELAMAT BERAMAL SEMUA!

Monday, May 22, 2017

Cara buat blog sendiri

Anime scenery gif #6 
Hai...hai..hai.. hehe okey nak update post pun makan masa lama kan..haha
malam ni aisyah nak ajar hampa BUAT BLOG SENDIRI / Makeover blog hampa bagi lawa molek..
follow tutorial di bawah:

1. buka website www.blogger.com dan dia akan keluar macam gambar dibawah ni :

 
klik pada button "create your blog"

2. nak buat blog ni, wajib kena ada akaun Gmail..kalau dah ada klik ja pada akaun hampa dan SIGN IN macam biasa.. TAPI kalau TAK ADA AKAUN LAGI, hampa kena buat baru dengan klik "use another account'

3. Then, dia akan paparkan macam di bawah ni;
Nama Blog : (nama untuk blog hampa..letak la apa-apa yang cun)
Alamat URL Blog : (ni utk orang search blog hampa cth: aminahcunmelecun.blogspot.com
dibawah tu ada pilihan tema blog..hampa boleh la pilih yang mana berkenan..
dah siap taip.. klik "Create Blog'
 

4. TaaDaa...dah dapat blog hampa..

 

Okey..done sampai sini cara nak buat blog..
ehhh..ehhhh... MACAM MANA NAK TUKAR BACKGROUND?

 Ada lagi..To be continued hahaah (suspen sikit)
okey..klik link bawah ni..


SELAMAT MENCUBA!!


Thursday, April 06, 2017

Finally.....i open it !!!

b&w, gif, and rain image
 
Salam sejahtera kawan-kawan semua.. lama kan kita tak bertemu, semakin hari semakin sepi blog ni tuannya entah ilang ke mana..
tuan nya tak pergi mana..tuan nya ada saja cuma sibuk dengan kerja kerja duniawi yang tak habis membuatkan tuan blog ni malas nak update posting dalam blog ni..
 ..'ha ha ha ha..... tak patut betul kan' 
tuan blog ni nak minta maaf dekat kawan-kawan yang selalu ziarah blog aisyah ni dan yang ternanti nanti post entry terbaru..
rasa macam ramai plak yang tanya pasal tutorial blog..aduss! nak sangat bagi dkt hampa tp tu la masa sentiasa tak mengizinkan..laptop ni pun sekarang dh bersawang tak buka lama haha..
okey.. sapa - sapa yang nak tutorial request ja senang.. nanti kami buat.. nak susun satu2 memang tak dan haha  okey?
okey hampa thanks sudi baca entry ni... to be continue k  hehe


 
This Template Was Made & Design With Love By AlHumayrahOnlineShop. All Right Reserved To Me.