HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Thursday, March 20, 2014

MH370 dalam doa..

Tumblr
 
Ahlan Wasahlan..Salam Mahabbah dari aisya untuk sahabat-sahabat yang sentiasa sudi membaca artikel/posting/entry dari blog kecik aisya ni. Alhamdulillah..seronok sebenarnya bila dapat menaip..memegang keyboard ni..rasa macam nak taip..mcm nak ceritakan. 

Ya..mungkin aisya terlambat seminggu lebih untuk membuat posting mengenai peristiwa yang sememamgnya mengejutkan seluruh Malaysia dan sekarang sudah seluruh pelusuk dunia tahu mengenainya.. MH370 ghaib dari radar pusat kawalan. aisya sendiri terkejut bila pertama kali dapat tahu sebuah kapal terbang yang penuh sarat dengan penumpang di dalamnya hilang macam tu ja.. macam mna boleh hilang? dekat mana dia sekarang? macam mana keadaan mereka? selamat kah mereka? macam-macam persoalan menerjah fikiran kita.. itu kita yang tak ada apa kaitan dengan mereka... bagaimana pula keluarga mereka? sedih..menyesal..risau dan macam perasaan datang bila mengenangkan keadaan yang menimpa keluarga yang menjadi penumpang MH370. 
 
 
 
Aisya tak nak ulas secara details kejadian berlaku bila dan bila? sebab aisya rasa semua dah sedia maklum kan..sekarang bukan itu yang orang nak tahu tapi yang orang nak tahu..apa yang keluarga mereka nak tahu adalah dimana kapal terbang MH370 tu dan macam mana keadaan keluarga mereka. Macam-macam spekulasi orang buat..itu ini.. tapi pemikiran kita terbatas sama sekali.. kita hanya boleh menjangka tapi kita tak tahu adakah jangkaan kita tu betul atau salah sama sekali.

Sahabat yang aisya kasihi semua, kalau kita dah berusaha bersungguh-sungguh mencari mereka.. marilah kita bertawakal kepada Allah swt. sebaik-baik perancangan manusia..perancangan dari Allah swt itu jauh lebih baik dan yang terbaik untuk hambaNya. Jangan berhenti berdoa utk mereka..jangan berhenti utk terus bergantung sepenuhnya kepada Allah swt. Dia Maha Mengetahui.. sedangkan kita cuma manusia hina. Yakin setiap apa yang terjadi pasti ada sebab dan hikmahnya.. tapi kita tak tahu.. Sedihh..sehingga hari ni 20/3/2014 masih tak jumpa mereka tapi..kita tak boleh putus asa dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah swt.. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Sabar dalam penantian MH370.. 
Wallahualam..