Saturday, June 23, 2012

Wahai wanita solehah..

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Wahai wanita solehah dengarlah kata-kata ini..
"Duhai wanita solehah..jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut kepada wanita hanya kerana kecantikannya, lirikan senyumannya, bicara manja yang menggoda, serta pujuk rayu yang bisa meruntuhkan iman kaum adam... Sesungguhnya lelaki adalah pemimpin kepada wanita..Andai belum sampai jodohmu, ketahuilah bahawa muslimin yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinan dirinya untuk memimpin dirimu..adapun pada wanita itu pasti ada kekurangannya...dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekurangan itu..." Semoga Allah swt Merahmati kita semua..insyaAllah

Friday, June 15, 2012

Luahan Kasih seorang SUAMI





Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
untuk kau beri erti dengan kelembutan
untuk kau hargai dengan kasih sayang


ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
seorang lelaki yang bernama suami


Kerana engkau isteri
ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
yang kita janjikan
kerana kau isteriku





Wednesday, June 06, 2012

Kelebihan BERTAHAJJUD

Assalamualaikum semua... dimalam yang berangin kencang ni ana nak postkan entri terbaru mengenai kelebihan BERTAHAJJUD rasanya ramai yang tahukan tp ada jugak yg belum tahu jadi ana nak bagitahu.. harap-harap ia dapat memberi semangat kepada antum2 semua untuk terus bertahajjud kepada Allah di malam hari.. insyaAllah... ^^



Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajjud dan berqiyamullail.

Rasulullah s.a.w bersabda, "sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajjud,

Lima ketika di dunia:
 Terselamat daripada beberapa bencana
 Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
 Disukai oleh hamba Allah
 Ucapanya penuh hikmah
 Dijadikan orang yang bijaksana


Empat ketika di akhirat:
 Di pimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
 Di ringan hisabnya
 Meniti titian sirat seperti kilat
 Menerima buku amal dengan tangan kanan
 Semoga kita semua akan mendapat kebaikan dariNYA...InsyaAllah

 
This Template Was Made & Design With Love By AlHumayrahOnlineShop. All Right Reserved To Me.