Friday, January 15, 2016

Cerpen: Aku Terima Lamaran Pemilik Tudung Labuh

Terima Lamaran Credit quranicgen | “Assalamualaikum umi.”
  Wajah ceria umi dilihat dalam alam maya dengan sayunya. Skype menjadi penghubung       Hasanah dan ibunya yang berada jauh di mata tapi dekat di hatinya sepanjang masa. Raut  wajah ibunya ditatap dengan penuh syahdu. Ingin disentuh wajah itu namun jarak            memisahkan mereka.
Kini telah masuk tahun keempat Hasanah melanjutkan pelajaran di bumi Mesir. Kesibukan menimba ilmu membuatkan Hasanah tidak sedar masa berlalu dengan pantasnya. Ilmu perubatan yang dipelajari semakin hari semakin bertambah. Sudah menjadi cita-cita Hasanah sejak tingkatan empat lagi hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran ini. Jika dihitung gaji yang agak lumayan, berbaloilah dengan kesibukan seorang doktor. Namun, bukanlah wang ringgit yang dipandang tetapi matlamat berbakti kepada orang ramai tersenarai dalam 100 impiannya. Walaupun pada awalnya masalah kesihatan menjadi punca dia teragak-agak untuk menceburi bidang ini, namun Allah sebaik-baik perancang. Hasanah lebih suka berserah kepada Allah setelah berusaha dan berdoa.
“Waalaikumussalam. Adik sihat? Belajar macam mana sekarang?”
Tahulah Hasanah soalan itu memang akan keluar daripada mulut seorang ibu. Bimbang tentang keadaan yang jauh di mata walaupun telah sekian lama merantau. Ibunya lebih suka bertanya tentang pelajarannya terlebih dahulu. Mungkin kerana hati ibu sudah memahami, pelajaran adalah kunci utama tahap kesihatan anaknya itu. Apabila Hasanah tertekan dalam pelajaran, mulalah kesihatan diabaikan. Sikap yang dikatakan agak tidak matang ini memang menguasai dirinya sejak sekolah rendah lagi. Pantang keputusan peperiksaannya menurun, pasti akan ditingkatkan ulangkajinya. Dirinya terasa tercabar jika tanggungjawab sebagai seorang pelajar diabaikan dengan mudahnya.
“Alhamdulillah, baik-baik semuanya. Baru lepas habis test. InsyaAllah dah buat yang terbaik, serah dekat Allah sajalah. Orang rumah semua okay? Kak Long dengan Kak Ngah ada balik?”
“Semua okay. Kak Long baru balik hari tu. Dia ambil cuti seminggu sebab nak rehat. Dah mengandung tiga bulan katanya. Kak Ngah balik minggu depan. Nak bincang mengenai perkahwinannya terus.”
“Wah, lepas ni dah ada yang panggil Mak Su. Seronok, seronok. Tahniah lah. Kak Ngah pilih ke umi abah pilih? Hehe.”
“Dia pilih sendiri lah. Zaman sekarang orang cari sendiri lah adik. Adik dah ada calon belum?”
“Aik, pilih sendiri? Adik nak suruh umi abah carikan. Malas lah nak cari. Banyak lagi kerja lain nak buat.”
Senyuman manis terukir di bibir Hasanah. Siapa sangka disebalik kesibukan menimba ilmu, hatinya tetap dimiliki oleh hamba Allah yang telah lama tidak dihubungi. Hasanah lebih memilih untuk menjauhkan diri daripada buah hatinya itu kerana tidak ingin mengganggu tahap keimanan seorang hamba yang sedang bermujahadah. Jauh di sudut hatinya, sudah mengalah mengharapkan insan yang telah bergelar seorang hafiz al-Quran itu. Dia bukanlah perempuan yang baik-baik sebaik seorang hafizah al-Quran. Dia juga bukanlah sepintar hafizah yang dapat menghafal kalam-kalam Allah yang Teragung itu. Walaubagaimanapun, Hasanah tetap nekad untuk menjaga diri sebaiknya. Mungkin bukan layak baginya untuk mendapat jodoh seorang hafiz, tetapi mungkin lebih baik dia mengharapkan dipertemukan dengan insan yang masih mampu menjadi ketua keluarga yang boleh mengimamkan solatnya kelak. Mengharapkan jodohnya itu adalah orang yang dapat mengubahnya menjadi seorang hamba Allah yang melaksanakan amar makruf dan nahi munkar.
Perbualan di Skype tidak dapat dipanjangkan. 15 minit yang diperuntukkan dirasakan seperti 5 minit. Tidak sempat berbual panjang berkongsi suka manis seorang perantau.
“Umi, adik ada kelas 30 minit lagi. Adik nak bersiap dulu ni. Nanti sampaikan salam dekat semua okay. Kirim salam sayang”
“Okay. Adik balik Ramadhan tahun ni kan?”
“Insya-Allah umi. Doakan segalanya lancar di sini.”
…………………
Masa berlalu dibawa angin. Kesibukan membuat persiapan perkahwinan Husnina sepanjang bulan Ramadhan membuatkan kepulangan Hasanah ke tanah air lebih diperuntukkan bersama keluarga. Bukan niatnya ingin melupakan sahabat-sahabat yang telah banyak membentuk dirinya, tatapi akalnya perlu bijak membahagikan masa antara keperluan rohani dan keperluan jasmani. Cukuplah sekadar chatting di muka buku, sudah menenangkan hati Hasanah.
Ukhti, enti dah berpunya belum? – Fatimah
Belum tiba waktunya :) – Hasanah
Enti setia dengan dia lagi ke? Enti ada dapat khabar dari dia? Ana dengar tak lama lagi dia nak bertunang. Ana stalker facebook dia. Melalui komen dan post dekat wall dia, itulah yang ana faham. –Fatimah
Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga jodoh dia. Ana dah lama tak hubungi dia ukhti. Sebab ana dah buat persiapan awal-awal, Allah Maha Perancang kan. Mungkin ana memang suka dia, tapi Allah tahu sukanya bakal isterinya terhadap dia berlipat kali ganda hebat. –Hasanah
Insya-Allah. Enti jaga diri baik-baik okay. Selalu berdoa dijauhkan daripada bisikan nafsu :) –Fatimah
Terima kasih sahabat. –Hasanah
Sayunya hati hanya dipendamkan. Istighfar mula bermain di bibirnya. Air mata tidak dapat disekat untuk membasahi pipi. Patahnya hati apabila kesetiaan berakhir sebegitu rupa. Teringat kali pertama perkenalannya dengan hamba Allah yang sudah lama berada di carta hatinya. Hasanah akur dengan kesetiaannya. Barulah dia sedar, dia hanya bertepuk sebelah tangan. Cinta itu bukanlah kejam di matanya kerana cinta itu yang telah mengubah arah hidupnya. Dia akur dengan aura cinta. Seorang perempuan yang mencintai seorang lelaki akan merasakan apa yang dikatakan oleh si kekasih adalah benar belaka. Hanya diangguk, tiada digeleng. Bersyukur juga Hasanah kerana Allah memberi peluang dia menyimpan perasaan kepada insan yang melabuhkan cinta kepada Allah.
“Enti tak perlu balik kepada cara hidup lama enti. Ana mohon, teruskanlah bersahabat dengan orang yang soleh.”
Kiriman SMS Akif lima tahun yang lalu masih segar di ingatan. Berdamping dengan orang soleh telah banyak mengubah dirinya sedikit demi sedikit. Kini berakhir sudah kesetiaan hati. Hasanah sudah lama menantikan saat ini kerana kesetiaan itu sedikit sebanyak memberi harapan palsu buat dirinya. Solat tahajjud kali ini diselubungi kesedihan. Kegembiraan kakaknya yang akan melansungkan perkahwinan esok hari sedikit sebanyak meremukkan lagi hatinya. Mungkin kerana terlintas juga di hatinya ingin memiliki kekasih halal pilihannya sendiri. Tetapi segalanya telah dilupakan apabila lelaki pilihannya akan menjadi milik wanita lain. Sudah pasrah.
…………………………
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Majlis berjalan dengan lancar. Semakin bertambah ahli keluarga, semakin meriah rasanya. Sepanjang hari, tetamu sibuk menilik rumah banglo itu. Cantik indah dengan bertemakan White Garden. Mustahillah seorang pengurus butik perkahwinan membuat serba ringkas. Sering saja terlintas di fikiran Hasanah apabila ramai yang memuji. Hasanah juga tidak kurang sibuk. Sibuk ditemuduga, bila mahu melansungkan perkahwinan. Tidak kurang juga ada yang menawarkan khidmat pencarian jodoh. Semuanya dianggap lawak jenaka sahaja. Tidak terlintas lagi di fikirannya untuk ke arah membina masjid. Hatinya baru terubat luka, dibiarkan dahulu untuk pulih sepenuhnya.
“Mampu tak aku dapat suami yang soleh?”
“Allah izinkan tak aku dapat suami yang memahami aku?”
Lamunan dimatikan. Sekotak hadiah dihulurkan kepada Hasanah.
“Hadiah ni ada yang bagi untuk adik tadi.”
Abah berlalu pergi, kepenatan terpancar di wajah abahnya.
“Thanks dad! Selamat malam,” ceria suaranya.
“Orang lain bina masjid, orang lain dapat hadiah.”
Sempat lagi mengomel sendiri sebelum masuk ke bilik. Hadiah diletakkan di sisi katil, masih ada urusan yang belum diselesaikan. Setelah berwuduk, bacaan al-Mulk dimulakan. Sudah menjadi runtinnya sejak mendapat ilham daripada Allah. Bacaan ini diharap sedikit sebanyak dapat mebantunya menghadapi seksaan di akhirat kelak. Nauzubillah, hikmah pembacaan al-Mulk terlalu besar baginya. Badan dibetulkan menghadap ke arah kanan. Sunnah Rasulullah sedikit sebanyak mengingatkannya kepada Rasul terakhir utusan Allah. Hadiah. Matanya memerhati lagi, tidak sempat dilelapkan. Sekeping kad disertakan.
Assalamualaikum doktor,
Terimalah hadiah ini seadanya.
Selamat mencari kemanisan Islam,
Saya tunggu awak habis belajar.
Semoga Allah menjaga awak untuk saya (:

……………………….
Tarikh 27 Jun menjadi pilihan pasangan termuda dalam keluarga Encik Anwar ini. Anak bongsu perempuannya memilih untuk menamatkan zaman bujang seawal usia 24 tahun. Bukan kerana sudah tidak sabar, bukankah lebih baik mendirikan masjid lebih awal apabila tiba masanya adalah yang terbaik bagi menjaga hatinya yang sudah lama bersabar untuk menatap wajah bakal zaujnya.
Seperti yang diceritakan abah, pemilik hadiah adalah lelaki yang baik. Cukuplah bagi Hasanah menerima lamaran lelaki itu apabila mengetahui bahawa lelaki itu bertemu abah di masjid. Bertambah yakin lagi hati Hasanah apabila hadiahnya itu adalah tudung labuh. Hasanah beranggapan, tudung labuh itu menunjukkan lelaki itu mampu mengubah dirinya kelak. Semestinya ke arah kebaikan.
Perkahwinan Hasanah banyak menimbulkan kontroversi dalam kalangan keluarga besarnya. Tidak pernah terjadi dalam keturunan itu, berkahwin tanpa bertunang. Ditambah kekesalan lagi apabila Hasanah menerima lelaki itu tanpa mengenalinya terlebih dahulu. Dibiarkan sahaja orang berkata-kata. Hasanah sudah menjangkakan keluarga besarnya yang mempunyai darah perniagaan itu akan mencemuh dirinya. Pilihan ayahnya pasti yang terbaik buatnya. Mustahil ayahnya mencari yang tidak sekufu buatnya.
“Kenapa budak tu tak siasat dulu latar belakang laki tu. Nanti dapat tukang sapu baru tahu. Buat malu keluarga je.”
“Hasanah tak takut ke laki tu gemuk ke, tak sesuai dengan Hasanah.”
Dirinya sendiri selama ini dianggap asing kerana tidak mengikut perkembangan berfashion. Namun jalan manakah yang benar. Berlandaskan Islam atau berlandaskan masa? Akur dengan tazkirah yang pernah dibaca. Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara. Persaudaraan kerana Islam lebih mahal nilainya berbanding persaudaraan kerana pertalian darah. Keluarga kandung boleh sahaja bergaduh kerana gilakan harta, tetapi orang mukmin tetap menghormati sesama mereka dalam pembahagian harta.
….

Telah sah sudah Nurul Hasanah binti Hassan menjadi bidadari dunia Abdul Hakim bin Razman dengan sekali lafaz. Hasanah melihat sekilas wajah Hakim ketika sesi pembatalan air sembahyang. Perasaan malu masih menebal. Sejak awal pagi lagi, sesuatu bermain di fikiran Hasanah. Wajah ibu mertuanya dan kakak iparnya seperti pernah dilihat. Pandangan sekilas wajah suaminya juga membuatkan Hasanah panik.
Akhirnya, saat yang dinantikan Hasanah untuk memakai blaus pengantin menjadi kenyataan. Cantik mempesonakan. Tetamu yang hadir seakan-akan tidak percaya Hasanah tampil secomel bidadari. Mungkin kerana sikap Hasanah yang sangat bersederhana selama ini, tidak berminat untuk make up dan berpakaian secantik itu walaupun berkerjaya. Hari ini Hasanah tampil dengan kelainan untuk menjaga hati kekasih halalnya.
“Akif”
Hasanah sentap melihat wajah Akif di majlis itu. Agak kehairanan kerana majlis itu hanyalah untuk ahli keluarganya terdekat kedua belah pihak sahaja. Matanya tajam memerhatikan pergerakan Akif. Menghampiri meja santapan keluarga pihak lelaki.
“Awak, jom teman saya jumpa keluarga saya.”
Tangan Hasanah dipimpin Hakim. Akur tanpa sebarang kata-kata.
“Hakim, mama nak balik dah,”
“Mama terus balik rumah? Kalau mama nak bercuti dekat sini Hakim boleh minta pekerja Hakim simpankan hotel untuk Mama,”
Terdiam Hasanah. Dia tidak pernah mengenali Hakim. Jadi, tidak dapat disampuk perbualan itu. Hanya senyuman yang terukir.
“Boleh juga. Bukan selalu datang sini.”
“Okay mama. Nanti Hakim dengan Nurul datang tengok Mama esok okay. Boleh Nurul?”
Mata Hakim bertentangan dengan mata Hasanah. Berdegup kencang jantung insan yang baru bergelar isteri itu.
“Boleh saja. Tapi Nurul kurang tahulah tempat yang best dekat sini. Tak sempat menjelajah negeri sendiri. Banyak merantau negeri orang.”
“Itu no hal lah, sayang. Pemandu pelancong kan ada.”
Senyum sahaja dibalasnya. Hasanah sudah mula tidak senang duduk. Masih kekok dengan kaum lelaki. Terasa masih asing. Kegelisahan itu membuatkan lupa akan bayangan Akif tadi.
……………………….
Kereta BMW milik Hakim meluncur laju menuju ke tempat penginapan ibunya. Hasanah hanya diam. Suasana dalam kereta hanya diriuhkan dengan radio.
“Kenapa awak terima saya?” Hakim memulakan perbualan.
Sepi. Tiada jawapan.
“Nurul. Awak di sini kah?”
“Eh, apa awak tanya?”
“Saya tanya kenapa awak sudi terima saya walaupun tak pernah kenal,”
“Kenapa awak bagi saya tudung labuh?”
“Kenapa awak tak jawab soalan saya dulu?”
“Kenapa awak nak tahu?”
“Sebab saya suami awak.”
Hasanah terdiam. Menarik nafas, tenang.
“Saya terima awak sebab pemberian awak. Kenapa awak hadiahkan saya?”
“Saya nak isteri pakai tudung labuh. Cantik macam awak.”
Dicuit pipi Hasanah tanpa meminta izin.
“Eh, senangnye dia.”
Dibalas cubitan di paha Hakim. Kemesraan mula diperoleh.
“Kenapa dengan tudung labuh yang saya hadiahkan dekat awak tu?”
“Saya yakin awak boleh ubah saya ke arah kebaikan.”
“Tapi saya ni bukan budak sekolah agama macam awak dulu.”
“Siapa cakap budak sekolah agama saja mampu bimbing orang lain. Eh, awak kenal saya dari mana erk?”
Telefon bimbit Hakim berbunyi. ‘Mama’.
“Sayang, angkatkan. Saya tengah drive.”
“Eh, tak biasa lah.”
“Mama awak jugak.”
Diikuti sahaja arahan Hakim. Walaupun Hakim banyak mengarahnya tetapi dianggap sahaja sebagai senda gurau.
“Assalamualaikum abang. Akif ni. Abang, mama cakap mama tunggu dekat restoran bawah hotel. Jangan lupa bawak kakak ipar Akif yang abang sayang sangat-sangat tu yeah. Jumpa nanti, okay.”
Talian diputuskan. Wajah Hasanah mula berubah. Apa lagi yang Allah aturkan untuk hamba-Mu ini Ya Allah.
“Nurul, kenapa?”
“Oh, Akif call bukan mama. Dia cakap mama tunggu dekat restoran bawah hotel.”
“Dah agak dah,”
“Apa yang dah agak?”
“Akif yang telefon. Kalau dia cakap memang tak ada noktah. Lansung tak bagi peluang dekat orang lain. No wonder lah awak tergamam.”
Hakim ketawa kecil. Hasanah makin terkesima.
“Akif tu siapa?”
“Orang yang kenalkan awak pada saya,”
…………………………..
“Kenapa mesti kau buat aku camni?”
“Buat apa?”
“Kau jangan pura-pura tak tahulah. Kau memang nak hancurkan hidup aku kan?”
“Weh, aku tak bermaksud apa-apa pun. Hakim tu…”
“Hakim apa? Kau kalau tak nak dekat aku pun janganlah sampai jual aku dekat kaum kerabat kau.”
“Hasanah, tak ada niat pun. Sebenarnya Hakim tertarik dengan kau waktu dia nampak kau dekat sekolah waktu ambil result SPM lagi.”
Hasanah berlalu pergi ke arah meja utama restoran, meninggalkan bilik air di belakang dapur restoran.
“Hasanah, Allah aturkan segalanya cantik. Mungkin dah tiba masa awak gunakan cinta terhadap manusia mendekati cinta kepada Allah pula.”
Berhenti seketika. Menarik nafas. Tidak sanggup kelihatan sayu di hadapan ahli keluarga yang lain.
…………………….
Tempoh seminggu bercuti telah tamat. Hasanah terpaksa kembali bekerja. Seminggu bersama Hakim sepenuh masa seperti masih belum habis taaruf. Hati Hasanah mula terbuka kepada Hakim. Pasangannya itu sangat pandai membuka pintu hatinya. Mungkin kerana sudah halal, terasa lebih bersemangat menjalin kasih.
“Sayang, terima kasih.”
“Erm?”
“Sebab awak selalu ajak saya Qiam. Waktu bujang dulu, saya malas tahu nak Qiam.”
“Kenapa malas?”
“Balik lewat malam lah sayang. Banyak kerja dekat pejabat.Nanti tak cukup rehat.”
“Aik? Alasan.”
Hasanah sudah mengerti sekarang apa yang dikatakan oleh Akif. Bimbinglah orang untuk mencintai Allah. Tiada salahnya dikorbankan cinta, asalkan ikhlas kerana Allah. Kasih pada manusia hanya sementara, tetapi kasih pada Allah akan kekal abadi. Berkorban di jalan Allah pasti ada baiknya. Sesungguhnya Allah Maha Perancang.
“Nurul pun nak cakap terima kasih dekat abang. Sebab sekarang bila Nurul Qiam dah ada yang teman. Biasanya suruh Allah sampaikan salam rindu dekat bakal suami Nurul. Sekarang dah ada depan mata.”
“Patutlah abang rindu Nurul sepanjang masa.”
………………..
Pagi itu Hakim menghantar Hasanah ke hospital. Hari pertama menjejakkan langkah ke tempat kerja setelah seminggu bercuti membuatkan Hasanah sedikit berat hati. Tetapi masih ramai pesakit yang memerlukan dia. Rindu pada suasana hospital, membuatkan Hasanah bergegas melangkah masuk. Terlupa untuknya meminta nombor telefon bimbit suaminya itu. Manakan tidak, selama ini hanya berkepit. Tidak pernah berpisah jadi tiada keperluan meminta nombor telefon. Buntu Hasanah, bagaimana cara untuk menghubungi Hakim untuk menjemputnya. Buntu.
Abang tunggu Nurul dekat luar.
Pengirim, “weird”.
Hasanah terduduk sebentar. Terasa lemah. Siapa sangka mesej tazkirah yang tidak putus-putus dihantar oleh orang yang tidak dikenalinya selama ini telah menjadi suaminya. Siapa lagi yang akan memanggilnya dengan gelaran Nurul melainkan Hakim. Pernah juga Hasanah bertanya kepada insan yang dipanggil weird itu siapakah gerangan empunya badan. Tetapi mesejnya tidak terbalas.
Menuju ke kereta milik suaminya. Dihulurkan tangan untuk bersalam dengan Hakim. Kali ini senyuman tidak terukir sejelas biasa.
“Kenapa?”
“Abang yang hantar mesej tazkirah dekat Nurul selama ni?”
Hakim hanya mengangguk.
“Kenapa tak pernah cakap siapa abang dekat Nurul?”
“Sebab abang tak nak kacau Nurul. Nurul kan budak baik.”
“Terima kasih abang sebab jaga Nurul dari dulu.”
Hasanah rasa sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan yang sangat menyayanginya. Dirinya terasa dihargai. Perancangan Allah penuh dengan rahsia. Allah pisahkan Hasanah dengan Akif kerana Allah tahu Hakim lebih memerlukan dia. Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya tidak pernah putus. Cuma manusia yang tidak pandai menghargai. Kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dengan kurniaan Allah. Yang dilihat ialah apa yang dia mahu, harus diperoleh! Pengalaman hidup Hasanah sangat manis setelah diduga oleh Allah. Dugaan itu adalah tanda kasih Allah pada hamba-Nya.
     Salimi Ismail
     perkongsian dari sini

Thursday, January 14, 2016

Mungkin Aku PENAT

beutiful, anime, and naturaleza image
untuk kali ni mungkin bicara aku lain sikit, beralunkan nada yang penuh dengan persoalan dalam diri 

sendiri. Good news kita masih lagi menjadi diri kita, aku suka melihat orang lain. dengan melihat 

orang lain aku bersoal kepada diri aku sendiri sehingga persoalan tu aku penat untuk menjawabnya.

macam-macam soalan yang timbul sampai kadang-kadang aku marah dengan diri aku sendiri kenapa

 aku menyoal diri aku sendiri.

Ya..aku perlu menyoal diri aku..

mereka kata tak kisah kenapa nak fikir banyak..

tapi bagi aku di dalam kotak fikiran aku bermacam-macam soalan, apabila aku melihat aku pasti akan

 menyoal..apabila aku mendengar dan membaca fikiran aku seoalah-olah komputer yang menaip 

beribu perkataan.

Kekadang aku rasa penat dan lelah dengan diri aku sendiri

Tapi bila aku termenung sejenak aku gembira

Betapa indahnya aku dicipta dengan pelbagai sifat

Wahai Tuhan, apakah Engkau sedang mengajarkan aku sesuatu?

      Aisya Awfiyah
      1520 pm 
      14/1/16



Tuesday, January 12, 2016

14 Cara Untuk Bangun Solat Malam Untuk Anda

cara untuk bangun tahajud
Bismillahirahmanirahim..sahabat-sahabat yang aisyah kasihi dan sayangi..kaifa hal semua? harap-harap sihat selalu dan sentiasa dibawah lindungan ALLAH SWT..amin.. okey untuk pertama kalinya aisyah komgsikan sebuah artikel dari blog QuranisGen yang sangat banyak info ilmiah untuk kita. untuk artikel pertama di tahun 2016 ni. aisyah sangat berharap sahabt semua dapat baca sampai habis moga ia dapat memberi manfaat kepada sahabat semua dan juga kepada diri aisyah juga InsyaAllah.. baca tau ^___^..
Bagi mereka yang sudah biasa bangun awal pagi mesti tiada masalah untuk menunaikan solat sunat malam. Tetapi yang menjadi masalah adalah bagi mereka yang nak sangat merasai nikmat solat malam di keheningan malam tapi masih belum lagi berupaya.
Mungkin kerana cara yang salah penyebab kita gagal untuk bangun. Disini kami cuba listkan beberapa cara dan tips untuk kita amalkan supaya dapat membantu kita bangun awal menunaikan qiamulail.

#1 Nak bangun awal kena tidur awal

Badan kita dah letih seharian bekerja maka ianya memerlukan waktu yang mencukupi untuk berehat. Kalau anda tidur lewat memang susah nak bangun sebab badan kita masih memerlukan waktu rehat. Sebaiknya tidur terus lepas isyak.

#2 Jangan makan kenyang sangat

Sebelum nak masuk tidur elakkan daripada kita makan terlalu kenyang. Tidur dalam keadaan perut yang penuh menyukarkan kita untuk bangun kerana perut yang terlalu kenyang punca berleluasanya nafsu pada diri.
Kalau nak makan banyak, pastikan anda makan awal contohnya jam 6 atau 7 petang anda telah berhenti makan supaya perut anda ada masa untuk memproses makanan tersebut.

#3 Minum segelas susu sebelum tidur

Segelas susu sebelum tidur dan meningkatkan kualiti tidur anda. Anda akan tidur lebih nyenyak pada malam tersebut dan bangun dalam keadaan lebih segar. Dan ini juga apa yang rasulullah ajarkan kepada kita bagaimana untuk dapatkan tidur yang berkualiti.
Kenapa susu sebelum tidur, mesti anda tertanya-tanya.
Jawapannya adalah kerana Tryptophan (an amino acid) terdapat didalam susu dan ini membantu untuk kita lebih mudah lena. Dan jenis amino acid ini juga meningkatkan serotonin, (a brain-calming neurotransmitter) dan melatonin (a sleep-inducing hormone) pada otak kita.
kebaikkan tidur mengiring ke kanan
kredit
#4 Tidur mengiring ke kanan
Tidur mengiring ke kenan merupakan antara ajaran dari Rasulullah sendiri. Cara tidur begini terlalu banyak kebaikkannya dari sudut biologi badan manusia.
Antara kebaikkan pada sudut biologinya ialah jantung anda tidak akan berlanggar dengan rangka tulang, jadi bila anda mengiring ke belah kanan jantung anda akan dapat lebih banyak ruang untuk berfungsi dengan lebih baik semasa tidur.

#5 Tidur siang atau qailulah sebentar

Caranya adalah kita tidur sebentar sekurang-kurangnya 15-20 minit untuk rehatkan badan kita sedikit. Atau erti kata lain kita topup sedikit waktu tidur kita yang malam itu pada waktu ini. Untuk ketahui lagi kebaikkan tidur pada siang boleh baca artikel kami disini Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tidur Siang Atau Qailulah

#6 Sediakan semangkuk air dan tuala

Kadang-kadang kita dah bangun, tapi mata dan badan kita lesu. Untuk atasi perkara ini lapkan muka dan leher anda dengan tuala yang basah, Insyallah anda akan rasa lebih segar selepas itu.
pasang alarm jam
kredit

#7 Pasang alarm

Teknologi sekarang dah cukup maju, kalau tak ada jam loceng smartphone pun dah ada sekarang. Nak pasang alarm cara yang terbaiknya adalah letak jauh dari tempat tidur kita. Bila alarm berbunyi kita kena bangun dan melangkah ke arah alarm tersebut, kalau letak dekat sebelah bantal je memang senang sangat kita silentkan.

#8 Pasang niat sungguh-sungguh

Sebelum tidur pasang niat kita kuat-kuat dan letakkan keazaman dalam diri yang kita nak bangun awal untuk menunaikan solat sunat. Niat yang betul Allah akan tolong kita, azam yang kuat kita akan bangun juga walau badan melawan baik untuk tidur semula.

#9 Istiqamah dengan jadual badan

Bila badan kita dah mula dapat rentak untuk bangun awal kekalkan begitu. Tidur masa yang telah ditetapkan insyallah kita akan mudah bangun awal. Sekurang-kurangnya kita perlukan latihan selama 2 minggu untuk dapatkan rentak tersebut yang penting kena istiqomah.

#10 Baca fadhilat solat sunat tengah malam

Ini untuk menaikkan semangat dan motivasi kita untuk bangun malam. Rujuk kitab riyadhus solihin, banyak hadis tentang kebaikkan bagi mereka yang bangun malam.
berwuduk sebelum tidur
kredit

#11 Berwuduk sebelum tidur

Cara ini merupakan antara salah satu cara untuk lihat sama ada kita bersungguh untuk tanam niat bangun malam atau tidak. Bila kita dah ambil wuduk ambil masa sedikit solat sunat sebelum tidur, dalam sujud kita doa pada Allah untuk dibangunkan menunaikan qiamulail.

#12 Buang yang negatif tentang solat malam

Ini merupakan mindset yang salah bilamana kita rasa bangun tengah malam akan menyebabkan badan kita menjadi lebih letih dan penat. Yakinlah bahawa kekuatan itu datang daripada Allah. Hasan Al Banna hanya memperuntukkan masa untuk tidur hanya 3 jam sahaja!

#13 Buat jadual kejut tidur

Yang ini praktikal kepada mereka yang masih belajar sebenarnya, tetapi kalau anda dapat amalkan pada keluarga sendiri bagus juga.
Bila kita buat jadual ini, kita yang bertugas pada hari itu untuk kejutkan orang akan rasa bertanggungjawab. Dan ini secara tidak langsung akan menolak diri kita bangun lebih awal dan kejutkan mereka yang lain.
cara bangun tahajud dengan meninggalkan maksiat

#14 Tinggalkan maksiat

Kalau anda berterusan buat maksiat yang disengajakan baik anda berhenti sekarang! Ini kerana maksiat merupakan satu bebanan yang kita tak nampak menimpa keatas diri kita.
Maksiat akan menyebabkan kita rasa malas untuk beribadat, dan bangun malam ini merupakan satu kurniaan istimewa buat hambaNya. Dan kurniaan Allah tidak akan turun pada mereka yang bermaksiat!
Sekian itu sahaja daripada perkongsian yang kami mampu berikan tentang bagaimana cara untuk bangun untuk menunaikan solat malam.
Post ini akan sentiasa diupdate jika pembaca sekalian ada pertambahan tips dan cara untuk bangun malam. Caranya tinggalkan sahaja dibahagian komen dibawah dan kami akan kreditkan pada anda.
Wallahua’lam.

Monday, December 21, 2015

Sudah hampir ke hujung............

anime, blossoms, and gif image
Ahlan semua.. mestikan entri dari aisya kan, sekali sekala nak taip memang susah habis sangat pos la benda ilmiah atau pun freebies atau tutorial tu ja la kan.. dah jarang nak menaip cerita panjang-panjang. Kadang diri ni terfikir orang bukannya rajin sangat nak baca entri panjang-panjang kan..kadang-kadang tu sebab aisya sendiri yang malas nak menaip hihi tu yang betul sebenarnya..
Dah sampai hujung tahun 2015 dan hari ni 10/ 12 / 2015 bersamaan hari Rabu..
sekejap ja masa berlalu kan..macam tak sempat nak simpan apa-apa kenangan yang manis.
Tahun 2015 adalah tahun pembelajaran untuk diri..mungkin..
banyak belajar benda baru..banyak belajar perangai-perangai manusia yang bermacam-macam dalam zaman pekerjaan..sangat mencabar jiwa dan kesabaran betui.. banyak subjek kehidupan yang tak pernah aisya tahu sebelum ni dan sedikit sebanyak mematangkan pemikiran.

Watak sendiri pun dah banyak yang berubah.. mungkin sebab suasana yang mengubah diri menjadi lebih kasar dan keras dalam keputusan tp hakikatnya menangis didalam.. biasa itu perkara biasa bagi setiap manusia aisya fikir itu normal..kan sebab semua lalui benda macam tu. semua akan diduga macam tu..jadi biasa nama pun manusia..hihi
truly! gembira walaupun tahun depan semakin tua oh tidak!! haha makcik sebelah rumah cakap

"Tua pada tahun..muda pada wajah.." huhu

tapi ada ja yang tua pada wajah muda pada tahun huhu tak faham? mksudnya wajah dia tua dari umur dia haha jangan marah ya gurau ja..

InsyaAllah untuk tahun hadapan blog PENCARI CAHAYA ILLAHI ini akan lebih banyak bahan ilmiah untuk dikongsi walaupun dari blog lain sebagai santapan sahabat-sahabat semua. mohon maaf di atas kekurangan diri..ketidakperhatian pada soalan sahabat-sahabat semua..mohon juga teguran dari sahabat yg prihatin moga kita semua termasuk aisyah akan menjadi lebih baik pada tahun hadapan InsyaAllah Amin!!


Wednesday, December 02, 2015

Mungkin Terlalu BAIK...


anime, beautiful, and sakura image
 
Bismillahirahmnirahim...
pertama dan selamanya..bersyukur kehadrat Allah SWT dengan penuh rasa tenang.
hembusan nafas yang dahulunya kencang kini sudah mula perlahan

"Aku lega akhirnya...."

itu saja yang mampu aku ucapkan selepas apa yang telah aku tempuh sepanjang tahun 2015 ni..
bagi aku tahun ni banyak keperitan, kesedihan, kesusahan dan kehilangan.. 
tahun ni seolah tahun aku dilatih dengan begitu kuat untuk terus kuat ditahun0tahun hadapan.

"Mungkin aku terlalu baik kepada mereka.."

Bisik hati aku sendiri..ya! mungkin aku terlalu baik kepada mereka sehingga mereka seolah-olah tidak langsung memikirkan hati dan perasaan yang aku tahan.

kenapa dengan aku..kenapa dengan diri aku..kenapa dengan mulut aku yang hanya mampu mengucapkan 

"Tak pa..."

sedangkan aku tidak mahu untuk menerima itu bukan kerja aku.. tapi kenapa aku tidak boleh mempertahankan diri aku sendiri daripada terus terusan memberi muka kepada mereka yang hanya ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan aku.

wahai mulut, katakanlah "tidak mahu..aku tidak mahu!!" kenapa susah benar kau hendak mengucapkan ucapan sebegitu sedangkan dalamanmu menjerit meronta tidak mahu..
kenapa kau sanggup menipu diri kau sendiri...
terlalu banyak kali kau disakiti..kesilapan demi kesilapan diulang namun kepada kau masih menerima.. sedangkan air mata keperitan dan kepenatanmu tidak seorang pun mengetahuinya.
apa kau sanggup terusan begini..?

Bangunlah wahai diri.. jangan terlalu baik dengan mereka yang hanya memperbodohkanmu.
kuatkan tekadmu agar kau kukuh di dalam prinsip hidupmu..
kenapa harus kau sahaja perlu memikirkan kebahagiaan mereka..bagaimana dengan kebahagiaan dirimu.. semua manusia layak untuk mendapat kasih sayang dan kebahagiaan.
dan kau wahai diri hanya tahu bahagiakan mereka kenapa kau tidak membahagiakan dirimu dahulu sebelum mereka.

Tuesday, December 01, 2015

kata-kata dari QALBIKU


aesthetics, amazing, and animation image
Dulu aku selalu terbayang,
Yang aku akan berkahwin pada sejengkal usia dua puluh an,
Atau paling tidak,
Lewat belasan.
Tidak pernah impikan mewahnya perkahwinan,
Asal agama, juga baiknya keturunan yang di hamparkan,
Cukup.
Tapi tidak.
Masih tawar hati untuk terima setiap insan yang singgah.
Masih di belenggu kisah ‘dulu’.
Masih tidak boleh hadap perasaan yang tidak sudah-sudah.
Ya Tuhan.
Permudahkan.
Berilah aku kekuatan seperti dulu.
Sekurang-kurangnya peluang,
Berjuang untuk aku melahirkan,
Ramai pejuang agama,
Serta meramaikan umat Nabi Muhammad SAW.
Setidaknya,
Sebelum ayah bonda pergi,
Tinggalkan aku sendiri.
**Setidaknya,
Sebelum ayah bonda pergi,
Tinggalkan aku sendiri.**

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.