Bagi mereka yang sudah biasa bangun awal pagi mesti tiada masalah untuk menunaikan solat sunat malam. Tetapi yang menjadi masalah adalah bagi mereka yang nak sangat merasai nikmat solat malam di keheningan malam tapi masih belum lagi berupaya.
Mungkin kerana cara yang salah penyebab kita gagal untuk bangun. Disini kami cuba listkan beberapa cara dan tips untuk kita amalkan supaya dapat membantu kita bangun awal menunaikan qiamulail.
#1 Nak bangun awal kena tidur awal
Badan kita dah letih seharian bekerja maka ianya memerlukan waktu yang mencukupi untuk berehat. Kalau anda tidur lewat memang susah nak bangun sebab badan kita masih memerlukan waktu rehat. Sebaiknya tidur terus lepas isyak.
#2 Jangan makan kenyang sangat
Sebelum nak masuk tidur elakkan daripada kita makan terlalu kenyang. Tidur dalam keadaan perut yang penuh menyukarkan kita untuk bangun kerana perut yang terlalu kenyang punca berleluasanya nafsu pada diri.
Kalau nak makan banyak, pastikan anda makan awal contohnya jam 6 atau 7 petang anda telah berhenti makan supaya perut anda ada masa untuk memproses makanan tersebut.
#3 Minum segelas susu sebelum tidur
Segelas susu sebelum tidur dan meningkatkan kualiti tidur anda. Anda akan tidur lebih nyenyak pada malam tersebut dan bangun dalam keadaan lebih segar. Dan ini juga apa yang rasulullah ajarkan kepada kita bagaimana untuk dapatkan tidur yang berkualiti.
Kenapa susu sebelum tidur, mesti anda tertanya-tanya.
Jawapannya adalah kerana Tryptophan (an amino acid) terdapat didalam susu dan ini membantu untuk kita lebih mudah lena. Dan jenis amino acid ini juga meningkatkan serotonin, (a brain-calming neurotransmitter) dan melatonin (a sleep-inducing hormone) pada otak kita.
#4 Tidur mengiring ke kanan
Tidur mengiring ke kenan merupakan antara ajaran dari Rasulullah sendiri. Cara tidur begini terlalu banyak kebaikkannya dari sudut biologi badan manusia.
Antara kebaikkan pada sudut biologinya ialah jantung anda tidak akan berlanggar dengan rangka tulang, jadi bila anda mengiring ke belah kanan jantung anda akan dapat lebih banyak ruang untuk berfungsi dengan lebih baik semasa tidur.
#5 Tidur siang atau qailulah sebentar
Caranya adalah kita tidur sebentar sekurang-kurangnya 15-20 minit untuk rehatkan badan kita sedikit. Atau erti kata lain kita topup sedikit waktu tidur kita yang malam itu pada waktu ini. Untuk ketahui lagi kebaikkan tidur pada siang boleh baca artikel kami disini Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tidur Siang Atau Qailulah
#6 Sediakan semangkuk air dan tuala
Kadang-kadang kita dah bangun, tapi mata dan badan kita lesu. Untuk atasi perkara ini lapkan muka dan leher anda dengan tuala yang basah, Insyallah anda akan rasa lebih segar selepas itu.
#7 Pasang alarm
Teknologi sekarang dah cukup maju, kalau tak ada jam loceng smartphone pun dah ada sekarang. Nak pasang alarm cara yang terbaiknya adalah letak jauh dari tempat tidur kita. Bila alarm berbunyi kita kena bangun dan melangkah ke arah alarm tersebut, kalau letak dekat sebelah bantal je memang senang sangat kita silentkan.
#8 Pasang niat sungguh-sungguh
Sebelum tidur pasang niat kita kuat-kuat dan letakkan keazaman dalam diri yang kita nak bangun awal untuk menunaikan solat sunat. Niat yang betul Allah akan tolong kita, azam yang kuat kita akan bangun juga walau badan melawan baik untuk tidur semula.
#9 Istiqamah dengan jadual badan
Bila badan kita dah mula dapat rentak untuk bangun awal kekalkan begitu. Tidur masa yang telah ditetapkan insyallah kita akan mudah bangun awal. Sekurang-kurangnya kita perlukan latihan selama 2 minggu untuk dapatkan rentak tersebut yang penting kena istiqomah.
#10 Baca fadhilat solat sunat tengah malam
Ini untuk menaikkan semangat dan motivasi kita untuk bangun malam. Rujuk kitab riyadhus solihin, banyak hadis tentang kebaikkan bagi mereka yang bangun malam.
#11 Berwuduk sebelum tidur
Cara ini merupakan antara salah satu cara untuk lihat sama ada kita bersungguh untuk tanam niat bangun malam atau tidak. Bila kita dah ambil wuduk ambil masa sedikit solat sunat sebelum tidur, dalam sujud kita doa pada Allah untuk dibangunkan menunaikan qiamulail.
#12 Buang yang negatif tentang solat malam
Ini merupakan mindset yang salah bilamana kita rasa bangun tengah malam akan menyebabkan badan kita menjadi lebih letih dan penat. Yakinlah bahawa kekuatan itu datang daripada Allah. Hasan Al Banna hanya memperuntukkan masa untuk tidur hanya 3 jam sahaja!
#13 Buat jadual kejut tidur
Yang ini praktikal kepada mereka yang masih belajar sebenarnya, tetapi kalau anda dapat amalkan pada keluarga sendiri bagus juga.
Bila kita buat jadual ini, kita yang bertugas pada hari itu untuk kejutkan orang akan rasa bertanggungjawab. Dan ini secara tidak langsung akan menolak diri kita bangun lebih awal dan kejutkan mereka yang lain.
#14 Tinggalkan maksiat
Kalau anda berterusan buat maksiat yang disengajakan baik anda berhenti sekarang! Ini kerana maksiat merupakan satu bebanan yang kita tak nampak menimpa keatas diri kita.
Maksiat akan menyebabkan kita rasa malas untuk beribadat, dan bangun malam ini merupakan satu kurniaan istimewa buat hambaNya. Dan kurniaan Allah tidak akan turun pada mereka yang bermaksiat!
Sekian itu sahaja daripada perkongsian yang kami mampu berikan tentang bagaimana cara untuk bangun untuk menunaikan solat malam.
Post ini akan sentiasa diupdate jika pembaca sekalian ada pertambahan tips dan cara untuk bangun malam. Caranya tinggalkan sahaja dibahagian komen dibawah dan kami akan kreditkan pada anda.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment