Beliau adik kepada Dhirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar.Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.
Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.
Kemunculannya Sebagai Pahlawan Serba Hitam Yang Misteri
Kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah , ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.
Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut, pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu, kecuali bahwa dia adalah postur seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mahu membunuh diri kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera Romawi.
Keberanian sang pejuang memberikan semangat baru bagi kelompok Rafi yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid, semangat yang ditunjukkan Khaulah membuatkan mereka terus terlupa akan kepenatan yang ada dan terus menyerbu ke arah medan perang dengan semangat juang yang tinggi.
Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Lalu Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya, “ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentara Romawi.
Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. “ Wahai pejuang yang mulia, ketuamu telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormat selayaknya.” Sang penunggang kuda kembali pergi seolah dengan sengaja merahasiakan identitinya.
Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya : “ Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah kamu ?”
Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. “ Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawap pertanyaan kamu, hanya kerana aku merasa malu, sebab kamu seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah gadis pingitan. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan karena hatiku terbakar dan aku sangat sedih."
Membebaskan Diri Dari Tahanan Musuh
Sewaktu menyertai perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri.
Nampaknya tidak ada cara lain yang paling berkesan melainkan membakar semangat sahabat-sahabatnya yang lain, agar dapat bertindak pantas sebelum musuh mengapa apa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata. Maka Khaulah pun berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah juga saudari semua sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang dilaknati itu. Relakah saudarai dihina dan dicaci maki oleh orang Rom durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom".
Seorang daripada mereka menjawab, "Sesungguhnya apa yang engkau katakan itu adalah benar. Demi Allah, kami semua mempunyai harga diri. Pedang lebih berguna dalam keadaan begini. Kalau kita lalai umpama kambing yang tidak bertanduk tifak (mempunyai senjata)". Masing-masing mengemukakan berbagai pendapat dan semuanya menunjukkan ingin mati syahid. Tidak seorangpun yang mahu menjadi tukang picit orang Rom. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai senjata hatta sebilah pisau pun tidak ada. Tetapi Khaulah tidak mati akal dia terus menjawab:
“Wahai wanita-wanita muslimin sekalian, tiang-tiang dan tali khemah ini sangat berguna bagi kita dan cukuplah ini saja senjata kita. Syahid lebih baik bagi kita dan inilah saja cara yang terbaik untuk kita melepaskan diri dari kehinaan ini, sebelum mereka dapat menyentuh kita atau menyentuh salah seorg dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu dalam hal ini untuk menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang menolongNYA”.
Masing-masing menjawab, “Demi Allah segala-segalanya katamu itu adalah benar. Kami tidak rela hidup dihina, syahid lebih baik bagi kami daripada hidup menanggung malu”.
Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada anak-anak buahnya:
"Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan yang penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat".
Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu. Setelah mengikat segala yang perlu, dia diikuti oleh Ifra Bt Ghaffar, Ummi Bt Utbah, Salamah Bt Zari’, Ran’ah Bt Amalun, Salmah Binti Hu’man dan seluruh wanita lainnya. Khaulah mendahului memukul pengawal dengan tiang yang dibawanya lalu menamatkan riwayat tersebut. Wanita-wanita lain bila melihat itu, maka masing-masing bersedia menyerang pengawal-pengawal lain dan bertempurlah mereka dengan gagah berani.
Orang-orang Rom ketakutan kerana serangan yang datang secara tiba-tiba. Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur sedangkan tiang di tangan kanannya digunakan sebagai melindungi dirinya dari tusukan tombak dan tebasan pedang.
Akhirnya Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai beraikan pasukan Rom dapat melepaskan diri dari kafir durjana dan kembali ke pasukan Islam dengan selamatnya.
Begitulah kisah seorang pahlawan muslimat yang hebat. Hebatnya tidak digambarkan pada masa kini. Bangkitlah pejuang-pejuang Islam semua. Usahlah dilayan dengan permasalahan hati lagi. Bangkitkan jihad.
Wallahualam....
Khaulah Al-Azwar
merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah
memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi
lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan
tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan
peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang
sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik
bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar.
Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda.
Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan
muslimat paling handal dalam sejarah Islam.
Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau
memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut
mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah
itu.
Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam
satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang
telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus.
Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian
hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang
menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh,
bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang
ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad
sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, “Beliau berlawan
seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.
Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.
Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan
tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan
mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara
solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang
lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang.
Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa
yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya).
Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan
panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya,
Gaza, Palestin.
Sewaktu menyertai perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah
ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa
hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri.
Nampaknya tidak ada cara lain yang paling berkesan melainkan membakar
semangat sahabat-sahabatnya yang lain, agar dapat bertindak pantas
sebelum musuh mengapa apa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri
memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata.
Maka Khaulah pun berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah
saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah
juga saudari semua sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang
dilaknati itu. Relakah saudarai dihina dan dicaci maki oleh orang Rom
durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang
pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari
sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih
baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom".
Seorang daripada mereka menjawab, "Sesungguhnya apa yang engkau katakan
itu adalah benar. Demi Allah, kami semua mempunyai harga diri. Pedang
lebih berguna dalam keadaan begini. Kalau kita lalai umpama kambing yang
tidak bertanduk tifak (mempunyai senjata)". Masing-masing mengemukakan
berbagai pendapat dan semuanya menunjukkan ingin mati syahid. Tidak
seorangpun yang mahu menjadi tukang picit orang Rom. Tetapi malangnya
mereka tidak mempunyai senjata hatta sebilah pisau pun tidak ada. Tetapi
Khaulah tidak mati akal dia terus menjawab:
“Wahai wanita-wanita muslimin sekalian, tiang-tiang dan tali khemah ini
sangat berguna bagi kita dan cukuplah ini saja senjata kita. Syahid
lebih baik bagi kita dan inilah saja cara yang terbaik untuk kita
melepaskan diri dari kehinaan ini, sebelum mereka dapat menyentuh kita
atau menyentuh salah seorg dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu
dalam hal ini untuk menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan
menolong orang-orang yang menolongNYA”.
Masing-masing menjawab, “Demi Allah segala-segalanya katamu itu adalah
benar. Kami tidak rela hidup dihina, syahid lebih baik bagi kami
daripada hidup menanggung malu”.
Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya maka
mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa
sungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu.
Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa
yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga
datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah
memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang
kayu siap untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada
anak-anak buahnya:
"Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus
bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan
tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan
yang penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah
pertolongan Allah sudah dekat".
Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua
terselamat dari segala bentuk bencana itu. Setelah mengikat segala yang
perlu, dia diikuti oleh Ifra Bt Ghaffar, Ummi Bt Utbah, Salamah Bt
Zari’, Ran’ah Bt Amalun, Salmah Binti Hu’man dan seluruh wanita lainnya.
Khaulah mendahului memukul pengawal dengan tiang yang dibawanya lalu
menamatkan riwayat tersebut. Wanita-wanita lain bila melihat itu, maka
masing-masing bersedia menyerang pengawal-pengawal lain dan bertempurlah
mereka dengan gagah berani.
Orang-orang Rom ketakutan kerana serangan yang datang secara tiba-tiba.
Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur
sedangkan tiang di tangan kanannya digunakan sebagai melindungi dirinya
dari tusukan tombak dan tebasan pedang.
Akhirnya Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai beraikan pasukan Rom
dapat melepaskan diri dari kafir durjana dan kembali ke pasukan Islam
dengan selamatnya.
Begitulah kisah seorang pahlawan muslimat yang hebat. Hebatnya tidak
digambarkan pada masa kini. Bangkitlah pejuang-pejuang Islam semua.
Usahlah dilayan dengan permasalahan hati lagi. Bangkitkan jihad.
-ibnuahmad-
Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

مبروك
ReplyDeleteI love this story a lot. Keeping her name in my heart as an idol for my jihad fi sabilillah. Girls must read this to make them stronger each day.
ReplyDeleteAllahu,cerita yang sangat menarik. Im really love this story.Hope boleh kongsikan lagi kisah2 menarik pejuang2 Islam yang lain
ReplyDeleteSaya suka tentang sejarah islam .
DeleteSubhanallah
ReplyDeleteassalamualaikum... maaf, saya copy isi blog awak
ReplyDeleteTak boleh!!
DeleteAjibb..mmpukah muslimah hari ini nk jdi segagah Khaulah al-Azwar😞.. Humm..pedoman buad smua👍👍👍
ReplyDeleteSubhanallah pahlawan serba hitam
ReplyDeleteAllahuakbar..sungguh hebat beliau walaupun hanya seorang perempuan
ReplyDelete