Sunday, August 16, 2015

kata-kata dari qalbiku...

Petang tu, aku duduk bersamanya di halaman sambil menikmati keindahan suasana petang..
melihat kanak-kanak riang gembira bermain..
"Wahai Aishah, apakah yang kau sukakan tentang kehidupan ini?'
dia bertanya kepadaku..aku menoleh dan memandang wajah itu seperti sedang membaca raut wajahnya mencari maksud disebalik kata-katanya..
lalu dia meminta aku memandang keatas, aku mendongak hingga mataku bertemu langit yang cerah kebiruan.. kataku ia hanya 'langit'..
Dia tersenyum...
"langit itu cerah tapi kadang kala ia berubah menjadi mendung dan hujan. hujan diturunkan untuk memberi rahmat kepada bumi.. seperti ujian juga diturunkan kepada manusia utk memberi rahmat. anggaplah ujian itu sebagai hujan rahmat di dalam hidup yang bilamana kita berada di dalam hujan kita merasa sejuk dan nikmat.." dia memandangku.. lalu aku tersenyum kembali kepadanya..

-Noor Aishah (kata-kata dari qalbiku...)

No comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By AlHumayrahOnlineShop. All Right Reserved To Me.