Wednesday, October 09, 2013

Hati dan Air Mata...

Aku cuma seorang manusia.. manusia yang sangat lemah dan hina. setiap manusia dikurniakan pelbagai perasaan dan sedih adalah salah satu diantaranya.. cubaan dan dugaan akan membuatkan seseorang itu jatuh dan berduka. Hati yang terguris bukanlah seperti kain yang ditumpahkan air lalu basah dan bila dibiarkan ia akan kering. Hati yang terguris hanya dengan kata-kata sudah cukup membuatkan ia sakit dan tidak tahu bila akan sembuh..hanya waktu yang akan menentukan.
http://media1.giphy.com/media/yarJ7WfdKiAkE/giphy.gif
Siapa di atas dunia ini tidak pernah sedih..dan diri ini juga tidak terkecuali..tidak ada jalan yang boleh dituju melainkan kepadaNya..menangis dan mengadu kepadaNya..kerana hanya DIA jualah yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar rintihan hati seorang hamba yang lemah. Dan kepadaNya jualah ada ketenangan.. 
Wahai hati..menangis lah sepuas-puasnya mengadulah kepadaNya..nyatakan apa sebenarnya yang kau rasa dan apa yang membuatkan engkau bersedih.. katakan kepadaNya wahai hati. di saat itu diri mula mencari kekuatan untuk bangun dan teruskan perjalanan hidup..ketika perasaan sedang sebak, air mata pun mengalir. bukan kerana lemah, tapi dengan air mata itulah meluahkan segala yang terbeku di dalam hati yang dihimpit beban dan masalah kehidupan.
Disaat sedih melanda hati.. hati lemas dalam kesedihan yang berpanjang.. baca dan amallah doa ini..InsyaAllah kedamaian dan ketenangan akan menyelamatkan hatimu..
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

2 comments:

  1. Kak Boleh Tak Ajar Kami MaCAM mANA aKAK design blog akak?

    ReplyDelete
  2. @Nor SyahiraBoleh dek.. request kan part mana yang nak akak tunjukkan..okey

    ReplyDelete

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.