Biodata Saidina Ali
Nama : Ali bin Abu Talib bin Abdul MutalibKeturunan : Bani Hashim
Tempat Lahir : 10 Tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 M.
Tempat Lahir : Dalam Kaabah di Mekah Al-Mukarramah.
Jawatan : Khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin
Hubungan Dengan Nabi : Sepupu belah bapa
Tarikh Menjadi Khalifah : 35H bersamaan 655 M.
Tempoh Pemerintahan : 4 Tahun
Tarikh Wafat : 17 Ramadan tahun 41H 661M
Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam di Bandar Kufah.
Gelaran : Abu Hasan/ Abu Turab
Sifat Peribadi Saidina Ali
- Bersifat adil
- Bijaksana
- Berwawasan
- Pintar
- Berfikiran luas
- Suka mencari ilmu
- Berani menegakkan kebenaran
- Berfikiran terbuka
- Taat mengerjakan suruhan Allah
- Kreatif dan sanggup berkorban kerana Allah
Keluarga Rasullulah Saw
- Mempunyai hubungan kekeluargaan rapat dengan Rasullulah
- Sepupu dan Menantu Rasullulah saw
- Sejak kecil tinggal bersama Rasullulah saw dan dididik oleh Rasullulah saw
- Sangat mencintai dan menyayangi Rasullulah
Kanak-Kanak Pertama Memeluk Islam
- Memeluk islam ketika berumur 10 tahun
- Kanak-kanak pertama memeluk islam
- Terkenal dengan panggilan "karramallahu Wajhah" bermaksud Allah swt memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala.
- Tidak pernah dikotori keburukan zaman jahiliyah.
- Mentaati dan tidak pernah membantah Rasullulah saw
- Salah seorang 10 sahabat yang dijamin masuk syurga.
Seorang Cendekiawan Terulung
- Terkenal dengan pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti bidang sastera,ilmu hisab dan kehakiman sehingga digelar gedung ilmu.
Pemuda Yang Berani
- Terkenal dengan sifat gagah berani di medan perang
- Menggunakan pedangnya bernama "zulfakar" dan menyertai hampir semua peperangan menentang musyrikin kecuali perang Tabuk.
- Semasa peperangan Khandak telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama Amru bin Wahid
- Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman
Pemerintah Yang Adil dan Kreatif
- Dilantik oleh Rasullulah saw menjadi hakim di Yaman
- Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah
- Melengkapkan angkatan tentera berkuda islam
- menubuhkan pasukan polis diberi nama "As-Syurtah"
- Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya.
Pengorbanan dan Jasa Saidina Ali bin Abu Talib
- Jurutulis Perjanjian Hudaibiah
- Mengetuai misi dakwah di Hamada (Iraq)
- Mengembangkan ilmu islam
- Penasihat kehakiman kepada ketiga-tiga Khalifah Ar-Rasyidin
- Menerima jawatan Khalifah dalam keadaan huru-hara
- Penulis wahyu
- Berusaha menyatu-padukan umat islam yang berpecah kita zaman pemerintahannya.
Penyebab Berlaku Peperangan Di Zaman Pemerintahan
- Berpunca daripada perancangan jahat kaum musyrikin yang diketuai oleh Abdullah bin Saba' . Mereka berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diketuai oleh Saidina Ali.
- Contohnya : Dalam peperangan Jamal , tentera Saidina Ali telah mencapai kata sepakat dengan Kumpulan Saidina Talhah dan Saidina Zubair untuk berdamai. Pada malamnya kaum munafikin membuat perancangan jahat untuk mencetuskan peperangan antara kedua belah pihak .
Sumber : Indahnya pendidikan islam
A'isyah awfiyah (نور عائشة حسن)
Zaujah Azfaruddin
April 1991
"Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia."
Semoga perkongsian yang kecik ini dpt memberi manfaat kepada kalian..InsyaAllah



Email : annaukhti01@gmail.com
Whatsapp Only: 01137336121
Awak semua jangan lupa tinggalkan URL BLOG awak.. nanti boleh la kita BLOGWALKING.. KLIK icon PROFILE(^^)
Editor : AisyahAwfiyah
No comments:
Post a Comment