Dalam hadis Arba’in al-Nawawi, hadis yang ke 40 disebutkan:
Ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah s.a.w memengan bahuku, lalu bersabda:
“Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau pengembara”
Lalu Ibnu Umar r.a berkata: Jika engkau berada pada waktu petang,
jangnlah engkau menunggu pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi jangan
menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum kamu sakit dan waktu hidupmu
sebelum kamu mati.
Seorang pengembara tidak pernah mengangap tempat yang disinggahinya
sebagai tempat tinggalnya yang kekal. Dia hanya lalu ditempat itu, menetap
untuk jangka waktu yang singkat dan selepas itu meneruskan perjalanan.
Pengalaman berbeza dengan orang bermastautin di suatu tempat, orang yang
bermastautin menganggap kota/desa itulah tempatnya tinggal asalnya serta tempatnya
kembali. Jika dia melakukan perjalanan. Ia bukan tempat persinggahan. Kalau dia
terpaksa keluar dari tempat itu dan tidak dibenarkan pulang lagi ke situ, dia
tidak rela.
Sedangkan bagi seorang pengembara, dia merasakan tempat yang
disinggahinya itu tempat yang asing baginya. Dia tidak bersa seronok kalau
berada terlalu lama di tempat itu. Malah dia ternanti-nanti bilakah dia boleh
meninggalkan tempat itu dan meneruskan perjalanan ke tempat tujuanya. Jika dia
disuruh keluar dari tempat itu dia akan keluar dengan senang hati dan
meneruskan perjalanan ke tempat tujuannya.
Inilah sikap yang mesti ada pada kita selama kita hidup di dunia ini.
No comments:
Post a Comment