Saturday, October 05, 2019

Misi mencari baju kenduri..

 
Hai semua, okey nak update aktiviti kita hari ni, 'misi mencari baju kenduri'. Disebabkan adik ipar (adik kepada suami) nak kenduri tak lama lagi dan kami sekeluarga akan sedondon lah memakai baju yang sama warnanya..
actually..

warna yang dorang putuskan nak pakai ni.. tersangat la limited 
 tau warna apa...
warna 'PEACH' .. ahakkss.. ahaaakkss
susah sangat nak jumpa warna ni sebenarnya, dah merata pekan area Kulim  kami cari..
ada la jumpa.. TAPI
saiz tak ada..
SEDIH......

aku punya tak tahu la mana nak cari baju warna yang sedondon macam tu.. siapa bawa baju contoh lagi hahaha punya nak dapatkan warna yang sama..
dan akhirnya kami membuat keputusan untuk menjelajah ke utara kedah..
mana lagi?
PEKAN RABU ALOR SETAR
sana banyak pilihan baju yang pelbagai warna..
So, kita naik KTM.. sebab malas nak bawa kereta lepas tu nak kena mengadap jem, kena bayar tol lagi.. baik kita naik KTM tiket cuma RM5/1per je + grab RM8 (pergi balik) murah sangat sebab tempat tu dekat dengan KTM jadi tambang murah..
tak payah fikir nak parking mana.. duit parking lagi
gunakan kemudahan awam lebih menjimatkan hehe..
Dan akhirnya dapat jugak baju warna yang seakan-akan dengan warna sedondon keluarga nak..
penat....
tapi tak apa sebab kita boleh 'exercise' sekali sebab jalan banyak.
dan sebelum kami balik.. mai pekena TOMYAM CELUP KAK SITI..
apa nak kata... menangis teruih sebab pedas sangat
misi berjaya!! jom balik..
5/10/2019

NAK TERUSKAN ATAU BERHENTI?

anime, gif, and green image 

aku kecewa..
aku kecewa dengan diri aku sendiri, berkali kali aku cuba untuk jadi seorang manusia yang mana nak letakkan Allah SWT dan Rasullah SAW tu ke dalam hati dan istiqomah dengan kebaikan yang di bawa baginda susah sangat..

berkali-kali aku daki.. dan terus daki kemudia aku jatuh kembali
aku mendaki lagi.. luka dan aku jatuh semula
sampai satu masa aku merenung ke atas 'apa aku ni memang tak layak ke nak mendaki dan gapai cinta Allah dan Rasul'.. susahnya Ya Allah.. tinggi dan AgungNya cintaMu..

tapi aku tanya balik diri aku
'apa aku hanya dan merenung ke atas dan menunggu dalam keadaan putus asa?'
aku binggung..
 melawan nafsu dalam diri sememangnya jihad
kerana itu kau perlu istiqomah
kalau aku hanya menunggu dan melihat sedangkan sudah ramai manusia sedang mendaki dan tak akan aku yang ketinggalan nanti? macam mana pun aku tetap kena teruskan.

kalau aku tak mendaki cintaNya aku akan menjadi hamba yang binasa
dan hanya kepadaNya tempat perlindungan dan tempat meminta pertolongan..
aku memerlukan Tuhan ku.. aku memerlukan DIA..

aku menangis.. aku menangis
hati aku tetap menyuruh untuk terus daki
walau kau jatuh tapi kau tetap berusaha dan berusaha walaupun kau tak tahu bila kau akan berjaya
teruskanlah berusaha jangan berhenti sesungguhnya kau tak akan rugi

dan aku tak nak menjadi manusia yang rugi 
aku cemburu dengan orang yang sudah berjaya mengapai cintaNya
merasa nikmat iman kepadaNya
dan sedangkan aku masih menunggu dan menunggu sampai bila??

aku tak nak menunggu
aku kena teruskan juga.. walau macam mna sekalipun

4:37pm
aku masih aku

ANTARA AKU DAN HATI

anime, 5 centimeters per second, and gif image 

Sepanjang hidup bermula bila aku sedari yang aku kekurangan sesuatu dalam jiwa aku, tekanan dalaman mula menghimpit aku sesak mencari arah. Airmata tak bisa menyembuhkan kekosongan atau kelukaan yang ada dalam hati aku.

Siang malam aku temenung merenung nasib hati yang kian parah..
"wahai hati kenapa kau kosong..sepi dan rasa terhimpit oleh waktu"
 masa tu kawan yang ada disekeliling kau sendiri kau tak dapat nak pandang atau dan rasa keriangan yang cuba mereka katakan kepada kau. Kau sedang bermain dengan hati kau sendiri sebenar nya.. Ya! Bermain dengan soal hati yang masih menjadi tanda tanya.

Aku masih ingat perasaan itu, aku duduk diatas kerusi bata yang berbumbungkan pokok sambil aku melihat awan. Ajakkan kawan tak mampu aku penuhi kerana waktu ni yang aku perlu..

:"MASA"

Aku perlu masa untuk diri aku sendiri..

jauh aku merenung ke atas awan, melihat awan perlahan lahan bergerak ditiup angin..
angin itu menyentuh lembut pipi aku dan aku memejamkan mata seketika merasa damai dengan sentuhan angin itu.

"Kenapa dengan aku ni?"

"Wahai hati.. apa kau sudah mati sehingga kau tidak mampu berbicara dengan aku lagi apa sebenarnya mahu kau.. janganlah kau seksa aku sebegini wahai hati.. katakan apa mahu kau, apa yang kau mahukan dari aku"

air mata yang mengalir.. hati aku sudah mati ke..
aku menekuk wajah lalu menangis sepenuhnya.. deras air mata membasahi telapak tangan aku. cuma ketika itu tidak sewenangnya mulut aku berkata.

"Ya Allah.. apa yang sudah buat pada diri aku sampai hati aku rasa seksa sebegini"

seketika aku terdiam dengan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut aku sendiri.

"ALLAH"
Ya! aku sebut nama ALLAH..

Dari dari situ aku tersedar dari tangisan.. yang sebenarnya HATI AKU PERLUKAN ALLAH..
hati aku sudah lama mati saat aku tidak lagi mengingati ALLAH.. kerana aku lupa siapa sebenarnya PEMILIK HATI INI.. bukan milik aku tapi milik penciptanya iaitu ALLAH.

Walau bagaimana sekalipun usaha aku untuk memenuhi ruang kosong hati aku sendiri.. Hati ini tak akan boleh disembuhkan sebab bukan aku yang cipta hati ini tapi yang cipta hati ini adalah ALLAH.. Balik kepada ALLAH seolah kau sedang membaiki kerosakkan yang telah kau buat pada hati kau..

siapa yang baik?

PEMILIK HATI itu sendiri iaitu ALLAH SWT

                                                                                             
                                                                                          15 April 2019
                                                                      Terkenang kisah aku sendiri

Wednesday, September 18, 2019

Face... New FACE? Maybe........

(゚Д゚) irisa

hai..

next is CONFUSE

beberapa hari lepas aku 'CONFUSE' 
sebenarnya dah lama rasa macam ni tapi sendiri buat tak tahu dengan apa yang aku rasa..
COZ I JUST DONT KNOW HOW TO EXPLAIN

Aku rasa semua benda aku buat tak kena
gelak lebih tak kena
diam sangat pun tak kena
cuba untuk mencari apa sebenarnya diri aku nak.
Bila aku tengok orang sekeliling aku, dorang tak macam aku pun (aku rasa la).. OR mungkin aku yang fikir sendiri OR ini diantara simpton simpton DEPRESSION.. MAYBE..
Wallahua'alam
Korang pernah rasa macam aku rasa tak? rasa macam mana? Entah aku sendiri tak tahu nak EXPLAIN macam mana dekat korang. Pandai sungguh RESOLVE masalah orang tapi bila jadi dekat diri sendiri terkapai-kapai tak tahu nak buat macam mana. Teruk betul la..haha

#wattpad #fanfiction In einer Welt, die aus mehr Internet nicht bestehen könnte, teilt Taehyung so gut wie jeden Tag sein Gesicht auf Instagram. Soziale Netzwerke sind wahrlich dafür bekannt, Menschen zu verbinden und auch wenn Taehyung niemals gedacht hätte, diese gewisse anziehende Kraft über solche Wege zu finden... 
JUST GO FORWARD AND KEEP SEARCHING!
Itu yang aku sedang buat sekarang. mungkin ada sesuatu yang hilang dari dalam diri aku. ya! aku merasakan ini. Aku rasa macam separuh diri aku yang dahulu hilang dan aku yang sekarang banyak campuran bahan-bahan yang tak patut.. dan semua tu dah menjadikan aku manusia yang CONFUSE.
JUST PRAY FOR ME GUYS..



Thursday, July 25, 2019

Starting with new Blog Edit Request

anime, pastel, and hands image
 
Hai semua, apa khabar semua.. Ya Allah lamanya tak buat posting dalam blog. Anyway untuk pengetahuan semua sebenarnya sebelum ni blog ni tak boleh buka.. kena HACK (tak pasti betul tak tapi ni amaran yang diberitahu oleh google mail dekat email aisyah)
OMG!!
Macam-macam cara dibuatnya semata-mata nak dapatkan balik blog ni, nak menangis pun ada sebenarnya bila tak dapat nak terima kenyataan yang blog PCI ni dah tak boleh nak buka.. tapi tak putus asa jugak cuba dan cuba Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aisyah buka balik dan password pun dah ditukar kepada yang baru.
sayang giler wey dekat blog ni walaupun jarang dah nak buat post haha..
Actually kena start balik jadi blogger sebab dah dapat permintaan edit blog dari sahabat blog minta editkan blog dorang. Jadi kita kena mula kan kerja-kerja mengedit sekarang.
kepada yang request edit blog tutorial tu harap bersabar k.. sebab Aisyah tengah mencari waktu yang sesuai untuk buat tutorial untuk korang.. mana tau kalau-kalau korang dah pandai nanti mesti blog korang cun melecun.
okey.. stay tuned
 anime and kyoukai no kanata image 
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.