Saturday, October 05, 2019

NAK TERUSKAN ATAU BERHENTI?

anime, gif, and green image 

aku kecewa..
aku kecewa dengan diri aku sendiri, berkali kali aku cuba untuk jadi seorang manusia yang mana nak letakkan Allah SWT dan Rasullah SAW tu ke dalam hati dan istiqomah dengan kebaikan yang di bawa baginda susah sangat..

berkali-kali aku daki.. dan terus daki kemudia aku jatuh kembali
aku mendaki lagi.. luka dan aku jatuh semula
sampai satu masa aku merenung ke atas 'apa aku ni memang tak layak ke nak mendaki dan gapai cinta Allah dan Rasul'.. susahnya Ya Allah.. tinggi dan AgungNya cintaMu..

tapi aku tanya balik diri aku
'apa aku hanya dan merenung ke atas dan menunggu dalam keadaan putus asa?'
aku binggung..
 melawan nafsu dalam diri sememangnya jihad
kerana itu kau perlu istiqomah
kalau aku hanya menunggu dan melihat sedangkan sudah ramai manusia sedang mendaki dan tak akan aku yang ketinggalan nanti? macam mana pun aku tetap kena teruskan.

kalau aku tak mendaki cintaNya aku akan menjadi hamba yang binasa
dan hanya kepadaNya tempat perlindungan dan tempat meminta pertolongan..
aku memerlukan Tuhan ku.. aku memerlukan DIA..

aku menangis.. aku menangis
hati aku tetap menyuruh untuk terus daki
walau kau jatuh tapi kau tetap berusaha dan berusaha walaupun kau tak tahu bila kau akan berjaya
teruskanlah berusaha jangan berhenti sesungguhnya kau tak akan rugi

dan aku tak nak menjadi manusia yang rugi 
aku cemburu dengan orang yang sudah berjaya mengapai cintaNya
merasa nikmat iman kepadaNya
dan sedangkan aku masih menunggu dan menunggu sampai bila??

aku tak nak menunggu
aku kena teruskan juga.. walau macam mna sekalipun

4:37pm
aku masih aku

2 comments:

  1. i was kinda touched by reading your post. i was doing some random search about giving up and everything. its like Allah really brought up your post to remind me of something im lack of. i pray the that your having as good day and a blessed from Him!

    ReplyDelete
  2. thank you for reading my little hope post.. hope we are can be a better person for HIM..

    ReplyDelete

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.