Sepanjang hidup bermula bila aku sedari yang aku kekurangan sesuatu dalam jiwa aku, tekanan dalaman mula menghimpit aku sesak mencari arah. Airmata tak bisa menyembuhkan kekosongan atau kelukaan yang ada dalam hati aku.
Siang malam aku temenung merenung nasib hati yang kian parah..
"wahai hati kenapa kau kosong..sepi dan rasa terhimpit oleh waktu"
masa tu kawan yang ada disekeliling kau sendiri kau tak dapat nak pandang atau dan rasa keriangan yang cuba mereka katakan kepada kau. Kau sedang bermain dengan hati kau sendiri sebenar nya.. Ya! Bermain dengan soal hati yang masih menjadi tanda tanya.
Aku masih ingat perasaan itu, aku duduk diatas kerusi bata yang berbumbungkan pokok sambil aku melihat awan. Ajakkan kawan tak mampu aku penuhi kerana waktu ni yang aku perlu..
:"MASA"
Aku perlu masa untuk diri aku sendiri..
jauh aku merenung ke atas awan, melihat awan perlahan lahan bergerak ditiup angin..
angin itu menyentuh lembut pipi aku dan aku memejamkan mata seketika merasa damai dengan sentuhan angin itu.
"Kenapa dengan aku ni?"
"Wahai hati.. apa kau sudah mati sehingga kau tidak mampu berbicara dengan aku lagi apa sebenarnya mahu kau.. janganlah kau seksa aku sebegini wahai hati.. katakan apa mahu kau, apa yang kau mahukan dari aku"
air mata yang mengalir.. hati aku sudah mati ke..
aku menekuk wajah lalu menangis sepenuhnya.. deras air mata membasahi telapak tangan aku. cuma ketika itu tidak sewenangnya mulut aku berkata.
"Ya Allah.. apa yang sudah buat pada diri aku sampai hati aku rasa seksa sebegini"
seketika aku terdiam dengan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut aku sendiri.
"ALLAH"
Ya! aku sebut nama ALLAH..
Dari dari situ aku tersedar dari tangisan.. yang sebenarnya HATI AKU PERLUKAN ALLAH..
hati aku sudah lama mati saat aku tidak lagi mengingati ALLAH.. kerana aku lupa siapa sebenarnya PEMILIK HATI INI.. bukan milik aku tapi milik penciptanya iaitu ALLAH.
Walau bagaimana sekalipun usaha aku untuk memenuhi ruang kosong hati aku sendiri.. Hati ini tak akan boleh disembuhkan sebab bukan aku yang cipta hati ini tapi yang cipta hati ini adalah ALLAH.. Balik kepada ALLAH seolah kau sedang membaiki kerosakkan yang telah kau buat pada hati kau..
siapa yang baik?
PEMILIK HATI itu sendiri iaitu ALLAH SWT
15 April 2019
Terkenang kisah aku sendiri
No comments:
Post a Comment