Monday, June 16, 2014

Wahai FACEBOOK.. Sekarang aku lepaskan kau pergi....

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Kepada Sahabat-sahabat semua yang amat dikasihi dan dihormati
Mulai selasa (esk lusa) akaun facebook ini yang bernama 'Ai Sya' tidak akan berfungsi lagi atau DEACTIVATE.
diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan sangat mendesak untuk berbuat demikian.

Jadi dikesempatan yang masih ada ni, tuan akaun Facebook ni menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon maaf di atas segala kesalahan dan kesilapn sepanjang menggunakan facebook bersama kalian. mungkin tak berbalas kata, tidak berbalas komen, tidak berbalas chatting dan bersikap sombong atau apa-apa sahaja yang telah menguris perasan dan hati kalian. mungkin sepanjang penulisan di facebook telah membuatkan kalian terasa hati..maafkan tuan facebook ni. Sungguh! dia juga manusia yang punya kelemahan..dan tidak semua orang boleh menerima kelemahan yang ada dalam diri kita..cuma kita sendiri yang perlu memperbaikinya. Manusia tu tak sempurna..

Akaun tuan facebook ni akan ditutup untuk sementara waktu..bila buka balik? Entah....... doakan supaya dia cepat sembuh..supaya dia lekas-lekas kembali..InsyaAllah..

"Kepada sahabat-sahabat muslimatku sekalian, kalimah terakhir dari tuan facebook ni.. TUTUPLAH AURAT DAN JAGA AKHLAK SEPERTIMANA YANG DIPERINTAH OLEH ALLAH SWT.. kerana DIA sangat sayang dan kasih kepada kamu semua (termasuk tuan facebook ni jugak) dan tidak mahu kamu dijilat api neraka.."

"Besarkan Allah, kecilkan segala selain Dia. Jangan berat hati melepaskan dunia, kerana segalanya fana kecuali Dia." - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG BAKAL TIBA..JOM! SIAPKAN DIRI...

Talian kekal ukhwah:
- blog: http://aqmencaricahaya.blogspot.com/
- Telefon
- Wassap/wechat
- Insta

jazakumullahu khairan kathira we will meet again..Insya Allah..TAKE CARE!!
 

Friday, June 13, 2014

Mana DIRI AKU?

Aku terus terduduk di sini...
tidak bergerak sedikitpun..
Fikiranku terus berlegar dan mencari jawapan di setiap pelusuk hatiku.
Mana DIRI AKU?
Titisan air mata..seolah olah aku tidak mampu utk menghitungnya lagi.
Aku baru tahu.. membeli hati perempuan itu mudah.
 
"Berkali-kali aku cuba memahami jiwa sendiri..tapi aku masih gagal"
 

Thursday, June 05, 2014

UNTUKMU IMAMKU..

clouds, gif, and sky image
Terlintas tanya hati
Siapakah yang kan mengisi
Hari-hariku nan penuh cinta
Yang kan membawa ke syurga

Dia yang mencitaiku
Dan semua kekuranganku
Yang kan membimbingku di dunia
Menuju cinta yang kuasa

Reff:
Untukmu imamku
Kuserahkan segala cintaku
Cinta yang kan menuntunku
Meggapai cintanya bersama denganmu
Untukmu imamku
Kuberikan kesetiaanku
Berdua memadu janji satu
Sambut cintaku hanya untukmu

Monday, May 05, 2014

Terus Berdoa


Bila mana Allah masih memberikan kekuatan kepada kita untuk berdoa, teruslah berdoa. Mintalah pertolongan daripada Allah untuk kurniakan kesabaran pada kita dalam berdoa. Untuk mengurniakan keikhlasan kepada kita dalam berdoa. Untuk terus mendidik jiwa kita menjadi hamba yang hanya bergantung harap semata-mata kerana Allah.
Apa yang diberikan sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kita inginkan.
Nikmat yang telah Allah beri, jarang kita syukuri.
Nikmat yang belum dimiliki, itulah yang sering kita ingini…
Namun tidak salah untuk terus meminta… tetapi
 pintalah dengan hati yang bersyukur.
Allah tidak akan gerakkan hati kita untuk berdoa, jika DIA tidak ingin memakbulkan doa itu.
Justeru, kemampuan hati kita untuk berdoa… itulah yang terlebih dahulu perlu kita syukuri!
Syukur… kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur.
via ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Moga hari esok kita bangkit dengan jiwa penuh syukur kerana masih diberi kekuatan untuk berdoa. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Satu hari nanti… Bila permintaan kita dimakbulkan, pandanglah sejenak ke belakang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
” … Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.” (Al-Imran, 9)

Thursday, March 20, 2014

MH370 dalam doa..

Tumblr
 
Ahlan Wasahlan..Salam Mahabbah dari aisya untuk sahabat-sahabat yang sentiasa sudi membaca artikel/posting/entry dari blog kecik aisya ni. Alhamdulillah..seronok sebenarnya bila dapat menaip..memegang keyboard ni..rasa macam nak taip..mcm nak ceritakan. 

Ya..mungkin aisya terlambat seminggu lebih untuk membuat posting mengenai peristiwa yang sememamgnya mengejutkan seluruh Malaysia dan sekarang sudah seluruh pelusuk dunia tahu mengenainya.. MH370 ghaib dari radar pusat kawalan. aisya sendiri terkejut bila pertama kali dapat tahu sebuah kapal terbang yang penuh sarat dengan penumpang di dalamnya hilang macam tu ja.. macam mna boleh hilang? dekat mana dia sekarang? macam mana keadaan mereka? selamat kah mereka? macam-macam persoalan menerjah fikiran kita.. itu kita yang tak ada apa kaitan dengan mereka... bagaimana pula keluarga mereka? sedih..menyesal..risau dan macam perasaan datang bila mengenangkan keadaan yang menimpa keluarga yang menjadi penumpang MH370. 
 
 
 
Aisya tak nak ulas secara details kejadian berlaku bila dan bila? sebab aisya rasa semua dah sedia maklum kan..sekarang bukan itu yang orang nak tahu tapi yang orang nak tahu..apa yang keluarga mereka nak tahu adalah dimana kapal terbang MH370 tu dan macam mana keadaan keluarga mereka. Macam-macam spekulasi orang buat..itu ini.. tapi pemikiran kita terbatas sama sekali.. kita hanya boleh menjangka tapi kita tak tahu adakah jangkaan kita tu betul atau salah sama sekali.

Sahabat yang aisya kasihi semua, kalau kita dah berusaha bersungguh-sungguh mencari mereka.. marilah kita bertawakal kepada Allah swt. sebaik-baik perancangan manusia..perancangan dari Allah swt itu jauh lebih baik dan yang terbaik untuk hambaNya. Jangan berhenti berdoa utk mereka..jangan berhenti utk terus bergantung sepenuhnya kepada Allah swt. Dia Maha Mengetahui.. sedangkan kita cuma manusia hina. Yakin setiap apa yang terjadi pasti ada sebab dan hikmahnya.. tapi kita tak tahu.. Sedihh..sehingga hari ni 20/3/2014 masih tak jumpa mereka tapi..kita tak boleh putus asa dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah swt.. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Sabar dalam penantian MH370.. 
Wallahualam..

Wednesday, February 26, 2014

Sukan SRIDU..Mengukir kenangan yang terindah

Ahlan Wasahlan sahabat-sahabat aisya..Alhamdulillah..mesti jemu kan. bila masuk blog benda yang sama..masuk ja benda yang sama..al maklum lah, sudah lama xmeng 'update' blog usang tambah berhabuk ni. syukur sangat sebab dapat online dan buka blog yang dah lama tak menaip dan bercerita dalam ni.. sebenarnya banyak benda yang nak di kongsikan tapi tu la kan...ruang nak menaip tak ada hehe..
Alhamdulillah, aisya baru habis "Temasya Sukan" di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum SRIDU baru-baru ni.. letih yang amat sangat sepanjang hari sukan berlangsung. Dan sekarang sudah selesai, walaupun letih hati tetap seronok bersama-sama anak-anak murid. Bersemangat sungguh bila bersukan..kalau dalam kelas tak macam di padang pun..hehe





Alhamdulillah..mengundi punya mengundi dapat jadi guru rumah merah hehe favorite warna tu.. Rumah merah memang best bila bersukan bukan main lagi depa..memang dikatakan rumah merah ni digeruni jugak lah oleh rumah-rumah lain TAPI kalau bab disiplin dan dengar arahan memang FAIL.. Kalau nak depa dok diam-diam ke mak aii..memang susah bercakap..main..main..main ja dalam kepala depa tapi kalau jadi atlet memang TERBAIK..hehe cewaahhh puji rumah sukan sendiri tak malu ^_____^..hehe


 Inilah istana tempat kami berteduh hehe..tema LADYBIRD.. yang tu ja lekat di kepala bila dapat rumah merah dengan kerjasama mak ayah pelajar dan cikgu-cikgu rumah merah.
Sebelum sukan tarik tali..bersama ustaz mencari semangat..tapi result tarik tali rumah merah dapat no 2..okey la tu kan yang penting dah usaha tadi dan seronok bila bersuka..hehe

Dan yang terakhir..Alhamdulillah rumah merah menang bagi keseluruhan bagi sukan kali ni..seronok sangat.dengan mereka macam-macam kenangan dicipta..walaupum penat seminggu berkampung untuk latihan sukan tapi Alhamdulillah berbaloi dengan kepenatan yang dirasai dan terbalas dengan senyuman dari mereka semua.."Cikgu..terima kasih" itulah kata-kata yang diucapkan oleh mereka kepada semua cikgu-cikgu rumah merah.. kenakalan tetap memberikan senyuman hehe ^____^ Walaupun sukan ni hanyalah sukan peringkat sekolah dan kecik tapi dengan sokongan dari ibu bapa mereka ia merupakan sebuah temasya sukan yang sangat besar dan kemenangan adalah impian mereka..Alhamdulillah aminnn..

Okey habis dah secara ringkas jalan cerita hari sukan kat Sekolah Rendah Islam Darul Ulum Langkawi.. semoga sahabat-sahabat yang membaca tu akan tersenyum seperti senyuman mereka hehe..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.