Wednesday, February 26, 2014

Sukan SRIDU..Mengukir kenangan yang terindah

Ahlan Wasahlan sahabat-sahabat aisya..Alhamdulillah..mesti jemu kan. bila masuk blog benda yang sama..masuk ja benda yang sama..al maklum lah, sudah lama xmeng 'update' blog usang tambah berhabuk ni. syukur sangat sebab dapat online dan buka blog yang dah lama tak menaip dan bercerita dalam ni.. sebenarnya banyak benda yang nak di kongsikan tapi tu la kan...ruang nak menaip tak ada hehe..
Alhamdulillah, aisya baru habis "Temasya Sukan" di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum SRIDU baru-baru ni.. letih yang amat sangat sepanjang hari sukan berlangsung. Dan sekarang sudah selesai, walaupun letih hati tetap seronok bersama-sama anak-anak murid. Bersemangat sungguh bila bersukan..kalau dalam kelas tak macam di padang pun..hehe





Alhamdulillah..mengundi punya mengundi dapat jadi guru rumah merah hehe favorite warna tu.. Rumah merah memang best bila bersukan bukan main lagi depa..memang dikatakan rumah merah ni digeruni jugak lah oleh rumah-rumah lain TAPI kalau bab disiplin dan dengar arahan memang FAIL.. Kalau nak depa dok diam-diam ke mak aii..memang susah bercakap..main..main..main ja dalam kepala depa tapi kalau jadi atlet memang TERBAIK..hehe cewaahhh puji rumah sukan sendiri tak malu ^_____^..hehe


 Inilah istana tempat kami berteduh hehe..tema LADYBIRD.. yang tu ja lekat di kepala bila dapat rumah merah dengan kerjasama mak ayah pelajar dan cikgu-cikgu rumah merah.
 
Sebelum sukan tarik tali..bersama ustaz mencari semangat..tapi result tarik tali rumah merah dapat no 2..okey la tu kan yang penting dah usaha tadi dan seronok bila bersuka..hehe

Dan yang terakhir..Alhamdulillah rumah merah menang bagi keseluruhan bagi sukan kali ni..seronok sangat.dengan mereka macam-macam kenangan dicipta..walaupum penat seminggu berkampung untuk latihan sukan tapi Alhamdulillah berbaloi dengan kepenatan yang dirasai dan terbalas dengan senyuman dari mereka semua.."Cikgu..terima kasih" itulah kata-kata yang diucapkan oleh mereka kepada semua cikgu-cikgu rumah merah.. kenakalan tetap memberikan senyuman hehe ^____^ Walaupun sukan ni hanyalah sukan peringkat sekolah dan kecik tapi dengan sokongan dari ibu bapa mereka ia merupakan sebuah temasya sukan yang sangat besar dan kemenangan adalah impian mereka..Alhamdulillah aminnn..

Okey habis dah secara ringkas jalan cerita hari sukan kat Sekolah Rendah Islam Darul Ulum Langkawi.. semoga sahabat-sahabat yang membaca tu akan tersenyum seperti senyuman mereka hehe..

No comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By AlHumayrahOnlineShop. All Right Reserved To Me.