Friday, October 11, 2019

IBNU SINA : ILMUWAN AGUNG ORANG ISLAM (980 - 1037)

ibnu sina avicenna cendekiawan islam yang mengubah bidang perubatan moden dunia
Posting kali ini mengenai kisah ilmuwan agung orang islam, InsyaAllah posting seterusnya akan diisi dengan info dan maklumat berkaitan ilmuwan islam dan mungkin ada diantara kita ingin tahun mengenai kisah-kisah mereka yang mana sebelum ini belum kita ketahui.
cuma berkongsi maklumat.. nanti kita kredit pada tuan blog dia. Kisah pertama adalah IBNU SINA.
Ibnu Sina atau Avicenna (dikenali di barat) adalah seorang ilmuwan ulun islam yang mengubah bidang perubatan dunia.
Nama penuh : Abu Ali al-Husayn ibn Abd Allah ibn Sina
Tarikh lahir : sekitar 980 A.D
Tempat lahir : Kampung Afshana (yang pada hari ini terletak di negara Uzbekistan. Namun, pada ketika beliau dilahirkan kawasan berkenaan adalah sebahagian daripada Dinasti Farsi)
Bapa beliau adalah seorang ulama yang dihormati. Ibu beliau berasal dari Bukhara, ibu begeri Empayar Samanid yang hari ini terletak do Afghanistan. Sumber utama bekrenaan kehidupan cendekiawan ini diambil daripada autobiografi beliau yang ditulis oleh anak didik atas arahan beliau.

Pendidikan Awal Ibnu Sina/Avicenna

Ibnu Sina meneria pendidikan awala di kampung halaman beliau. Memiliki minda yang cerdas serta berkebolehan dalam pelajaran jelas ditonjolkan beliau ketika masih kecil. Beliau selalu menyertai bapa bersama ulama-ulama lain dalam perbincangan intelektual.
Beliau mempunyai kebolehan menghafal segala perkara dengan mudah, menyebabkan ramai orang kagum dengan beliau. Ketika berusia 10 tahun, beliau telah berjaya menjadi seorang al-hafiz al-Quran.
Pada awala usia, beliau mendapat pendedahan awal tentang ilmu dunia termasuklah bidang puisi Farsi. Ketika berusia 14 tahun, beliau sudah mempunyai ilmu yang mengatasi guru beliau sendiri.
Beliau banyak meluangkan masa untuk menuntut ilmu tentang falsafah, logik, sains, undang-undang islam, serta hasil kerja Euclid (seorang ahli matematik berbangsa Greek).
Ibnu Sina adalah seorang yang warak dan selain menuntut ilmu, beliau turut meluangkan banyak masa memohon kepada Allah bagi menyelesaikan permasalahan yang bermian di minda.
Beliau mempunyai matlamat untuk mengkaji hubungan antara ilmu sains dan agama, serta menghasilkan beberapa penulisan pendek berkenanaan teologi islam termasuklah sebuah wacana tentang nabi-nabi dan tafsiran tentang AlQuran.

Pengenalan Ibnu Sina / Avicenna kepada bidang perubatan

pengenalan ibnu sina avicenna kepada bidang perubatan moden
Sumber foto: tirto.id

pengenalan ibnu sina avicenna kepada bidang perubatan 293
Sumber foto: jw.org

Ketika berusia 16 tahun, Ibnu Sina mempelajari bidang perubatan dan hanya 2 tahun kemudia beliau berjaya menjadi seorang pengamal perubatan bertauliah yang dihormati. Latihan perubatan yang dipelajari beliau sangat berguna dan berjaya mengubati ramai orang. Antaranya termasuklah Raja Bukhara iaitu Nooh Ibn Mansoor yang menghidapi suatu penyakit misteri.
Ramai doktor lain cuba mengubati baginda namun gagal. Rawatan oleh beliau berjaya mengubati raja tersebut dan baginda sangat bersyukur dan ingin memberi ganjaran kekayaan kepada beliau. Sebagi seorang yang cinta akan ilmu apa yang diminta beliau hanyalah akses kepada Perpustakaan Besar Samanid. Selain Raja Bukhara dengan izin Allah beliau turut berjaya mengubati Raja Hmadan iaitu Shams al-Dulah daripada penyakit kolik (kesakitan pada perut).

Sumbangan Besar Ibnu Sina/ Avicenna kepada dunia perubatan.

sumbangan ibnu sina avicenna the canon of medicine
Sumber foto: awesomestories.com & muslimheritage.com

sumbangan ibnu sina avicenna the book of healing
Sumber foto: commons.wikimedia.org & commons.wikimedia.org 


Antara kejayaan lain beliau adalah penulisan beberapa buah buku perubatan termasuklah kitab 'Al-Qanoon fi al-Tibb' atau dalam bahasa inggeris 'The Canon of Medicine'. Buku ini terdiri daripada 14 Jilid dan telah digunakan sebagai buku teks perubatan Eropah dan empayar islam sehingga kurun ke-17. Buku berkenaan membincangkan penyakit berkaitan gubungan kelamin, peyakit jangkitan lain, teori dan beberapa penyakit lain.
Antara pencapaian ulung beliau yang lain adalah penulisan kitab 'Al-Sifa' atau dalam bahasa inggeris ' The Book of Healing'. Buku ini membincangkan tentang logik, sains semulajadi, matematik dan metafizik. 
Secara keseluruhannya, Ibnu Sina dikatakan telah menulis lebih daripada 400 penulisan meliputi pelbagai rangkaian ilmu yang mana hanya 250 daripadanya kekal wujud sehingga ke hari ini.
Selain 'Teh Laws of Medicine' dan 'The Book of Healing'. Beliau turut menulis ' Book of Salvation', 'Divine Wisdom', 'Book of Sum and Subtance', dan 'Book of Virtue and Sin'.


Sumbangan Besar Ibnu Sina/Avicenna kepada lain-lain bidang

sumbangan besar ibnu sina avicenna dalam astronomi kima perubatan
Sumber foto: jw.org

sumbangan besar ibnu sina avicenna kepada lain lain bidang
sumber foto: deinayurveda.net


Kebanyakan buku-buku ini ditulis dalam bahasa Arab walaupun bahasa ibunda beliau adalah bahasa Farsi. Hal ini adalah kerana bahasa Arab pada ketika itu adalah bahasa intelektual dan kebanyakan sumber rujukan adalah dalam bahasa berkenaan, sebagaimana bahasa inggeris pada hari ini.
Selain bidang perubatan dan falsafah, beliau turut mempunyai sumbangan dalam lain-lain bidang seperti matematik, fizik, muzik, astronomi dan banyak lagi. Beliau turut mengkaji tentang lain-lain bentuk tenaga dan konsep haba, cahaya, daya, vakuum dan infiniti.
Kesihatan Ibnu Sina mula terjejas kerana pengembaraan yang terlalu akstentif bersama Muhammad ibn Rustam Dushmanziyar, seorang pemerintah dinasti Kakuyid. Beliau menjadi doktor dan penasihat kepada baginda.
Ibnu Sina menghembuskan nafas terakhir pada usia 57 tahun dan disemadikan di Hamedan, Iran.


Lain-lain Sumbangan Besar Ibnu Sina/Avicenna
1. Mengkaji dan menemui penyakit-penyakit baharu, punca dan kaedah rawatan.
2. Kajian tentang pengaruh kuman dalam penyakit.
3. Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.
4. Mencipta ubat bius.
5. Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan.
6. Mencipta picagari dan alatan pembedahan yang lain.
7. Mencipta kaedah pemerhatian dan analaisis dalam bidang perubatan.


Filem berkaitan Ibnu Sina / Avicenna oleh Hollywood

Terdapat olahan yang ketara oleh Hollywood tentang Ibnu Sina dalam filem 'The Physician'.


Rujukan:
famousinventors.org
linkedin.com
azamrussiakita.blogspot.com
iluminasi.com

No comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.