Monday, January 25, 2016

5 Cara Memanfaatkan Masa Sebagai Single Muslimah

5 cara memanfaatkan masa sebagai single muslimah
Perkahwinan adalah satu peristiwa besar dalam kehidupan kita sebagai seorang wanita, tetapi kita tidak seharusnya terlalu fokus kearah itu sahaja, kerana kita adalah hamba Allah dan kita juga ada peranan yang lain dalam kehidupan.
Sebagai wanita yang belum berumah tangga, kita perlu sedar bahawa prioriti kita akan berubah apabila kita sudah berkahwin, jadi penulisan ini sedikit sebanyak cuba berkongsi nasihat tentang bagaimana untuk memaksimumkan masa lapang sebelum berkahwin.
Perkongsian artikel ini adalah khusus untuk wanita yang masih lagi belum berkahwin, tetapi tidak bermakna mereka yang sudah berkahwin tidak boleh amalkan tips ini, mana yang boleh kita amalkan kita buat sama-sama ok =)

#1 Melabur masa dan tenaga untuk pembangunan peribadi dan kerjaya anda
Antara salah satu penyesalan bagi mereka yang telah berumah tangga adalah mereka tidak manfaatkan masa sebelum berkahwin untuk menguatkan rohani diri dan menstabilkan kerjaya mereka.
Jadi sementara belum ada komitmen sebagai seorang isteri dan juga ibu inilah masa anda untuk mendalami Islam dengan lebih baik dan mengukuhkan kerjaya anda. Ini kerana selepas anda berkahwin percayalah anda tidak akan mempunyai masa yang lapang sebegini lagi.
2 perkara ini sangat penting kerana bila kita sudah ada asas yang kukuh, pada fasa permulaan perkahwinan kita tidak mudah goyah sama ada dari sudut fizikal dan juga rohani.
Antara cara yang terbaik untuk mengukuhkan 2 perkara ini adalah dengan :
  1. Banyakkan meminta nasihat daripada orang tua atau mereka yang jauh berpengalaman dalam bagaimana ingin membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.
  2. Hadirkan diri dimana surau atau masjid yang buat kuliah mingguan khas untuk wanita. Antara cara lain jika ada kekangan untuk keluar dan sebagainya boleh guna youtube untuk mendengar pengisian.
#2 Berbakti kepada kedua ibubapa anda sebaik mungkin
Ramai para isteri dan ibu yang mengalami kesukaran untuk berbakti kepada kedua ibubapa mereka setelah berkahwin. Banyak sekali hadis tentang membuat kebaikkan kepada ibubapa kita.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira, maka sesungguhnya ia membuat Allah redha. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”  (Hadis riyawat Bukhari )
Jadi sementara kita belum ada komitmen untuk suami dan anak, fokus betul betul dalam mentaati ibubapa. Buat apa yang disuruh dan ambil nasihat sebagai pedoman dalam kehidupan kita.
ilmu-rumahtangga
#3 Timba ilmu tentang kehidupan berumah tangga
Sayang sekali apabila sebuah rumah tangga yang dibina hancur dengan penceraian. Sedangkan kalau kita tahu talaq ni merupakan perkara halal yang Allah sangat tidak suka.
Semua ini terjadi sebab kita tak buat persediaan yang betul. Kita perlu sedar keadaan orang yang dah berkahwin dan orang yang belum kahwin beza dia antara langit dengan bumi.
Kita tak boleh ada mindset kehidupan berumah tangga ini sama dengan kehidupan bujang. Kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya terjun dalam kehidupan berumah tangga tanpa ilmu dan nasihat yang cukup. Sebab itu kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh bawa gaduh dengan suami.
Jadi untuk buat persediaan yang betul antaranya dapatkan role model mereka yang berjaya dalam kehidupan berumah tangga ni. Minta nasihat bagaimana kita nanti sebagai isteri perlu berperanan didalam rumah.
Yang ini sangat penting,iaitu baca dan cuba fahami sikit demi sedikit psikologi dan sifat orang lelaki ini macam mana. Pernah dengar buku “Men From Mars, Women From Venus” ? Ha itulah dia punya beza, seorang dekat planet lain seorang lagi tercampak jauh dekat planet lain. Memang jauh beza cara kita hidup dengan orang lelaki punya kehidupan.

#4 Belajar kemahiran yang asas diperlukan untuk berumah tangga
Timba pengetahuan sahaja tak cukup tetapi kita juga perlukan skill dan kemahiran untuk berumah tangga. Rajin-rajinkan diri asah ilmu memasak dengan mak, belajar menghias dan decorate rumah sikit-sikit. Kalau yang ada adik-adik kecil cuba berlatih berikan kasih sayang dan layanan sebagai seorang kakak.
berdoa agar diketumakan jodoh
#5 Berdoa kepada Allah
Kita dah berusaha sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri kita sebelum berkahwin. Serahkan sahaja urusan selepas itu kepada Allah.
Kita doa supaya diberikan rezeki seorang lelaki yang soleh yang mampu membimbing kita dalam kehidupan ini menuju syurga yang abadi disana.
Dan wahai kaum hawa bersabarlah saat engkau belum lagi dikurniakan lelaki yang layak bergelar suami. Teruskan berdoa dan bersangka baiklah dengan Allah. Insyallah Allah tentu ada perancangan yang jauh lebih baik untukmu.
Nota editor : Artikel ini diterjemah dan diubahsuai daripada artikel asal di productivemuslim


No comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By AlHumayrahOnlineShop. All Right Reserved To Me.