skip to main |
skip to sidebar
Langit seolah berbicara kepadaku tentang KAMU..
Bismillahirahmanirahim..Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Segala puji hanya kepadaMU Ya Allah..
Di dalam mehnah kehidupan yang telah Engkau aturkan kepadaku sepanjang zaman ni, aku sendiri masih buntu hala tuju ku sendiri.. masih mencari di mana jalan yang perlu aku lalui.
Aku sendiri tidak tahu.. segala yang melaluiku aku singgah dan itu hanyalah sekadar persinggahan sementara yang mungkin memberi kesan di dalam hati aku sendiri.
ramai yang melalui ku... ada yang lalu begitu sahaja dan ada yang lalu dan menyinggah.
namun semuanya hanya bersahaja seolah tidak punya tujuan seperti kereta-kereta yang berlari di atas jalan sambil dipandang oleh seorang manusia hanya menunggu kereta manakah yang akan berhenti di hadapannya dan membawanya pergi.
pernah suatu ketika seorang insan yang menyinggah dihatiku, untuk pertama kalinya aku sangat yakin.
Wahai Tuhan, apakah ini pemberian dariMu kepadaku
Ya mungkin saja...moga-moga
meletakkan pengharapan yang sangat tinggi, mengharapkan sesuatu yang mungkin saja tidak akan berlaku.
Wahai hati... engkau tahu bahawa kau sangat lemah di dalam persoalan ini tetapi mengapa kau sanggup mengambil risiko yang akhirnya kau sendiri akan merana..
Engkau tahu bahawa yang perlu kau lebih Cintai itu adalah ALLAH SWT..tuhan yang menciptakanmu..
Manusia itu hanya ujian untuk manusia yang lain..fahamilah wahai hati!!
sedarilah wahai hati!
kerana kau sendiri mengetahui bahawa kau akan berubah juga suatu hari nanti..dan itu telah terjadi..
Wahai Tuhanku, Apakah Kau sedang berbicara kepadaku bahawa tidak ada yang lebih utama untuk aku cinta selain Engkau. Apakah Engkau sedang mengajarkan sesuatu kepadaku.. Jika itu kebenarannya hilangkan segala kekecewaan dan kesakitan di hatiku dan ingatilah aku dengan kalimahMu..
"Hasbi Rabbi Jallallah, Mafi Qalbi Ghairullah"
Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung, Tiada di dalam hati ku kecuali Allah
Wahai Tuhanku yang Maha Agung, sungguh aku tidak tahu sedangkan aku hanya hambaMu yang tersangat lemah, mungkin sahaja ini dugaan buatku agar aku lebih mengetahui apa sebenarnya yang sedang Engkau ajarkan kepadaku dengan akal yang Kau berikan.
Jika itu kehendakMu, aku mohon Wahai Tuhanku..
hilangkanlah rasa ini.. sesunguh melihat dan mendengar mengenainya membuatkan hatiku sakit dan terguris.. jika dia bukan untukku jauhkanlah rasa ini dan bukalah rasa ini apabila tiba waktu yang sesuai dan insan yang tepat seperti yang telah Engkau rancangankan untukku..
Jangan tinggalkan aku wahai Tuhanku yang Maha Agung, tanpaMu aku mudah lelah dalam meniti kehidupan ini..
Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi jua yang jauh di dalam lubuk hatiku..
Amin Ya Rabb!
#Sentiment utk hati yang kian lemah
7 / 2 / 2016
12: 48 AM
Noor Aishah
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.
perkongsian yang sngt bermakna. terima kaseh,. :)
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. follow saya juga ya kak :)
ReplyDelete