Bila yang tertulis untuk ku, adalah yang terbaik buatmu. inshaAllah.
Dan beringatlah, Allah itu sentiasa punya cara dalam memberi
kebahagiaan pada kita, walaupan ianya mulamula nampak pahit di mata
kita. Bila pahit yang kita rasa di dunia, inshaAllah akan manis di
akhirah nanti. Tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang dapat
menyangka melainkan Dia. Apa pun rasa perasaan yang kita rasa saat ini,
kembalikan sahaja semuanya kepada Dia, kerna ketenangan jiwa itu hanya
ada pada Dia. Dia yang memegang hati-hati kita. Tidak perlulah kita
meroyan untuk mengatakan apa yang terbuku di lubuk hati itu. Tidak
perlulah kita menjadikan MUKABUKU itu mangsa untuk kita lontarkan segala
apa yang kita rasa. Cukup, cukup dan cukup. Biarlah ianya menjadi
rahasiamu dgn Dia. Peliharalah maruahmu wahai kamu. Kadangkadang
kata-kata itu walaupun tidak bermaksud apaapa, boleh saja ianya
melukakan hati orang-orang yang berada di sekelilingmu. Sedar atau tidak
sedar kamu sudah menyakiti hati orang lain.
"Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia."
Semoga perkongsian yang kecik ini dpt memberi manfaat kepada kalian..InsyaAllah
My Channels
Tempat untuk memberi lebih banyak perkongsian walaupun sedikit.. semoga hobi baru ini dapat jugak menjadi manfaat orang lain
PAGE FACEBOOK
Aisyah mungkin tak akan sempat nak menjawab semua soalan awak.. Tapi kalau awak sudi EMAILKAN kepada Aisyah..InsyaAllah akan Aisyah cuba untuk membantu mana yang mampu.. MY EMAIL "annaukhti01@gmail.com" SALAM UKHWAH
No comments:
Post a Comment