HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Monday, June 30, 2014

Cuba cari ruang yang masih tersimpan..aku boleh!

http://37.media.tumblr.com/c297a0cdcda6305434adb152ed22b270/tumblr_n4hv2bMzS31s0th0jo1_500.jpg
 
Ahlan wasahlan semua.. kembali menaip, sejak tutup 'mukabuku' ni..blog dan ig ja jd santapan mata. tgk ruang penulisan tapi tak tahu nak coret apa dalam ruang tu..kosong ja rasa, tak ada idea yang baik untuk dikongsi.
Sejak akhir-akhir ni macam-macam masalah datang..bulan ramdhan diuji dengan macam2 dugaan sampai nak bernafas pun rasa sesak di dada.. kepala pun naik pening yang mana dulu nak selesaikan. ada yang dah selesai datang timbul balik. sekarang banyak habiskan masa untuk diri sendiri sampai terlupa ada orang memerlukan diri ini.
Ya! aku diperlukan sangat ni oleh mereka tapi aku sendiri sarat dengan masalah kiri kanan atas bawah.. sampai satu tahap bermandi dengan air mata. Ya Allah.. bila dugaan datang bagai batu besar terhempap atas kepala boleh rasa kesakitan sampai sesak dada. rasa nak lari..jauh dari semua orang tapi mana mungkin..mereka memerlukan perhatian dan tumpuan dari aku. bagai mana nak motivasikan orang lain kalau diri kita sendiri tak tentu arah..rasa tak mampu..sangat2 tak mampu.
tapi..aku cuba..cuba cari ruang yang masih tersimpan kerana aku yakin boleh hadapi, mulut tak mampu nak berkata2 kepada mereka yang diri ini sedang lemas. aku mendengar kerana aku tahu dengan hanya menjadi pendengar yang baik mereka akan rasa dihargai dan terasa lega dari masalah mereka. tapi sungguh tak ada perhatian, sambil mendengar kepala memikirkan masalah diri sendiri..maafkan diri yang lemah ni kerana tak mampu nak beri perhatian yang terbaik seperti sebelum ni. yang pasti..cuma seungkap kata yang dapat diberi kepada mereka..
 
"Sabar..ini dugaan dari Allah.."
 
Ya..ini dugaan dan aku sedang melalui fasa yang menyakitkan itu. tersenyum dan cuba beri aura positif dan kekuatan kepada mereka..walaupun didalam hati sedang menangis sekuat2nya. 
 
"Hati..semoga kau tabah dan kuat, bukan untuk hari ini. Tapi untuk setiap hari yang akan datang"
 
Cukup bagi ku sekadar mendengar dan melihat senyum diwajah mereka..rasa dihargai, rasa ada seseorang disaat diri sedih dan perlukan tempat untuk meluahkan rasa yang tersimpan.. itu cukup memberi kebahagian kepada diri aku walaupun diri sendiri sedang bergolak. Jika itu membahagiakan mereka..maka aku akan cuba yang terbaik semampu diri yang lemah ini..
 
Kata murabbi "biarlah apa pun orang nak buat dekat kita..nak pinggirkan kita, nak tinggalkan kita macam tu saja ke..atau apa2 saja..TAPI kita jangan sesekali melakukan perkara tersebut kepada orang lain..kalau kita mudahkan orang lain Insya Allah..Allah swt akan mudahkan perjalanan hidup di dunia dan diakhirat"
 
 

2 comments:

Hafizah Halim said...

Assalamualaikum..
Semoga Sis tabah dan sabar dalam menempuh setiap dugaan. Jemput join GA saya ni ye :
http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

twinscraftlife said...

안녕하세요! Hi~! this is twinscraftlife^^ We sell handmade crafts^^ pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요^^ twinscraftlife.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...