Monday, August 12, 2013

Bila tiba hari RAYA...

Ramadhan sudah menyusul pulang tapi perjuang kita untuk melawan hawa nafsu tetap perlu diteruskan dan bukan hanya dibulan ramhan saja.. cuma bulan ramdahan tu kita jadikan sebagai madrasah untuk melatih diri melawan hawa nafsu dalam diri.. sudah penat berjuang selama sebulan Allah swt kurniakan bulan syawal sebagai bulan kita menyambut kemenangan bagi yang tahu dan faham apa itu ramadhan dan berpuasa..
semua orang mesti ada cerita raya masing-masing kan..aisya pun ada cuma cerita ni biasa la dan tak ada yang menarik pun.. saja cari idea nak menge 'post' dalam belog ni fasal hari raya.. hari raya tahun ni mesti sambut kat kampung..~wajib~
Macam biasa..malam 31 ramdhan wajib kena tidur lewat..al maklum la nak berhias rumah cecantik yang mungkin esok nak beraya..ramai sanak saudara nak datang.. kemas sana kemas sini jam sudah tepat 2.00 pagi..sungguh aisya sangat terkejut..cepatnya masa...tak rasa macam 2.00 pagi pun..dari lepas isyak buat kerja tak menengok pun jam..tup..tup da pukul 2,00 pagi.. Abang ketiga aisya tergelak sorang kami semua tengok dia..pelik..
"Hawat.....hangpa tengok apa"
dia sorang saja gelak waktu tengah-tengah pagi buta sapa tak hairan
"Hawat..abang gelak"
aisya tanya abang sambil tengok kak wani (kak ipar) hehe..pagi tu mak ayah dah tido tinggal aisya, abang dan kak wani jer..kiranya bertiga la jalankan tugas menyelenggara rumah..
"Saja la..la kan da masuk 1 syawal..cepat sungguh"
fuhhhhh.....ingat kan apa..serius cara dia gelak sangat menyeramkan.. 
aisya naik bilik dulu sebab tak tahan mata ni da mengantok dan terus tido tepat jam 3.30 pagi..
1 Syawal 2013
jam 5.49 pagi mak dah bangunkan aisya..Ya Allah..mata ni tak payah cakap memang tak larat nak angkat berjalan pun sambil tutup mata..tido kejap bangun kena tolong mak di dapur masak ketupat panaskan apa yang patut.. lepas solat subuh ingat boleh tido sekejap..tak boleh jugak.. kena buat keja lagi..kemas sapu sampah..
tepat jam 8.30 pagi siap2 nak ke masjid untuk solat sunat hari raya..nasib sampai orang tak ramai lagi waktu tu sangat indah bila dengar orang bertakbir hari raya..sedap sungguh suara orang tu..hehe lepas solat sunat ada ktubah raya.. seronok dengar imam baca kthubah tapi mata time tu la dia nak lelap..terhanggup hanggup..haha ni semua kes tak cukup tido semalam..
Akhirnya habis jugak khutbah raya..bersalam salaman..sampai ada jugak yang menangis memohon maaf..terharu melihat saat tu..
Balik rumah siap2 nak ke tanah perkuburan..ziarah arwah abang ngah arwah dan abg long(anak saudara) yang meninggal ketika bayi.. aisya tak pernah lihat arwah abg ngah..kata mak dia meninggal waktu aisya dalam kandungan mak..jadi aisya tak pernah tengok wajah dia..gambar pun tak ada maklum la zaman dulu tak adanya gambo2 macam kita sekarang..tapi aisya ttap doakan untuk dia dan anak saudara aisya 'semoga roh mereka ditempatkan disisi orang2 yang beriman' insyaAllah aminn..
 

habis tahlil.. time budak2 dapat duit raya..jeng..jeng..untung la.. aisya ni negok ja.. jeles sangat sebab diorang dapat RM 8.00 seorang..masa aisya dulu dapat RM 2.00 jer..xaci..xaci..tapi dulu RM 2.00 tu besar jugak la.. tapi seronok tengok meriah pulak tanah perkuburan Kampung Chandek Kura ni..
 
Balik rumah...orang da penuh..ramai yang datang..da macam 'open haouse' pulak.. berbaloi jugak la kemas rumah sampai mengantok dan tertido dalam masjid haha..
 
 
da tak ada orang ambik peluang keluar beraya pulak..sekali mengantok dan tido semua da hilang..balik nanti la ganti tido..
seronok...sapa cakap hari raya aidilfitri tak seronok..tapi dalam kita berseronok jangan lupa kan mereka mereka yang kurang berupaya untuk menyambut hari lebaran ini..dan sambutanlah dengan bersederhana itu lebih jauh bermakna dan bersyukur di atas kurniaan dari Allah swt.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

No comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By AlHumayrahOnlineShop. All Right Reserved To Me.