skip to main |
skip to sidebar
Kenapa soalan yang sama?
Alhamdulillah wasyukrillah..seorang sahabat aisya sudah selamat diijab kabulkan pada 20/6/2013 dengan sekali lafaz dia sudah menjadi seorang isteri.. sebenarnya bulan Jun ni sahaja sudah 5 kali aisya mendengar "Khutbah Nikah" dan senang cakap serama 5 orang sahabat aisya mendirikan rumah tangga dalam bulan yang sama dan semuanya berusia 22 tahun..Alhamdulillah jodoh mereka sampai awal dan mereka juga terselamat dari jurang fitnah lelaki dan perempuan..
kadang-kadang diri ini temenung terfikir sejenak..agak-agak aku bila lagi ye? hehe... InsyaAllah ada..sabar..belum tiba masanya lagi..
Balik rumah soalan yang sama ditanya oleh ibu aisya..aduhai..hanya mampu tersenyum sebab tak ada apa-apa jawapan yang boleh diberikan kepada ibu..kata ibu aisya 22 tahun bukan usia yang muda pada zaman sekarang..betol ka? itu baru ibu..bila mak2 saudara datang ziarah rumah mesti soalan yang sama ditanya..kenapa soalan yang sama? aisya rasa aisya masih muda..dan ilmu pun tak cukup lagi nak melangkah ke alam perkahwinan..hati terus diburu rasa takut.. kadang-kadang apabila selalu sangat ditanya..ditanya dan ditanya lagi.. dari perkara aisya suka terus jadi tidak suka mendengarnya..mesti akan cuba mengelak dari ditanya..Siapa yang tidak mahu berkahwin? mempunyai pasangan hidup adalah suatu kejadia yang Allah swt ciptakan dalam fitrah manusia yang sentiasa ingin peneman..disayangi dan dicintai..dan aisya manusia yang tidak terkecuali..cuma waktunya bukan sekarang
itu semuanya urusan Allah swt..aisya hanya bertawakal sepenuhnya kepadaNya..belum tiba masanya lagi nanti bila sudah tiba masanya pasti akan terjadi dengan izinNya..In Sya Allah..
Jadi kepada yang rasa diri sentiasa resah melihat orang lain berkahwin tetapi diri tidak mampu..berpuasalah..InsyaAllah moga hatimu terjaga.. jodoh ajal maut semuanya ditentukan oleh Allah swt..hanya bertawakal kepadaNya semoga dipermudahkan segala urusan yang berkaitan dengan jodoh dan pertemuan..Yang penting belajar cari ilmu dan amalkannya sebelum melangkah masuk alam perkahwinan.. ^^v
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.
aisya, its a nice entri.. aisya kena banyakkan bersabar dan selalu percaya wanita yang baik utk lelaki yang baik.. semoga jodoh yang baik milik aisya ya..
ReplyDeletesalam perkenalan..
Salam perkenalan.. InsyaAllah.. terima kasih Na Rieana.. semoga kita sama2 mendapat jodoh yang baik..aminn ^^
Delete