Monday, February 13, 2012

FADHILAT BERZIKIR^^

Firman Allah SWT, maksudnya: "Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keyakinan dan ganjaran pahala yang besar." (QS Al-Ahzab:35)

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang mengucapkan 'Subhanallah Hil Azimi Wabihamdih', maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar didalam syurga." (HR Muslim)

Berikut adalah antara beberapa keuntungan bagi orang-orang yang sentiasa berzikir:

1. Akan mendapat keredhaan Allah SWT dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan berzikir di dalam jiwa.

2. Akan menimbulkan kejernihan dan kemanisan pada hati dan wajah.

3. Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah SWT serta dimurahkan rezekinya.

4. Akan dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan Allah SWT.

5. Akan segera mendapat pembelaan / pertolongan dari Allah SWTtatkala seseorang itu berada di dalam kesusahan atau kedukaan.

6. Akan mendapat penghormatan serta doa dari para malaikat yang sentiasa berzikir memuji Allah SWT.

7. Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak; semakin banyak seseorang itu berzikir, maka semakin banyaklah pohon-pohon tamar itu disediakan untuknya.

8. Akan mendapat nur dari Allah SWT dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat kelak.

9. Akan dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila seseorang itu berhenti berzikir, maka berhentilah pembinaan rumahnya di syurga.

10. Zikir akan menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahanam.

Wallahua'lam.

No comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By AlHumayrahOnlineShop. All Right Reserved To Me.