Monday, February 20, 2012

Indahnya Menutup Auratmu Muslimah


Apa itu AURAT?

aurat adalah kehormatan diri bagi uamt islam yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan bagi umat islam menutup aurat. definisi lain oialah sesuatu yang tidak dibenarkan mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi atau sebaliknya. 

Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat

Maksud ayat al-quran,

Wahai anak Adam! Pakailah kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat (masjid) dan makan serta minumlah. dan janganlah kamu melampaui batas.
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

(al-A'raaf 7:31)


Rasulullah saw bersabda:

"Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram."

(Hadith Riwayat Aththahawi)


"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, 'Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?' Nabi saw menjawab." Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu."

(Hadith Riwayat Bukhari)


"Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya"

(Hadith Riwayat Imam Daud daripada Qatadah)


jika berdasarkan dalil-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas wanita menjaga aurat, aka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. orang-orang yang suka mendedahkan aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak

Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkusdengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. begitu juga umpama dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarat.



jika tidak berpakai menutup aurat mengikut syarak bagaimana kita hendak menyampaikan seruan islam kepada masyarakat umum sedangkan kita sendiri tidak berpakaian mengikut syarak. 

sejak kebelakangan ini.. berpakaian mengikut islam dipesongkan dengan berbagai fesyen yang dapat menarik penglihatan lelaki terhadap pakaian yang dinamakan busana muslimah. islam bukan menghalang berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan oleh islam sepertimana firman Allah :

"Sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas"

 ada setengah wanita islam hanya meletakkan auratnya di kepala dan rambutnya sahaja, contohnya kepada bertudung tetapi lengan terbuka (pakai baju lengan pendek). bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahramnya, bukan sahaja dia menjada maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.



BATASAN-BATASAN AURAT

A. Aurat di khalayak awam

1. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimiliki sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

B. Aurat dengan ahli keluarga

antara pusat dan lutut.

C. Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)

Aurat sesama perempuan islam, antara pusat dan lutut tetapi jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh.

Aurat perempuan islam dan perempuan bukan islam, auratnya sama seperti aurat dengan lelaki ajnabi. wajib tutup semua.

Lagi firman Allah yang bermaksud: 

"Dan hendaklah mereka itu tidak menampak-nampakkan uarat dan perhiasanya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur:31)


HUKUM MELIHAT AURAT

Haram bagi seseorang melihat aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kapada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat seorang perempuan. lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti lelaki melihat aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini

Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua.

Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, sama ada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandanga manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.

Jika terpaksa, seperti perubata, harus bagi ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut tanpa ada mahram yang menemani. seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.

Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. ketika ini, haruslah melihat aurat pesakit tersebut.


akhir kata.....

Wahai sekalian wanita islam kembalilah kamu semua ke ajaran islam yang sempurna atau kaffah. Sesungguhnya diri kamu akan selamat di dunia dan di akhirat, islam bukan agama membebankan kamu semua, tetapi islam agama yang paling cantik dan dapat menyelamatkan kamu dari fitnah dunia. Jadikanlah Khadijah dan Aisyah isteri Rasulullah saw sebagai contoh tauladan kamu semua kerana sesungguhnya mereka adalah ummul mukminim (ibu mukmin).



Sumber: http://www.ustaznoramin.com/2010/06/kesalahan-wanita-dalam-berpakaian.html

No comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By AlHumayrahOnlineShop. All Right Reserved To Me.