Tuesday, July 30, 2013

Solat sunat awwabin

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah hari ni nak buat sedikit posting mengenai toturial solat sunat iaitu solat sunat awwbin.. apa tu solat sunat awwabin?
Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.
Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti waktu Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT. merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.

Fadhilat Solat Sunat Awwabin
"Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)

 Doa Sebelum Solat
Sebelum kita nak menunaikan solat sunat awwabin ni..kita disunatkan untuk membaca doa berikut:
  

CARA MELAKSANAKAN SOLAT SUNAT AWWABIN
 
Lafaz Niat 

"Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala."

ATAU 
 
"Daku Solat Sunat Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala."
  
Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah surah-surah berikut pada kedua-dua rakaat:
Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.

1. Surah al-kafirun   1 kali
http://3.bp.blogspot.com/-yPISt7K8HhQ/Tyi5isSnorI/AAAAAAAAAJA/lEP5p5lipTw/s640/Surah+Al-Kafiroon.gif

2. Surah al-Ikhlas  6 kali
http://3.bp.blogspot.com/-L5-EZKoKt34/TzqPU22hWkI/AAAAAAAAAys/phLAEu8uWvw/s400/Surah+Al-Ikhlas.gif 

  Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa berikut:
 
"Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di sepanjang hidupku, ketika kembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu!"
  Baca lafaz berikut selepas memberi salam:
 
 "Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar."

  bacalah doa berikut:
 
"Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!"

Sumber rujukan:sini 

1 comment:

  1. Thank you for sharing and explaining in simple details. May Allah place you amongst his loved ones, Amin.

    ReplyDelete

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.