Wednesday, July 24, 2013

Love "Ana & Enta"

Kisah pertama: SMS

Muslim  : Assalamualaikum.. asif minta maaf kalau ana mengangu..
Muslimah : Waalaikumusalam..tak mengapa, ada apa akh?
Muslim  : Ana sebenarnya berkenan dengan anti. Bolehkah sekiranya ana jadikan anti sebagai isteri ana?
Muslimah : Asif akh..ana belum lagi bersedia untuk jadi seorang isteri.
Muslim  : Kalau macam tu, ana akan tunggu bila anti sudah bersedia (tersenyum)
Muslimah : ..Lailan saidah (Selamat malam)

Hari demi hari..

Muslim  : "Dia adalah orang yang apabila kita memandang wajahnya, hatinya menjadi gembira dan senang.    Siapakah dia? Usah menjeling-jeling memandang orang, tetapi jadilah insan itu..Selamat malam ukh.
Muslimah : (tersenyum) Syukran...Selamat malam akh.
Muslim  : Afwan..selamat malam..jangan terlupa bangun tahajud
Muslimah : Baiklah, kalau ana tak bangun enta kejutkan ya?

Bulan berganti Bulan

Muslim  : Selamat pagi, ana harap enti selalu sihat. Enti dah makan? Jom ana belanja.
Muslimah   : Tak mengapalah akh..nanti apa pulak orang kata
Muslim  : Enti ada hujah kenapa tak boleh? kita bukan buat maksiat..kita tak pegang-pegang tangan..kita bukan macam orang lain.
Muslimah  : Baiklah..ana nak siap2 dulu
(First date : Pemerah pipi dan minyak wangi dicalit)

Tahun berganti tahun

Di facebook muslimah..penuh dengan kata-kata islamik dan d 'like' oleh jejaka. saling berbalas komen dan bergurau senda. Akirnya menjadi buah mulut sahabat-sahabat dan teman rapat. Bila keadaan semakin teruk, masing-masing saling diingatkan oleh sahabat-sahabat. Namun, waktu cinta makin membuas tiada apa yang boleh menghalang dan merubahnya melainkan diri sendiri.

sudah berani calling malam-malam..

Kemuncak Cerita

suatu hari, muslim itu ke rumah gurunya untuk mendalami ilmu agama. saait itu, dia susah untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran, susah untuk faham apa yang di ajar.

Muslim  : Ustaz, Kenapa dengan ana ustaz..
Ustaz : Kamu kenapa?
Muslim  : Hati ana seperti menolak ilmu yang ustaz ajar..Ingatan susah untuk menghafal ayat suci Al-Quran.
Ustaz : (Sambil tersenyum) ilmu itu cahaya..Kenapa enta rasa tak boleh faham apa yang ana ajar..enta sendiri yang perlu tanya hati enta. Adakah hati enta sentiasa digilap dengan amalan yang ikhlas kerana Allah? Adakah hati kita ini bersih dari perkara maksiat?
Muslim : (Terbayang wajah muslimah itu..alalu dia menunduk).."Ya Tuhan, ampuni aku.." (mengalir air mata)
Ustaz  : (sambil menyentuh muslim itu) jauhkan hati dari perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada maksiat. Kelak hati akan dipenuhi dengan titik-titik hitam. Dengan itu, ilmu tidak senang untuk menembusi hati yang gelap.

"wahai anakanda..hadirlah ke majlis-majlis ilmu para ulama' dan lazimilah duduk bersama mereka (mendengar pengajian) kerana sesungguhnya hati sanubariitu akan hidup dan sihat dengan ilmu pengetahuan seperti suburnya tanah yang disirami air hujan"

Muslim  : Ya Tuhan, aku menyimpang dari syariat MU yang sebenarnya..Selamatakanlah aku kembali menyusur di jalan yang Engkau redhai.Tahajudku tak bermakna kerana niatku untuk wanita. Ya Allah...



:- Tak kira muslimah @ perempuan..hati in perlu kuat sekali katakan tidak...katakanlah ia dengan tegas..tegas dalam diri..yakin dengan prinsip dan syariat  Allah swt..Pasti akan ada yang terbaik buat kita..Insya Allah.
:- Muslim @ Lelaki : Kalau tak nak memperisterikan..usah usik hatinya..Mangsa cinta nafsu.

No comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.