Kepada sahabat-sahabat yang nak membaca entry lama.. sila klik butang ILMU disebelah kiri sidebar.. dan jangan lupa FOLLOW ME....okey..I FOLLOW YOU, YOU FOLLOW ME(^__^)v

Thursday, July 11, 2013

16 Cara Rasulullah SAW Berpuasa di bulan Ramadhan


Apa khabar semua sohabat2 aisya..puasa tak hari ni? hehe Alhamdulillah sudah 2 hari kita berjalani ibadah puasa..harap dapat terus istiqomah melakukan ibadah dalam bulan yang mulia ni..bersempena dengan bulan yang mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak ini aisya nak berkongsi ilmu sikit dengan sohabat diluar sana untuk panduan dan juga amalan kita semasa di bulan Ramadhan ini.. Semoga dengan perkongsian ilmu ini juga dapat mengingatkan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam melaksanakan ibadah puasa. Rasullullah S.A.W adalah contoh teladan yang terbaik (uswatul hasanah) untuk kita ikuti dalam apa jua perkara. Antara perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan dan amalan adalah amalan yang dibuat oleh Rasulullah S.A.W pada bulan ramadhan.

1.  NIAT 
- Niat adalah perkara utama sebelum melakukan apa sahaja perkara lebih-lebih lagi melibatkan ibadah seperti puasa. Pada bulan Ramadhan Nabi S.A.W berniat pada sebelah malam. Ia berbeza dengan puasa sunat yang niatnya boleh dilakukan pada sebelah sian. sabda Baginda S.A.W " Sesiapa yang tidak berniat puasa pada malam hari makan tiada puasa baginya" (HR. An-Nasai. Al-Baihaqi dan Ibnu Hazm).

2.  BERIKTIKAF
- Dari Ali r.a menyatakan bahawa, Rasullulah S.A.W akan mengejutkan keluarganya pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan untuk beriktikaf. Ketika itu juga Baginda S.A.W banyak melakukan perkara tersebut. Sementara Aisyah turut mentakan perkara yang sama. Katanya "Nabi S.A.W sentiasa beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan hingga akhir hayatnya".

3. IBADAH DI WAKTU MALAM (QIAMULLAIL)
- Nabi S.A.W sentiasa mengisi malam sepanjang bulan Ramadhan dengan beramal ibadat seperti solat tarawih dan membaca al-Quran secara istiqamah. Sabd Baginda S.A.W, "Sesiapa yang beribadah pada waktu malam pada bulan Ramdhan dengan khusyuk dan ikhlas, ALLAH akan mengampunkan dosanya yang lalu". (HR. Bukhari dan Muslim).

4. BANYAK BERSEDEKAH DAN BERTADARUS
- Daripada Ibnu Abbas katanya, "Rasullulah S.A.W adalah orang yang paling dermawan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan. ketika Jibrail menemuinya seperti biasa setiap malam bulan Ramadhan, lalu bertadarus bersama baginda. Ketika ditemui, baginda menjadi seorang yang lebih bermurah hati sehingga lebih banyak memberi (seperti) tiupan angin. (HR. Bukhari dan Muslim).

5. BERSAHUR
- Baginda S.A.W amat menganjurkan sahur, kerana ia mengandungi keberkatan. Anas bin Malik r.a berkata, sabda Rasulullah S.A.W, "Bersahurlah kamu, sesungguhnya ia ada keberkatannya." (HR. Muslim). Sabda Nabi S.A.W, "Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah bersahur." ((HR. Muslim).

6. MELEWATKAN IMSAK
- Rasullulah S.A.W menggalakkan dilewatkan imsak sehingga akhir malam, sebaik-baiknya sebelum masuk waktu subuh. Bagaimanapun, apabila sedang makan atau minum sahur, terdengar azan subuh, maka ia boleh diteruskan dengan menyegerakan apa yang ada di dalam mulut atau di tangan, tanpa perlu dihentikan. Rasullulah S.A.W  bersabda, "Apabila salah seorang daripada kamu mendengar azan subuh, padahal bekas minuman ada di tangannya, maka janganlah meletakkannya sehingga dia selesai minum. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah).

7. MENYEGERAKAN BERBUKA
 - Apabila yakin masuk waktu Maghrib, kita digalakkan agar segera berbuka puasa. Sahl bin Saad berkata, "Nabi S.A.W bersabda, "Firman ALLAH bermaksud, hamba-hambaKu yang lebih Aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa apabila tiba waktunya." (HR Tirmizi dan Abu Hurairah). Sabda Baginda S.A.W lagi, "Umatku sentiasa berada dalam keberkatan selama mana mereka mempercepatkan berbuka apabila masuk waktunya dan melambatkan sahur (HR Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim).

8. BERBUKA SEBELUM MENUNAIKAN SOLAT MAGHRIB
- Rasulullah S.A.W makan sedikit makanan seperti kurma dan air, kemudian barulah mengerjakan solat Maghrib. Tetapi apabila makanan sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dahulu. Tiga perkara yang diamalkan oleh Nabi S.A.W ialah segera berbuka, mengakhiri sahur dan meletakkan tangan kanan di atas kiri dalam solat. (HR Ath-Thabarani, hadis Mauquf).

9. BERBUKA DENGAN KURMA DAN AIR
- Kita digalakkan berbuka dengan kurma dengan bilangan ganjil iaitu satu, tiga atau lima. Jika tidak ada, makanlah apa saja makanan manis seperti kuih-muih dan buah-buahan. "Baginda S.A.W berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada, Rasulullah S.A.W berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada, Nabi S.A.W minum seteguk air". (HR Ahmad, Abu Daud, Baihaqi, Hakim, Ibn Sunni, Nasai, Daruquthi dan lainnya).

10. PERBANYAKKAN BERDOA KETIKA PUASA DAN BERBUKA
- Ketika berbuka puasa adalah antara waktu yang mustajab. Ia banyak disebut dalam hadis. Antaranya : "Tiga orang yang tidak akan ditolak doanya ialah orang yang puasa ketika berbuka, imam yang adil dan doa orang yang dizalimi." (HR tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban). Doa yang Nabi S.A.W ajarkan ketika berbuka puasa ialah "Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala. InsyaALLAH". (HR Abu Daud, Balhaqi, Hakim, Nasai dan lain-lain).

11. MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA
- Rasullulah S.A.W menggalakkan umat Islam menyediakan makanan berbuka kepada orang berpuasa meskipun hanya beberapa biji kurma atau segelas air. Sabda Baginda S.A.W "Sesiapa yang memberi makan orang berpuasa akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa berkurang sedikit pun pahalanya". (HR Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah)

12. BERSEDERHANA
- Rasullulah S.A.W sering menggalakkan umat Islam bersederhana dalam semua perkara. Jangan banyak tidur pada waktu siang hari dan makan pada waktu malam. Bersederhana makan dan minum untuk menyelami erti sebenar berlapar dan dahaga. Sabda Baginda S.A.W, "Takungan buruk yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantung perutnya. Memadai beberapa suap untuk menguatkan tulang belakang. Jika dia enggan, maka berikanlah satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan. (HR Ahmad dan Tirmizi).

13. MEMPAMERKAN AKHLAK MULIA
- Orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk tetapi memperlihatkan akhlak yang mulia. Sabda Baginda S.A.W, "Puasa adalah perisai. Sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa, janganlah bercakap kotor, berteriak, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika aorang lain mengejinya atau cuba memeranginya, hendaklah dia berkata, aku sedang berpuasa. (HR Al-Bukhari dan Muslim).

14. MEMPERBANYAKKAN ISTIGFAR PADA MALAM-MALAM TERAKHIR
- Banyakkan istigfar dan bertaubat pada malam-malam terakhir Ramadhan, sabda Baginda S.A.W, "Pada bulan Ramadhan umatKu diberi lima perkara yang tidak diberikan pada Nabi lain sebelumKu. Pertama, bila datang awal Ramadhan, ALLAH melihat mereka. Sesiapa dilihat ALLAH, selamanya tidak akan diazab. Kedua, bau mulut mereka pada siang hari di sisi ALLAH lebih harum dari bau kasturi. Ketiga, malaikat memohon keampunan untuknya siang dan malam. Keempat, ALLAH menyuruh syurgaNYA dengan firmanNYA, "Bersiap-siaplah dan hiasilah dirimu untuk hamba-hambaKu. Kamu telah hampir waktu rehat daripada keletihan hidup di dunia dan kembali ke tempatKu dan rahmatKu". Kelima, bila tiba akhir Ramadhan, ALLAH mengampuni dosa mereka semua". (HR Ahmad, Baihaqi dan Al-Bazzar).

15. PERGIATKAN AMALAN PADA 10 MALAM TERAKHIR
- Kita digalakkan untuk beramal pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, terutama pada malam-malam ganjir iaitu 21,23,25,27 atau 29 untuk bertemu dengan malam Lailatulqadar yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan. Firman ALLAH dalam surah Al-Qadr, ayat satu hingga tiga, bermaksud "Sesungguhnya kami turunkan Al-Quran pada Lailatulqadar. Tahukah kamu apakah Lailatulqadar?Ia adalah lebih baik daripada seribu bulan. Sabda Rasullullah S.A.W, "Sesiapa yang beribadat pada malam Al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredhaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosa yang lampau. (HR Muslim).

16. MEMBAYAR ZAKAT
- zakat fitrah umpama 'kenderaan' agar ibadah puasa diterima oleh ALLAH. Sekiranya seseorang itu tidak menunaikan zakat fitrah bagi dirinya dan orang dalam tanggungannya, sedangkan dia mampu melakukannya, maka pahala puasanya tidak diangkat ke langit. Sabda Rasullullah S.A.W, "Puasa Ramadhan akan tergantung antara langit dan bumi melainkan selepas dia membayar zakat fitrah."

SEMOGA 16 CARA DI ATAS DIJADIKAN PANDUAN KITA BERSAMA


2 comments:

Na Rieana said...

Alhamdulilah Aisya..
Ia entri yang cukup berilmu..
Selamat berpuasa untuk Aisya juga..

Ai Syah said...

Alhamdulillah.. selamat menunaikan ibadah puasa untuk Na Rieana juga..pose jgn xpose k.. ^^

Jom!! Tukar Link Blog

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles. All Right Reserved To Me.