Tuesday, July 23, 2013

Tip hijrah: berubah kearah yang lebih baik..


 
 Dengan nama Alah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah wa syukrillah hari ni sudah sampai 7 ramadhan..sudah seminggu kita berpuasa..harap2 sudah banyak amalan sepanjang 7 hari ni InsyaAllah..
Okey..Alhamdulillah hari ni aisya dapat juga "online"..dan update blog yang bersawang ni..tiba-tiba teringat zaman muda-muda dulu..zaman tak ada lampu penerang dalam hidup gelak gelita ja..alhamdulillah sekarang sudah cerah benderang..kebetulan aisya ada juga baca pasal tip nak berhijrah..jadi hari ni aisya nak buat posting pasal tip atau cara nak berhijrah menjadi seorang muslim yang lebih baik dari sebelumnya..InsyaAllah..
 
1. Niat
Dalam apa jua keadaan yang hendak kita lakukan mesti akan didahulukan dengan niat. niat untuk berhijrah mestilah tulus dan ikhlas hanya untuk mendapatkan keredhaan dari Allah swt. InsyaAllah dengan niat yang baik mesti akan mendapat pertolongan daripada Allah swt. tapi kalau kita cuma berniat untuk tunjuk menunjuk mesti ia tidak akan kekal lama.
 
2. Tetap Matlamat (Target)
Dalam apa jua kita nak buat atau nak capai kena ada matlamat..dalam konsep hijrah ni kita kena letakkan satu matlamat dalam diri kalau boleh biarlah matlamat tu matlamat jangka panjang.. supaya kita boleh terus istiqomah dengan niat kita untuk berhijrah. matlamat yang aisya maksudkan disin contohnya jangan sesekali mengulangi perbuatan di masa lampau..mungkin boleh buat rujukan atau iktibar disebalik kisah hidup kita yang dulu tetapi jangan ulang atau buat balik apa yang telah kita buat dulu..Matlamat yang akan melaksanakan niat..yang penting ikhlaskan hati kerana Allah swt.
3. Cari Suasana yang Baik atau Rakan yang Baik
Apabila kita berhijrah maksudnya kita meninggalkan yang buruk dan mengambil yang baik..jadi di situ kita kena ada daya usaha sikit..okey maksud aisya..bila kita nak berhijrah atau nak berubah menjadi lebih baik dari sebelum ni kita kena cari sesuatu yang boleh membantu kita dalam menguatkan lagi perubahan ni..contohnya cari suasana islamik, cuba libatkan diri dengan majlis2 ilmu, usrah dan hadiri forum2 agama di tempat awam ataupun di masjid..
Dari situ mungkin kita boleh mengenali saudara-saudara dan mengeratkan lagi silaturahim.. selain dari tu banyak bertanya tentang ilmu agama kepada mereka yang lebih tahu dari kita dan banyak membaca..
 
4. Cari Guru Yang Benar
benda ni banyak berlaku pada zaman sekarang bagi mereka yang baru nak belajar tentang ilmu agama..kadang-kadang ada yang silap guru..ni hanya peringatan kerana sekarang aisya tengok banyak benor ajaran sesat..jadi kepada sahabat2 tolong berhati-hati..okey.. ingat! kita cuma ikut AHLI SUNNAH WA JAMAAH sahaja..
 
5. Bersabar dengan Cemuhan
Makhluk mana diatas muka bumi Allah swt ni tak diberikan ujian dan dugaan..
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.". (Surah al-Ankabut : 2-3) 
jadi hidup ni kena sentiasa bersedia dengan apa jua jalan yang kita pilih dan setiap jalan yang dipilih tu pasti ada ujian dan dugaan..untuk menguji tahap keimanan kita..yang penting kita jangan takut dan sentiasa yakin dengan Allah swt.. Allah swt tak akan bagi ujian yang kita tak mampu nak hadapi..ujian dan dugaan yang diberi tu adalah mengikut tahap kemapuan kita yang penting kena yakin.. Jangan peduli dengan orang yang menghina atau mencemuh kita..Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif..

6. Berdoa Kepada Allah swt
Doa adalah senjata orang islam..berdoalah kepada Allah swt mohon kepada DIA agar sentiasa diberikan hidayah dan pertunjuk serta kekuatan dalam menempuh ujianNya..dan bukakan lah hati2 mereka lembutkanlah hati2 mereka untuk menerima perubahan diri ini..Allah swt lah sahabat yang paling dekat dengan kita..DIA tahu apa yang ada dalam hati kita sebab DIA yang mencipta kita..

Jadi kepada semua sahabat2 aisya dan diri aisya jugak..kena sentiasa muhasabah diri tengok dan pandang diri apa dosa hari ni yang telah kita buat..scan habis2 dan pohon keampunan kepada Allah swt..kita manusia memang selalu lalai dan leka..takkan pernah lari dari melakukan kesilapan demi kesilapan tapi Allah swt Maha Pengampun..jangan penat untuk mohon keampunan dariNya..okey harap dapat membantu diri sahabat dan diri aisya sendiri..InsyaAllah..Caiyok!! Caiyok!! ~heee ^_^
 

Penanam anggur yang tak berapa nak berjaya..heee


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi...Ahlan Wasahlan sahabat2 aisya...hai..hai..hello..hello..testing...testing..hihi..Kaifa hal? Alhamdulillah wasyukrillah.. tengah buat apa tu? ehhh buat apa lagi dok membaca la kan...tanya lagi~hihi..
Hari ni kan 14 Ramadhan dah..pejam celik..pejam celik kita da nak masuk pertengahan bulan ramadhan...sekejap ja kan masa berlalu..tak terasa pun tengok2 da siang kejap lagi nak malam..sedar2 da esok..Allah..Allah...rugilah bagi manusia yang lalai..harap kita tak termasuk dalam golongan yang lalai InsyaAllah..


Bulan ramadhan ni rasa sangat seronok..hehe tau tak kenapa..salah satu sebabnya sepanjang bulan ramadhan ni aisya mengagur..tak bekerja..memandangkan aisya baru jer habis kontrak beberapa minggu yang lepas..heeee~ pelik kan mengangur pun seronok..tak pernah dibuat orang la..tapi sebenarnya tak seronok sangat jadi pengangur ni..yg seronoknya sebab kena dengan bulan ramadhan tu jer..hihi.. anyway aisya sekarang sedang dalam proses mencari kerja baru.. kalau ada kerja kosong di mana2 inform ler kat ambo ni..~hihi..

Kerja kosong..kerja kosong...mau tak cari keja..sapa ler baik ati nak tolong bayorkan hutang pengajian aisya tu..hihi~ ada ka yg nak tolong bayar..angkat kaki..(lawak ja) ^____^.. mesti la tak adakan sekarang dah besar jadi kena fikir mcam mana nak hidup dan macam mana nak uruskan kehidupan..tu la gunanya akal..sekarang pun kerja jugak..kerja tak bergaji "Suri Rumah"..jeng..jeng.. okey apa kan beljar jadi suri rumah..(suri rumah la sangat #_#).. Walau apa pun yang penting kena usaha..dan bertawakal kalau ada rezeki Allah swt mesti akan bagi..kan (angguk sikit)

jadi kepada sahabat2 aisya yang "seperjawatan" dengan aisya tu..jom..jom kita pi cari kerja..kerja tak cari kita..hihi~moga-moga urusan kita didunia ni dimudahkan olehNYA..InsyaAllah..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.