Saturday, May 26, 2012

7 Sunnah Rasulullah S.A.W


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Wallahualam. ..

Thursday, May 17, 2012

Boleh ke..sambut HARI IBU?? Baca dulu....



alhamdulillah... topik yang best untuk dikongsi..pertanyaan yang dikeluarkan oleh salah seorang sahabat ana.. mungkin ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang ada disebalik perkatan HARI IBU yang sebenar.. sebelum tu ana nak bagitahu sebenarnya tiap-tiap adalah hari untuk ibu tiada hari yang tertentu melainkan kalau kita nak sambut hari lahir ibu atau ayah ke tu tak jadi masalah..

Hari Ibu ini adalah perayaan hari kepada ibu kepada mother  mary dan perayaan bunga orang-orang greece kuno. Pada hari ahad minggu pertama bulan mei.. nabi isa diundi oleh parlimen greece dan dianggap sebagai tuhan..pada minggu kedua bulan mei pada tahun yang sama parlimen greece memilih mary sebagai ibu tuhan dan roh musa suci dalam kandungan kerana telah dirahmati tuhan. Minggu ketiga ahad pada bulan mei pula diumumkan pengeluaran kitab baru bible iaitu perutusan ketiga bagi NewTestament iaitu mark, luke dan john dan beratus tahun selepas itu sama ada secara sengaja atau kebetulan, surah terakhir dicipta dalam minggu kelima bulan mei iaitu revelation of god (perutusan khabar bagi pengikutku)


bulan mei/5 dipandang mulia bagi penganut kristian bagi melawan umat islam. kuasa umat islam SANGAT-SANGAT TERANG DAN MANTAP PADA BULAN 5..ORANG KRISTIAN SELALU MENGANGGAP KITA MENYEMBAH MATAHARI PADAHAL MEREKA YANG SEMBAH MATAHARI.


ingatlah, bulan 5 sebenarnya bulan yang cara tak rasminya suci pada islam. matahari ada atas kaabah . dua ruang tenaga besar bergabung sehingga mampu menutup semua lubang-lubang syaitan di atas muka bumi sementara waktu..peristiwa ini ada terdapat di dalam bible Surah Kisah Para Raja.

Mereka cemburu..dan sangat cemburu, jadi sama ada kebetulan atau sengaja sejak beratus tahun lagi mereka buat kita sambut hari ibu untuk melupakan kita kepada hari besar iaitu tegaknya matahari atas kaabah. mereka nak kita sambut hari ibu sebagai penghargaan mereka pilih mary sebagai ibu tuhan dan menggunakan perkataan suci IBU untuk membuat kita sama-sama sambut kerana pengaruh IBU itu kuat.

Sedangkan kita tak ingat melainkan mereka yang ingat tentang itu..kita sepatutnya berzikir tatkala matahari ada atas kaabah untuk melawan syaitan yang bencikan cahaya.

jadi fikir-fikir dan STOP menyambut hari ibu yang ada dalam kalender tu... tiap hari ucapkan sayang kamu pada ibu kamu bukan pada hari tu jer..pastu dah tak sayang.. kadang2 kita tak tahu ada yang sedang pengaruhi kita kerna itu kita harus ambil tahu...okey ^^v semoga amalan anda pada hari ini dan seterusnya diterima oleh Allah swt. carilah CAHAYA darinya InsyaAllah anda tidak akan sesat walau dlam gelap.. ^^v


Friday, March 23, 2012

Surat CINTA buatMU Ya ALLAH..

80's, alternative, and gif image 

Tiada kata yang dapat aku susun untuk diajdikan sepotong ayat
hanya sedih yang menyelubungi hati ini
kerana tiada siapa tahu apa yang aku rasa
Aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata
bukanlah juga seorang yang pandai dalam menyusun kata dengan sempurna
apa yang mampu aku lakukan hanyalah mendiamkan diri
bersama peneman setia iaitu sekeping kertas kosong dan sebatang pen
sudah cukup untuk aku menukilkan segala kesedihan yang terbuku dihati

Dugaan demi dugaan Engkau berikan kepada aku Ya Allah
apa yang boleh aku katakan lagi..
Segalanya telah Engkau susun dalam setiap langkah perjalanan Hamba MU
Hanya air mata yang mengalir dan terus mengalir
yang bisa aku berikan dan tadahkan kepada MU

Jujur aku katakan Ya Allah..aku bukan seorang Hamba yang kuat
Kadang-kadang aku juga tersungkur di pertengahan jalan
Apa yang boleh aku lakukan Ya Allah..
Aku malu dengan diri sendiri..aku malu dengan orang sekelilinku.. aku malu pada KekasihMU Muhmmad..dan yang paling aku malu adalah pada Engkau Ya Allah..
malu dengan apa yang telah aku lakukan selama ini
Tangisan demi tangisan aku berikan
kerana hanya itu yang aku mampu lakukan
tunjukkan penyesalanku kepadaMU Ya Allah

Ketika aku berasa kesepian, berasa disisih daripada manusia-manusia lain
tiada yang aku ingat selain Engkau
mungkin ini Engkau berikan kepada aku yang telah melupakanMU
Aku tidak tahu kepada siapa untuk aku mengadu rasa sedih ini selain dihadapaMU walau aku merasa malu dengan Engkau
apa yang aku rasa hanya kehinaan..
terasa hina sekali apabila berhadapan denganMU Ya Allah
deras air mata ini mengalir bersama kata-kata dihatiku

Yakini aku Ya Allah!! Yakini aku dengan kata-kataMU..
"Tiada dugaan yang tidak dapat ditanggung oleh HambaNYA melainkan dugaan yang setimpal dengan kemampuan HambaNYA"
Kuatkanlah aku Ya Allah! Bantu aku Ya Allah!
Lindungilah aku Ya Allah..aku mohon!
setiap titis airmata yang jatuh hanya memohon keredhaan dariMU Ya Allah..
Tunjukkanlah aku cahayaMU..Ya Allah 



by: Anna Aisya (Pencaricahayaillahi)



 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.