Tuesday, August 04, 2015

RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W

Agama Islam, Biodata Lengkap Nabi Muhammad, Biodata Nabi Muhammad, Kenali Nabi Muhammad,
BIODATA RASULULLAH SAW
  Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. 
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. 
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. 
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
 
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). 
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.



Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.



KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Sumber rujukan

Tuesday, June 23, 2015

USRAH ANAK MUDA LANGKAWI

kepada pencari-pencari ilmu..dan sentiasa dahagakan pentarbiyahan berterusan dari hati ke hati.. dengan sukacitanya kami badan bekas-bekas pelajar mahasiswa telah menubuhkan sebuah usrah yang dipanggil sebagai USRAH ANAK MUDA LANGKAWI.. usrah ni tertubuh atas dasar keluhan dari sahabat-sahabat yang telah habis belajar dan apabila pulang ke Langkawi terasa kosong tanpa tarbiyah usrah.. KETAHUILAH! usrah bukanlah hanya untuk ustazah-ustazah atau pelajar jurusan agama tapi usrah adalah untuk sesiapa yang dahagakan ilmu dan ingin belajar walaupun anda bukan pelajar agama..buang mind set mcm tu!! jom! masuk USRAH!!
INSYAALLAH USRAH ANAK MUDA LANGKAWI akan mengadakan usrah terbuka kepada semua warga Langkawi khususnya MUSLIMAT pada;
hari : sabtu (27 /6/2015)
tempat : Pantai Taman Lagenda
masa : 9.30 (pendaftaran)
kami sangat mengalu-alukan semua warga Langkawi yg berminat untuk mengenali usrah dan membina ukhwah seperti yang disampaikan oleh assyahid hassan al bana “jalan dakwah kita ini adalah jalan dakwah yang satu”
Bermaksud,dakwah seperti Rasulullah, adalah yang patut kita gunakan zaman sekarang.Pengumpulan dan usrah. WALAU SIAPA PUN ANDA, RUPA ANDA, BAGUS ATAU TIDAK, ALIM ATAU TIDAK WARAK ATAU TIDAK..TUDUNG LABUH ATAU TIDAK! PERSOALANYA ANDA MAHU ATAU TIDAK..TEPUK DADA TANYA IMAN.
InsyaAllah sama-sama kita berpimpin tangan menuju ke taman-taman syurga! untuk maklumat lanjut boleh layari blogspot rasmi kami di http://ameerahlangkawi.blogspot.com/ 

Saturday, June 20, 2015

Tutorial nak letak menu tab comel

aesthetic and anime image
hari ni aisyah nak ajar korang macam mana nak letak tab menu comel sendiri punya dalam blog.. contohnya macam aisyah punya di bawah ni :
nampak? okey jom kita follow tuto di bawah:
 dashboard --> design --> add gadjet --> html/javescript
 copy and paste kod ni
<a href="LINK BLOG"><img border="0" src="URL IKON" /></a>                                   <a href="LINK BLOG"><img border="0" src="URL IKON" /></a>
warna merah tu letak link blog... warna hijau letak url ikon korang sndiri atau boleh ambil freebies di bawah :


http://i.imgur.com/2lUnh.png
 

 

 

 

Friday, June 05, 2015

Tazkirah Pembakar SEMANGAT!

Alhamdulillah aisyah nak kongsi petikan dari tazkirah usrah dari Pondok Tok Guru Haji Salleh, Sik.. bukan saja untuk membakar semangat aisyah yang kadang-kadang 50/50 ni hihi tapi aisyah juga nak kongsi dengan semua sahabat-sahabat blog yang sangat aisyah kasihi.. Ilmu Allah itu luas dan alangkah indahnya kalau kita dapat berkongsi ilmu ibarat pepatah ni "duit sikit kalau simpan lama-lama jadi bukit juga" hihi pepatah yang telah di 'renovate'..

Bismillahirahmanirahim..
 
Ketika kita mengeluh:
"Eeei...aku penat sangat.."

Allah menjawab :
"Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat" (An Naba' :9)
 
8

Ketika kita mengeluh:
"Beratnya dugaan ini, tak sanggup rasanya aku.."
 
Allah menjawab:
"Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai kesanggupan' (Al Baqarah: 286) 

8
 
Ketika kita mengeluh:
"Serabutnya...."
 
Allah menjawab:
"Hanya dengan mengingatiku hati akan menjadi tenang.." (Ar Ra'd: 28)
 
8
 
Ketika kita mengeluh:
"Apa yang aku buat ni semua sia-sia.."
 
Allah menjawab:
" Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasanya" 
(Al Zalzalah: 7)
 
8

Ketika kita mengeluh:
"Tak ada seorang pun yang nak tolong aku"
 
Allah menjawab:
"Berdoalah (mintalah) kepadaKu, nescaya Aku kabulkan" 
(Al Ghafir: 60)
 
8 
 
Ketika kita mengeluh:
"Aku sedih sangat..."
 
Allah menjawab:
"Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita" (At Raubah: 40)
 
8
 
Jangan banyak mengeluh.. banyakkan bersabar dan teruskanlah kehidupan ini dengan TAQWA.. Moga-moga kita menjadi insan yang bertaqwa.. InsyaAllah
 

Wednesday, June 03, 2015

Dalam perjalananku

 
 Teruskanlah dalam melangkah,
Allah sedang memandangmu,
Allah akan memberimu kekuatan,
Dalam beramal tanpa memandang manusia...
Sebaliknya, hanya mengharapkan redho Allah.
Yang mana hati yang dahagakan cinta dan perhatian dari Allah...

Dalam perjalananku...
Allah tidak putus mentarbiyyahku.
Walaupun dengan tangisan yang tidak pernah putus,
Tapi aku bahagia. Aku tenang. Aku tahu siapa diriku.

"Andai dalam hati kita ada Allah, maka segalanya akan SEMPURNA."
"Andai dalam hati kita ada Allah, maka kita tidak perlukan TEMAN yang lain."

Aku muhasabah diriku.

Di saat cinta Allah kukuh di jiwa,
Maka cinta palsu akan jauh pergi meninggalkan kita.
Andai cinta dengan Allah benar,
InsyaALLAH kita akan menemui cinta sejati yang
Ikhalas dan benar.
Itulah janji ALLAH buatmu.

Ambillah masa penantian ini untuk menjadi hamba yang terbaik untuk memiliki cinta yang terbaik.

Bersabarlah.
Jangan peduli apa kata orang,
Sebaliknya, pedulilah apa kata Allah.

Bersabarlah.
Allah tidak mahu dirimu dikecewakan dan dipersiakan pada masa akan datang.
Jadi, inilah yang Dia tetapkan yang terbaik untukmu.

moga Allah akan sentiasa menuntuni dalam setiap langkahmu.....

Wednesday, April 01, 2015

APAKAH HAK KAMU HENDAK MENOLAK HUKUM ALLAH?

Untitled
Aku memerhati setiap panorama dunia, akhir zaman sebenarnya mencabar. Kadang-kadang tidak sampai akalku berfikir kenapa ada manusia yang berani berkata sewenang-wenangnya terhadap hukum Allah. Sedang manusia itu lebih mulia dari binantang kerana akalnya yang dikurniakan untuk berfikir. Setiap pandangan mata dan pendengaran telinga yang dikurniakan oleh Allah itu sepatutnya kita gunakan sebaik mungkin. Kerana malas untuk berfikir akan kekuasaanNya yang luas terbentang di depan mata, kau berkata mengikut nafsu semata-mata seolah-olah kau buta untuk menilai yang mana lebih berkuasa sekarang. 

Wahai manusia, siapa engkau hendak menolak hukum dan undang-undang yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Apa kau sudah lupa yang kau juga dicipta oleh Allah SWT, di izinkan hidup atas rahmat dari Allah SWT. Boleh tidur, berjalan, ketawa, makan, berseronok dan sebagainya itu semuanya atas izin daripada Allah SWT.
Ingat! Kalau Allah SWT tidak mengizinkan apa-apa ke atas kau, kau tidak akan boleh buat apa yang kaun buat pada mula kau lahir hingga sekarang. 

Jangan bongkak wahai manusia! Janganlah kau bersikap sombong di atas muka bumi Allah SWT, sebab kau tidak memiliki apa pun melainkan semua yang ada pada hidup kau dari hujung rambut hingga hujung kaki semunya milik Allah SWT. Dan DIA boleh ambil balik pada bila-bila masa saja termasuk nyawa kau.
Bumi yang kau pijak pun takut kepada Allah SWT, langit yang kau junjung pun gementar dengan kebesaran Allah SWT. Lautan dan gunung-ganang tunduk kepada kebesaran Allah SWT. Inikan pula kau makhluk yang lemah lagi hina nak menentang perintah Allah SWT. Apa kau sedar kau tu siapa berbanding dengan Tuhanmu yang Maha Agung mencipta alam semesta ini.

Kerana pangkat kau hina aturan Tuhanmu, Kerana harta kau berjalan dengan penuh sombong di atas muka bumiNya hingga kau lupa siapa yang lebih berkuasa.
Jika kau kaya, ada yang lebih kaya dari kau. Namanya Qarin, ia hancur dimusnah oleh Allah SWT kerana kesombongannya. Seandainya kau rasa hebat, ada orang yang lebih hebat pangkatnya sebelum kau, namanya Firaun. Dia juga dihancurkan oleh Allah SWT bersama segala pangkat kebesaran dan kerajaannya.

Dan ingatlah! Sebelum kau ada Samiri yang sangat arif dan berhikmah, lalu ia dimusnahkan oleh Allah SWT. Jangan bangga dengan pangkat yang ada, jangan bangga dengan harta yang ada, jangan bangga dengan nama yang ada, jangan bangga dengan pengaruh yang ada dan jangan bangga dengan kuasa yang kau ada sehingga kau merasa kau lebih pandai dan arif dari Tuhanmu. Sampai kau menginkari segala hukum dan aturan yang telah Allah SWT tentukan di dalam agama islam.

Ingatlah wahai manusia! Kau tidak punya apa, segala inci yang kau punya sekarang semuanya milik Allah SWT. Semuanya pinjaman semata-mata, pinjaman yang tidak dikenakan bayaran selain dari menjadi hamba yang berima hanya kepadaNya.  Jangan jadi seperti “kacang lupakan kulit” buruk padahnya nanti. Dengarlah, hudud itu adalah undang-undang syariah yang ditetapkan oleh Allah SWT bukan manusia. Allah SWT yang menetapkan segalanya di dalam hidup kita bukan kita kerana DIA lebih mengetahui segala sesuatu. Hudud yang diciptakan oleh Allah SWT untuk hambaNya amatlah bersesuaian dengan fitrah manusia yang DIA cipta di atas muka bumi ini. Tapi disebabkan kebongkakkan dan kesombongan yang ada di dalam diri kau. Kau menentang seolah-olah kaulah lebih arif dari Tuhanmu. Agama islam itu bukan agama yang diamal separuh, tetapi perlu diamalkan sepenuhnya. Sepenuhnya bermaksud keseluruhan perkara larangan dan perintah dari Allah SWT. Allah SWT lebih berhak ke atas diri kita berbanding kita berhak atas diri kita sendiri. 

Fikirlah wahai manusia, apa gunanya Allah ciptakan manusia bersama akal yang berada di tempat yang paling tinggi di atas kepalamu tetapi kau tidak gunakannya untuk berfikir dengan lebih baik dan bersyukur di atas nikmat akal fikiran itu. Bumi yang dipijak ini bukan tempat selamanya. Kau akan mati dan semuanya akan mati serta musnah begitu sahaja. Bahkan bumi ini juga akan hancur, segala hartamu akan hancur lebur dengan kuasa Allah SWT. Dan di waktu itulah baru kau sedar bahawa apa yang lakukan sebelum ini adalah salah dan kau telah membuat Tuhanmu murka kepada mu. Apakah itu yang kau mahu? Di waktu itu juga sudah tiada maaf dan ampun dari Allah untuk kau wahai manusia..SEDARLAH!!

Fikirlah wahai manusia, sekiranya kau mati di dalam kemaksiatan. Kau akan dibangkitkan sama di dalam keadaan kemaksiatan. Apa kau mahu begitu? Tanya dirimu renungilah dirimu, apa kau sanggup mengadap Allah SWT di dalam kau sedang membuat maksiat. Apa kau tidak malu?
Sedarlah wahai manusia, kita semuanya hamba Allah yang lemah dan tak berdaya. Jangan bongkak dan sombong pada sesuatu yang bukan milik kita. Sedangkan kita hanya hamba Allah SWT yang di pertanggungjawab menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Sebenar-benar khalifah dan hamba yang beriman.

“Marilah kita sama-sama muhasabah dan berubah.. kembali kepada jalan Allah adalah sebaik-baik jalan penyelamat di akhirat kelak”

Dari seorang hamba yang Fakir
Noor Aishah (AisyaMuslim)
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.