Thursday, July 11, 2013

16 Cara Rasulullah SAW Berpuasa di bulan Ramadhan


Apa khabar semua sohabat2 aisya..puasa tak hari ni? hehe Alhamdulillah sudah 2 hari kita berjalani ibadah puasa..harap dapat terus istiqomah melakukan ibadah dalam bulan yang mulia ni..bersempena dengan bulan yang mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak ini aisya nak berkongsi ilmu sikit dengan sohabat diluar sana untuk panduan dan juga amalan kita semasa di bulan Ramadhan ini.. Semoga dengan perkongsian ilmu ini juga dapat mengingatkan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam melaksanakan ibadah puasa. Rasullullah S.A.W adalah contoh teladan yang terbaik (uswatul hasanah) untuk kita ikuti dalam apa jua perkara. Antara perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan dan amalan adalah amalan yang dibuat oleh Rasulullah S.A.W pada bulan ramadhan.

1.  NIAT 
- Niat adalah perkara utama sebelum melakukan apa sahaja perkara lebih-lebih lagi melibatkan ibadah seperti puasa. Pada bulan Ramadhan Nabi S.A.W berniat pada sebelah malam. Ia berbeza dengan puasa sunat yang niatnya boleh dilakukan pada sebelah sian. sabda Baginda S.A.W " Sesiapa yang tidak berniat puasa pada malam hari makan tiada puasa baginya" (HR. An-Nasai. Al-Baihaqi dan Ibnu Hazm).

2.  BERIKTIKAF
- Dari Ali r.a menyatakan bahawa, Rasullulah S.A.W akan mengejutkan keluarganya pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan untuk beriktikaf. Ketika itu juga Baginda S.A.W banyak melakukan perkara tersebut. Sementara Aisyah turut mentakan perkara yang sama. Katanya "Nabi S.A.W sentiasa beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan hingga akhir hayatnya".

3. IBADAH DI WAKTU MALAM (QIAMULLAIL)
- Nabi S.A.W sentiasa mengisi malam sepanjang bulan Ramadhan dengan beramal ibadat seperti solat tarawih dan membaca al-Quran secara istiqamah. Sabd Baginda S.A.W, "Sesiapa yang beribadah pada waktu malam pada bulan Ramdhan dengan khusyuk dan ikhlas, ALLAH akan mengampunkan dosanya yang lalu". (HR. Bukhari dan Muslim).

4. BANYAK BERSEDEKAH DAN BERTADARUS
- Daripada Ibnu Abbas katanya, "Rasullulah S.A.W adalah orang yang paling dermawan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan. ketika Jibrail menemuinya seperti biasa setiap malam bulan Ramadhan, lalu bertadarus bersama baginda. Ketika ditemui, baginda menjadi seorang yang lebih bermurah hati sehingga lebih banyak memberi (seperti) tiupan angin. (HR. Bukhari dan Muslim).

5. BERSAHUR
- Baginda S.A.W amat menganjurkan sahur, kerana ia mengandungi keberkatan. Anas bin Malik r.a berkata, sabda Rasulullah S.A.W, "Bersahurlah kamu, sesungguhnya ia ada keberkatannya." (HR. Muslim). Sabda Nabi S.A.W, "Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah bersahur." ((HR. Muslim).

6. MELEWATKAN IMSAK
- Rasullulah S.A.W menggalakkan dilewatkan imsak sehingga akhir malam, sebaik-baiknya sebelum masuk waktu subuh. Bagaimanapun, apabila sedang makan atau minum sahur, terdengar azan subuh, maka ia boleh diteruskan dengan menyegerakan apa yang ada di dalam mulut atau di tangan, tanpa perlu dihentikan. Rasullulah S.A.W  bersabda, "Apabila salah seorang daripada kamu mendengar azan subuh, padahal bekas minuman ada di tangannya, maka janganlah meletakkannya sehingga dia selesai minum. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah).

7. MENYEGERAKAN BERBUKA
 - Apabila yakin masuk waktu Maghrib, kita digalakkan agar segera berbuka puasa. Sahl bin Saad berkata, "Nabi S.A.W bersabda, "Firman ALLAH bermaksud, hamba-hambaKu yang lebih Aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa apabila tiba waktunya." (HR Tirmizi dan Abu Hurairah). Sabda Baginda S.A.W lagi, "Umatku sentiasa berada dalam keberkatan selama mana mereka mempercepatkan berbuka apabila masuk waktunya dan melambatkan sahur (HR Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim).

8. BERBUKA SEBELUM MENUNAIKAN SOLAT MAGHRIB
- Rasulullah S.A.W makan sedikit makanan seperti kurma dan air, kemudian barulah mengerjakan solat Maghrib. Tetapi apabila makanan sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dahulu. Tiga perkara yang diamalkan oleh Nabi S.A.W ialah segera berbuka, mengakhiri sahur dan meletakkan tangan kanan di atas kiri dalam solat. (HR Ath-Thabarani, hadis Mauquf).

9. BERBUKA DENGAN KURMA DAN AIR
- Kita digalakkan berbuka dengan kurma dengan bilangan ganjil iaitu satu, tiga atau lima. Jika tidak ada, makanlah apa saja makanan manis seperti kuih-muih dan buah-buahan. "Baginda S.A.W berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada, Rasulullah S.A.W berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada, Nabi S.A.W minum seteguk air". (HR Ahmad, Abu Daud, Baihaqi, Hakim, Ibn Sunni, Nasai, Daruquthi dan lainnya).

10. PERBANYAKKAN BERDOA KETIKA PUASA DAN BERBUKA
- Ketika berbuka puasa adalah antara waktu yang mustajab. Ia banyak disebut dalam hadis. Antaranya : "Tiga orang yang tidak akan ditolak doanya ialah orang yang puasa ketika berbuka, imam yang adil dan doa orang yang dizalimi." (HR tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban). Doa yang Nabi S.A.W ajarkan ketika berbuka puasa ialah "Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala. InsyaALLAH". (HR Abu Daud, Balhaqi, Hakim, Nasai dan lain-lain).

11. MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA
- Rasullulah S.A.W menggalakkan umat Islam menyediakan makanan berbuka kepada orang berpuasa meskipun hanya beberapa biji kurma atau segelas air. Sabda Baginda S.A.W "Sesiapa yang memberi makan orang berpuasa akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa berkurang sedikit pun pahalanya". (HR Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah)

12. BERSEDERHANA
- Rasullulah S.A.W sering menggalakkan umat Islam bersederhana dalam semua perkara. Jangan banyak tidur pada waktu siang hari dan makan pada waktu malam. Bersederhana makan dan minum untuk menyelami erti sebenar berlapar dan dahaga. Sabda Baginda S.A.W, "Takungan buruk yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantung perutnya. Memadai beberapa suap untuk menguatkan tulang belakang. Jika dia enggan, maka berikanlah satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan. (HR Ahmad dan Tirmizi).

13. MEMPAMERKAN AKHLAK MULIA
- Orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk tetapi memperlihatkan akhlak yang mulia. Sabda Baginda S.A.W, "Puasa adalah perisai. Sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa, janganlah bercakap kotor, berteriak, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika aorang lain mengejinya atau cuba memeranginya, hendaklah dia berkata, aku sedang berpuasa. (HR Al-Bukhari dan Muslim).

14. MEMPERBANYAKKAN ISTIGFAR PADA MALAM-MALAM TERAKHIR
- Banyakkan istigfar dan bertaubat pada malam-malam terakhir Ramadhan, sabda Baginda S.A.W, "Pada bulan Ramadhan umatKu diberi lima perkara yang tidak diberikan pada Nabi lain sebelumKu. Pertama, bila datang awal Ramadhan, ALLAH melihat mereka. Sesiapa dilihat ALLAH, selamanya tidak akan diazab. Kedua, bau mulut mereka pada siang hari di sisi ALLAH lebih harum dari bau kasturi. Ketiga, malaikat memohon keampunan untuknya siang dan malam. Keempat, ALLAH menyuruh syurgaNYA dengan firmanNYA, "Bersiap-siaplah dan hiasilah dirimu untuk hamba-hambaKu. Kamu telah hampir waktu rehat daripada keletihan hidup di dunia dan kembali ke tempatKu dan rahmatKu". Kelima, bila tiba akhir Ramadhan, ALLAH mengampuni dosa mereka semua". (HR Ahmad, Baihaqi dan Al-Bazzar).

15. PERGIATKAN AMALAN PADA 10 MALAM TERAKHIR
- Kita digalakkan untuk beramal pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, terutama pada malam-malam ganjir iaitu 21,23,25,27 atau 29 untuk bertemu dengan malam Lailatulqadar yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan. Firman ALLAH dalam surah Al-Qadr, ayat satu hingga tiga, bermaksud "Sesungguhnya kami turunkan Al-Quran pada Lailatulqadar. Tahukah kamu apakah Lailatulqadar?Ia adalah lebih baik daripada seribu bulan. Sabda Rasullullah S.A.W, "Sesiapa yang beribadat pada malam Al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredhaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosa yang lampau. (HR Muslim).

16. MEMBAYAR ZAKAT
- zakat fitrah umpama 'kenderaan' agar ibadah puasa diterima oleh ALLAH. Sekiranya seseorang itu tidak menunaikan zakat fitrah bagi dirinya dan orang dalam tanggungannya, sedangkan dia mampu melakukannya, maka pahala puasanya tidak diangkat ke langit. Sabda Rasullullah S.A.W, "Puasa Ramadhan akan tergantung antara langit dan bumi melainkan selepas dia membayar zakat fitrah."

SEMOGA 16 CARA DI ATAS DIJADIKAN PANDUAN KITA BERSAMA


Sunday, July 07, 2013

Doa Akhir Syaaban dan Doa Awal Ramadhan


 
Alhamdulillah Wasyukrillah..3 hari lagi kita akan bakal meninggalkan bulan Syaaban dan akan menjelang Bulan Ramadhan al-Mubarak pula. Maka eloklah kalo kita membaca ‘Doa Meninggalkan Hari Terakhir Bulan Syaaban’ dan ‘Doa Menyambut Bulan Ramadhan’ berikut bagi memantapkan keimanan kita; InsyaAllah
 
Doa Meninggalkan Hari Terakhir Bulan Syaaban 
“Ya Allah! Sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan dari petunjuk dan perselisihan. Bulan Ramadhan telah datang, maka selamatkan kami di dalamnya, salurkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit ini.

Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang dari semua yang tidak Dikau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan keburukan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku kerana perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.

Tuhanku! Dikau sedarkan daku, tapi daku belum juga menyedarinya. Dikau halau daku dari larangan-Mu, tapi daku belum juga terhalau, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku!!!

Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku ketika amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan ampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.

Ya Allah! Daku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan perlu pada rahmat-Mu. Sementara Dikau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkahan kepada semua hamba-Mu, Dikau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Dikau menghitung semua amal mereka, Dikau yang membagikan rezeki mereka. Dikau ciptakan mereka berbeza-beza dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua perlu pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan daku tergolong pada hamba-Mu yang soleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.

Ya Allah! Hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah! Semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keberputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riya’ atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Dikau redhai.

Kerana itu, daku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, mematuhi perintah-Mu, redha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, kedamaian dan taubat yang sebenarnya; daku memohon semua itu kepada-Mu Ya Rabbal ‘alamin.

Tuhanku! Dikau dikianati dan dicurangi kerana kelembutan-Mu, Dikau ditaati kerana kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Dikau tidak pernah dicurangi olehku dan oleh seluruh penghuni bumi. Maka jadilah Dikau bagi kami Yang Maha Pemurah dengan segala karunia-Mu, Yang Maha Perihatin dengan segala kebaikan-Mu. Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!

Semoga selawat sentiasa tercurahkan kepada Muhammad SAW dan keluarganya, selawat yang abadi yang tak terhitung jumlahnya dan tak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!”
.
(Petikan dari kitab Mafatihul Jinan, bab 2, pasal 2)

 .
.

Doa Menyambut Ramadhan 2

Salah satu cara terbaik untuk menyambut masuknya bulan suci Ramadhan al-Mubarak adalah dengan berdoa. Satu lagi riwayat para sahabat, Rasulullah SAW telah membaca Doa Menyambut Ramadhan berikut :
“Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan. Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan, Dikau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya dan telah menjadikannya sebagai penjelasan atas petunjuk dan perbezaan antara yang hak dan yang batil. Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya dan bantulah kami dalam melaksanakan puasa dan menunaikan solat di dalamnya. Terimalah amal-amal kami di bulan ini.

Ya Allah, segala puji bagiMu yang telah membimbing kami untuk memujiMu supaya kami mengerti bersyukur atas segala kebaikanMu dan supaya Dikau membalas kami dengan balasan yang Dikau berikan pada mereka yang berbuat kebajikan.

Segala puji bagi Allah yang menganugerahi kami dengan agamaNya, mengistimewakan kami dengan millahNya dan menunjukkan kami jalan-jalan kebaikanNya, dengan pujian yang Dia terima dari kita dan membuatNya redha kepada kita.

Segala puji bagi Allah yang menjadikan di antara jalan-jalan (kebaikanNya) adalah bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan Islam, bulan kesucian, bulan pembersihan, bulan menegakkan solat malam, bulan yang di dalamnya Al Qur’an diturunkan sebagai penyuluh dan penjelasan petunjuk dan pembeza bagi manusia. (QS Al Baqarah: 185).

Dia menjelaskan keutamaan bulan ini melebihi semua bulan dengan menjadikannya berlimpah dengan kesucian dan bertabur dengan fadhilah. Dia mengharamkan di bulan ini yang dihalalkan di bulan lain sebagai pengagungan untuknya. Dia larang di bulan ini makan dan minum sebagai penghormatan untuknya. Dia jadikan di bulan ini waktu-waktu tertentu (saat sahur dan buka) yang tidak boleh didahulukan dan tidak boleh diakhirkan.
Lalu, Dia muliakan satu malam di antara malam-malam bulan ini melebihi malam-malam seribu bulan. Dia namakan malam itu dengan malam Lailatul Qadar. Pada malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan, menebar kedamaian (bagi mereka) (QS al-Qadr:4-5) terus-menerus dan menaburkan keberkahan sampai terbit fajar kepada siapa saja dikehendaki dari para hamba Allah sesuai dengan ketentuan dan ketetapanNya.
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya dan ilhamkan kepada kami untuk mengenal kebesarannya (Ramadhan), mengagungkan kesuciannya, menjaga apa yang dilarangnya. Bantulah kami untuk menjalankan puasanya dengan menahan anggota badan dari dehaka kepadaMu dan menggunakannya untuk segala apa yang Dikau redhai.

Telinga-telinga kami tidak sampai mengarah pada sia-sia, mata-mata kami tidak terpusat pada kealpaan, tangan-tangan kami tidak kami hulurkan pada larangan, kaki-kaki kami tidak kami langkahkan pada keburukan, perut-perut kami tidak kami isi kecuali dengan yang Dikau halalkan, lidah-lidah kami tidak berbicara kecuali yang Dikau contohkan. Kami tidak melakukan kecuali yang mendekatkan pahalaMu dan kami tidak mengerjakan kecuali yang dapat menghindarkan kami dari siksaMu.

Maka bersihkanlah semua (amal-amal) itu dari sifat riak dan dari membangga diri. Di bulan ini kami tak akan menyekutukanMu dengan siapapun dan tidak akan mencari kerinduan selain kepadaMu.

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Bantulah kami di bulan Ramadhan untuk menjaga waktu-waktu solat yang lima dengan hukum-hukumnya yang telah Dikau tentukan, fardhu-fardhunya yang Dikau fardhukan, tugas-tugasnya yang Dikau tugaskan, dan waktunya yang Dikau tetapkan.

Di dalam solat kami naikkan kami ke tingkatan orang yang memelihara tahap-tahapnya, menjaga rukun-rukunnya, melakukannya pada waktu yang sesuai dengan apa yang disunahkan hambaMu, RasulMu SAW, dalam ruku’nya, sujudnya, dan semua geraknya, dengan kesucian yang paling tinggi dan paling sempurna, dengan kekhusyuakn yang paling nyata.

Dalam bulan ini, bantulah kami untuk menyambungkan persaudaraan dengan kebajikan dan kekeluargaan, memperhatikan jiran kami dengan bantuan dan pemberian, membebaskan harta kami dari tuntutan, membersihkannya dengan mengeluarkan zakat, mendekatkan lagi orang yang menjauhi kami, memperlakukan dengan adil orang yang menyakiti kami, berdamai dengan orang yang memusuhi kami, kecuali dalam permusuhan yang semata-mata keranaMu dan untukMu, kerana dialah musuh yang tidak kami senangi dan golongan yang tidak kami sukai.

Dalam bulan ini, bantulah kami untuk mendekatkatiMu dengan amal-amal suci yang membersihkan dosa-dosa kami dan menjaga kami dari mengulangi kecelaan, sehingga para malaikatMu tidak lebih banyak memasuki pintu-pintu ketaatan dan macam-macam peribadatan daripada yang kami persembahkan untukMu.

Ya Allah, daku bermohon kepadaMu demi hak bulan ini, demi hak siapa saja yang menyembahMu, sejak permulaannya sampai waktu kematiannya, para malaikat yang Dikau dekatkan, para nabi yang Dikau kirim, para hamba soleh yang Dikau istimewakan, sampaikanlah selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Di bulan ini, jadikanlah kami orang yang layak menerima anugerah yang Dikau janjikan kepada para kekasihMu, yang Dikau pastikan kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh beribadah kepadaMu. Tempatkan kami dalam kelompok orang yang berhak mendapat tempat paling mulia dengan rakhmatMu.

Ya Allah, sampaikanlah selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya, jauhkanlah kami dari ketergelinciran dalam bertauhid kepadMu, kekurangan dalam memujiMu, keraguan terhadap agamaMu, keburukan dari jalanMu, kelalaian akan kesucianMu, ketertipuan oleh musuhMu, setan yang terkutuk!

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Jika pada malam-malam bulan ini ada hamba yang tengkuknya dibebaskan dengan ampunanMu atau dianugerahi maafMu, tempatkan kami pada kelompok dan orang yang terbaik di bulan ini.

Ya Allah, hilangkan dosa-dosa kami bersamaan dengan hilangnya bulan sabit Ramadhan, lepaskan beban-beban kami bersamaan dengan berlalunya hari-harinya, sehingga ketika bulan ini meninggalkan kami, Dikau telah membersihkan kami deri kesalahan, Dikau sudah melepaskan kami dari keburukan.

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya, jika kami di bulan ini menyimpang, luruskanlah; jika kami tergelincir, tegakkanlah; jika syaitan musuh kami mencengkeram, selamatkanlah kami.

Ya Allah, penuhi bulan ini dengan pengabdian kami kepadaMu, hiasi waktu-waktunya dengan ketaatan kami kepadaMu, bantulah kami pada waktu siangnya dengan puasa dan malamnya dengan solat khusyuk, tunduk dan merendah kepadaMu. Sehingga siangnya tidak menyaksikan kami dalam kelalaian, malamnya tidak melihat kami dalam kealpaan. Ya Allah, jadikan kami seperti ini juga di bulan-bulan lain, sepanjang Dikau hidupkan kami.

Jadikan kami di antara hamba-hambaMu yang soleh yang menwarisi Firdaus dan kekal di dalamnya (QS Al Mukminun:11), yang memberikan apa yang mereka berikan dalam keadaan gemetaran (mengetahui) bahwa mereka akan kembali kepada Tuhan, mereka termasuk orang-orang yang berlumba-lumba mendapat kebaikan dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya.
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya pada setiap waktu dan saat, pada segala keadaan, sebanyak selawat yang Dikau berikan kepadanya dan gandakan selawat itu dengan kelipatan yang hanya Dikau yang dapat menghitungnya. Sungguh Dikau melakukan apa yang Dikau kehendaki.”
.
*) Syaikh Rakhiuddin, Iqbal al-A’mal, Muassasah al-A’la Li al-Mathbu’at, Beirut, 1996, hal. 322.
.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

 Rujukan sini


Tuesday, July 02, 2013

Kenapa soalan yang sama?

Alhamdulillah wasyukrillah..seorang sahabat aisya sudah selamat diijab kabulkan pada 20/6/2013 dengan sekali lafaz dia sudah menjadi seorang isteri.. sebenarnya bulan Jun ni sahaja sudah 5 kali aisya mendengar "Khutbah Nikah" dan senang cakap serama 5 orang sahabat aisya mendirikan rumah tangga dalam bulan yang sama dan semuanya berusia 22 tahun..Alhamdulillah jodoh mereka sampai awal dan mereka juga terselamat dari jurang fitnah lelaki dan perempuan..
kadang-kadang diri ini temenung terfikir sejenak..agak-agak aku bila lagi ye? hehe... InsyaAllah ada..sabar..belum tiba masanya lagi..
Balik rumah soalan yang sama ditanya oleh ibu aisya..aduhai..hanya mampu tersenyum sebab tak ada apa-apa jawapan yang boleh diberikan kepada ibu..kata ibu aisya 22 tahun bukan usia yang muda pada zaman sekarang..betol ka? itu baru ibu..bila mak2 saudara datang ziarah rumah mesti soalan yang sama ditanya..kenapa soalan yang sama? aisya rasa aisya masih muda..dan ilmu pun tak cukup lagi nak melangkah ke alam perkahwinan..hati terus diburu rasa takut.. kadang-kadang apabila selalu sangat ditanya..ditanya dan ditanya lagi.. dari perkara aisya suka terus jadi tidak suka mendengarnya..mesti akan cuba mengelak dari ditanya..Siapa yang tidak mahu berkahwin? mempunyai pasangan hidup adalah suatu kejadia yang Allah swt ciptakan dalam fitrah manusia yang sentiasa ingin peneman..disayangi dan dicintai..dan aisya manusia yang tidak terkecuali..cuma waktunya bukan sekarang
itu semuanya urusan Allah swt..aisya hanya bertawakal sepenuhnya kepadaNya..belum tiba masanya lagi nanti bila sudah tiba masanya pasti akan terjadi dengan izinNya..In Sya Allah..
Jadi kepada yang rasa diri sentiasa resah melihat orang lain berkahwin tetapi diri tidak mampu..berpuasalah..InsyaAllah moga hatimu terjaga.. jodoh ajal maut semuanya ditentukan oleh Allah swt..hanya bertawakal kepadaNya semoga dipermudahkan segala urusan yang berkaitan dengan jodoh dan pertemuan..Yang penting belajar cari ilmu dan amalkannya sebelum melangkah masuk alam perkahwinan.. ^^v
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.