Sunday, December 25, 2011

dia BUKAN JodohKu


assalamualaikum... alhmdulillah dapat juga saya update belog ni walau dalam sibuk..mencari ilham katakan ^^ entry kali pasal perasaan tajuknya "dia BUKAN JodohKu ~ ~" agaklahkan apa perasaan kita kalo dia bukan jodoh kita..ermmmmm mesti ssah nak jawab kerna ia bermain dengan perasaan... tapi perasan yang boley memberi kita peringatan melalui CINTA... teruskan membaca okey ^^v...


ketika jari-jemari ini ligat menaip button atas keyboard, diri ini semakin berasa tenang..Alhamdulillah..kisah ini adalah kisah temanku, tapi ku cuba letakkan diriku dalam keadaanya...

melangkah alam remaja satu kejutan budaya buatku,
ingin cuba yang ini dan ingin cuba yang itu...semua perkara diibaratkan madu..manis sentiasa...jika pahit pun hanya sebentar...
meminati dan diminati sudah sinonim dalam melayari alam remaja..itulah manisnya menjadi remaja...
jika ditanya pernahkah meminati seseorang,tipulah jika ku berkata tidak...aku mengaku pernah meminati seorang insan bernama lelaki...dialah lelaki yg mengetuk jiwa hawaku...ya ALLAH, mengapa hatiku ini sentiasa teringat kan dia..



aku mula meminatinya, apabila ku rasakan dia adalah jodohku..manakan tidak, jika ke mana-mana pasti aku ternampak bayang dia..mungkinkah itu mimpi..tidak...
jika aku bertanyakan pada rakanku tentang perkara tersebut, rakanku berkata' memanglah dah awk tu satu university dengan dia, tentulah akan berjumpa selalu'
betul juga rakanku cakap...tapi hati ku masih kuat berkata ia mmg jdohku...

pertama kali ak berjumpa dengannya, semasa perhimpunan yang diadakan dalam pasukan beruniform..dia adalh senior aku...
pertama kali ak nampak dia, hatiku kuat berkata ya..dia jodohku...



kali keduanya aku bertemu dengannya, apabila aku menghadiri konsert nasyid yang diadakan di dewan besar dalam uni kami..semuanya kebutlan..
tapi hanya ak sahaja yang perasan akan kehadirannya...dia seperti menunggu seseorang...mungkin temannya...

pertemuan seterusnya, kadang-kadang di tepi jalan dan ada juga tempat yg tak pernah difikir aku..

aku masih ingat, semasa aku buat practical training di satu tempat itu selama sebulan lebih bersempena cuti semester...ak terjumpa dia di kfc...rupanya,dia
bekerja di situ..terkejut juga bila ternampak dia..tapi dia mungkin tak perasan aku...

betul kata orang,jika kita minatkan seseorang kita akan selalu nampak dia...mungkin itulah yg terjadi kepadaku pada waktu itu...



entah bagaimana,jiwa ku cuba menyelidiki tentang diri dia...dah jadi macam stalker pula aku nih...semua tentang no. telefon serta email dia,semuanya ak sudah tahu dari sumber yang boleh dipercayai..

sejak itu aku mula text message dengan dia..ingat dia jenis yang tidak layan perempuan,maklumlah penampilannya seperti seorang yang alim dan punya ilmu agama yang tinggi...kami menjadi kawan..masa itu, Tuhan je yang tahu betapa bahagianya diriku...

lagi kuat aku katakan dia adalah jodoh ku, bila tarikh lahir kami selang sehari..aku 22 haribulan dan dia pula 23 haribulan...

2 tahun yang lepas dia mengucapkan selamat hari jadiku...ya ALLAH, bahgianya diri ku...

tidak lama kemudian, kami sudah jarang bermsg dan berhubung...

tidak lama kemudian,aku tahu yang dia sudah bekerja di johor dan menyandang jawatan yang agak baik dan kena dengan kelulusannya...aku bersyukur dia semakin bahagia...

kadang-kadang aku lihat perkembangannya di facebook...malu untuk aku bertegur sapa dengannya...sudah banyak kali aku yang mula dahulu..kadang-kadang aku berasa penat...

hinggalah ada satu masa aku terbaca sebuah artikel yang ditulis oleh seorang wanita..kata-katanya cukup menyedarkan aku atas perbuatan yg telah aku lakukan...

"Kamu tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut."

ya ALLAH,malu sungguh diriku ini...jauh terpesong dari landasan sikap muslimah sebenar...

aku bukan Khadijah,yg berani meminang Rasulullah..
tapi aku hanya wanita biasa punya hati dan persaan..
ingin mencintai dan dicintai...
namun ak tiada kekuatan sekuat Khadijah...

Astaghfirullahala'zim..




 

ada satu hari aku tergerak untuk melihat wall nya di facebook..
ya ALLAH, luluh jantung ku bila membaca post nya..bahawa dia sudah betunang 2 hari yang lepas...hari-hari mendatang aku cuba terima kenyataan bahawa dia bukan milikku...dia bukan jodohku...maaf kerana terlanjur cinta dan kata..
aku harapkan agar wanita di luar sana yang punya perasaan meminati kepada insan bernama lelaki, maka janganlah melakukan hal yg sama denganku..malah serahkanah perasaan mu itu kepada DIA..kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya...insyaALLAH jika ada jodoh tidak ke mana... ini adalah sekadar perkongsian..
~islam is the way of life~

Friday, December 23, 2011

SALAHkah aku mencintainya YA ALLAH???


cherry blossoms, gif, and japan image
Aku terkedu apabila persoalan itu keluar dari mulut salah sorang sahabat yang aku kenali, aku baru sedar bahawa memang saatnya jiwa remaja yang ingin mengenal cinta, namun apa yang boleh aku buat?  Dia telah jatuh cinta, apa yang boleh aku bualkan kepadanya tentang cinta?  Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak menyalahi erti cinta..

Apakah cinta yang sebenarnya?  Bagaimana islam memandang cinta?  Bagaimana pula jika cinta menghampiri kita?


Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselebungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih. Cinta boleh membawa sengsara juga boleh membawa kebahagiaan..ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu.

Islam memandang cinta dalam 3 perspektif.

1) menyintainya kerana ALLAH swt...(cinta sepasang suami isteri, bernikah untuk     mengelakkan maksiat,mengikuti sunah nabi)
2) cinta yang mendatangkan murka ALLAH swt (cinta nafsu berahi)
3) cinta yang mubah (cinta tidak sengaja, cinta pandang pertama, merahsiakan dan menahan diri)

jadi bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita? mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. PerAsaan ’cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci....

ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannya dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.


dalam hadis nabi riwayat ibnu majah:
”tidak ada yang lebih patut bagi 2 orang yang saling mencintai kecuali nikah”

Apa nikah?  Tidak mungkin!  Sekolah pun tak habis..bagaimana nak bernikah?
Dalam surah Al-Isra:ayat 32   ”janganlah kalian mendekati zina.”

Ah! takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina?   Bingung juga.

Sabda nabi..”janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan.”

Sahabatku, kau seorang remaja muslim yang baik,  tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan ALLAH dan rasulNYA,mampukah sahabat tidak berdalih lagi?

Jangan biarkan cinta yang indah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.
Janganlah bersedih..syurga ALLAH kan lebih indah, alangkah baiknya ALLAH.  Sanggupkah kita menkhianatinNYA? Bukankah DIA yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini?   Tidakkah dia lebih baik dan sesuai, maka lebih pantas untuk dicintai?

Rasulullah bersabda:
”tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”.......

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhirat nanti? kekasih kah?? tentu tidak.oleh itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. insyaALLAH ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami dan isteri di dunia dan akhirat nanti, insyaALLAH.


Namun sahabatku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, maka berkahwinlah......demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih, suci dan soleh sepanjang generasi zaman, insyaALLAH. ^^

*rujukan: Halaqah.net








Saturday, December 17, 2011

Masih adakah lelaki seperti ini

80's, alternative, and gif image

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca
dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang.
Jejaka ini amat suka membaca novel dan buku cerita.
Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel
yang ada tertulis nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya... :
"Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu.
Setelah pulang ke rumah,
jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niatnya ingin berkawan dengan Si gadis.
Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut..
dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.
Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang.
Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka.
Si jejaka ingin sekali bertemu gadis misterinya,
dan begitu juga dengan si gadis.
Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing,
tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang.
Si jejaka merasa amat susah hati dan bimbang ,
andai pemergiannya ke medan perang nanti...
menyebabkan dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangan
untuk selama-lamanya.


Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi,
"kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku,
kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti.
Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah.
Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

♥♥

♥♥

♥♥

Beberapa bulan kemudian...

♥♥

♥♥

♥♥

Pada hari pengumuman perang tamat,
si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan
sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya.
Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi,
sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang.
Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah.
Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah.
Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya
amat berbeza dari imaginasinya selama ini,
namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria.
Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata,
"aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu,"
kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata,
"Aku tidak tahu apa yang terjadi.
Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi.
Dia memintaku memberitahu kamu
bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini
sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~



 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.