Thursday, October 13, 2016

Budak "NightMarket"

anime, black and white, and city image
Hari ini macam biasa..

Pasar malam, malam ni agak menarik dari pandangan mata aku
nak mencari makanan yang menjadi keinginan nafsu makan tiada henti iaitu 'Yong Tau Fu' makan celup dan cicah bersama sos yang dibuat khas..

ramai manusia disekitar sini..agak sesak dan terbatas perjalanan aku menuju ke kedai Akak 'Yong Tau Fu' tu..sehinggakan kena beratur menunggu giliran masing-masing.

Sabar... nak makan jugak macam mana sekali pun..teringin sangat..sangat

sampai giliran aku memilih pilihan makanan yang aku suka lalu diambil dan dicelup oleh peniaga tersebut. aku setia menanti sambil melihat peniaga itu bekerja.
tanpa sengaja mata aku tertumpu pada seorang budak kecil yang pada pandangan aku umurnya mesti dalam lingkungan 9 tahun..

seorang budak kecil.. rambut lurus dan berkulit putih membuatkan mataku terus tertumpu kepadanya.
Dia tersenyum dan ketawa sambil menolong ibu dan ayahnya berniaga..

'aku kagum..kecil kecil sudah diajar susah'
tersenyum melihat budak itu

dia berlari keanakan menuju ke suatu tempat kemudian kembali semula kepada ibunya bersama denganya buku dan pensil.
'ibu.. macam mana nak eja plaster?'

aku tersenyum lagi mendengar pertanyaan kepada ibunya yang sedang sibuk melayani pelanggan
si Ibu langsung tidak memarahi budak kecil itu yang bertanyakan soalan di dalam kekalutan kerjanya dan menjawab dengan tenang dan tersenyum.

'P..L..A..S..T..E..R'

Budak kecil itu gembira dengan jawapan dari ibunya..lalu dia berlari ke arah seorang lelaki yang berada di belakang gerai ibu bapanya.
wajahnya riang sambil menunjukkan jawapan yang diberikan oleh ibunya.
pada pandanganku mungkin saja dia gembira kerana sudah bertemu jawapan yang betul.
lelaki itu juga memberikan kata pujian sambil menggosok kepala budak kecil itu.
anime, boy, and dog image 
dan aku bagaimana terpaku melihat budak kecil itu, mengaguminya dan menghayati setiap permandangan yang aku lihat dalam diri budak kecil itu.
dia masih kecil namun banyak yang dia pelajari di Pasar Malam ni, tempat dimana manusia mencari rezeki untuk dibawa ke hari esok.
dia budak kecil yang aku panggil 'Budak Nightmarket'..melihatnya sahaja begitu banyak sentiment-sentiment yang terpantul keluar dan tanganku sudah mula berjalan dengan laju..
Mungkin....
keserdahanaan hidup lebih baik daripada berlebih lebihan..
kerana disitu ada ibrah yang boleh sama sama diambil..

Tuesday, September 27, 2016

Dialah yang pertama..mungkin

afraid, black-and-white, and sadness image
 
kisah ini mungkin lain sedikit dari yang sebelumnya
ingin aku nukilkan di dalam blog ini agar menjadi ingatan buat semua yang sudi membaca blog aku.
'Dialah yang pertama'
ya' Dialah yang pertama...yang tidak mudah untuk dilupai dengan sekelip mata. Desiran angin yang kau rasa 7 tahun dahulu tidak mudah untuk kau lupakan. Kegirangan di dalam hati berdampingan yang tidak pernah kau belajar sebelum itu.
Semakin kau melangkah semakin banyak kenangan yang kau cuba untuk lepaskan dan lupakan. kadangkala kau menoleh kebelakang memandang kenangan yang kau cipta di dalam diri kau sendiri.
7 tahun kau menyimpan rahsia hati jauh dari sekelian makhluk hanya satu yang mengetahui iaitu DIA..
 
'apa kau rasa kau cukup kuat untuk bersembunyi?'
 
kau cuba untuk berhadapan dengan kenyataan, realiti kehidupan yang mungkin tidak semua orang faham. kau berhadapan dengan perasaanmu sendiri atau fantasi atau realiti.

Ya! kau melakukannya juga setelah kau bersembunyi..setelah sekian lama kau berdiam dari diketahui
dia menerimanya dan kau gembira..seolah olah doa kau didengar oleh tuhan Pencipta sekalian alam.. kegelisahan yang menusuk hati kau dahulunya, kini telah hilang berterbangan seperti debu-debu putih pergi dan hilang dari hati yang ada cuma pelangi indah.

'apa ini yang dinamakan cinta? bahagia sekali..'

Bahagia? apa bahagia sebenarnya menurut kau.. adakah bahagia menurutmu manusia yang kau cintakan selama ini kini membalas cinta kau.. itukah bahagia? 

cinta..bahagia itu tidak akan lama jika tidak ada redha dari tuhan kau..
manusia hatinya bisa berubah berubah..cinta juga begitu
jika kau terus dengan cinta padanya tanpa DIA maka kau akan kehilangan cinta itu
percayalah..

pedihnya menusuk terus menuju kehati.. dan waktu itu apa yang kau perlu belajar hanya SABAR dan REDHA.
sepertinya kau pernah melaluinya..iya kan?
kau tetap akan terus belajar dan belajar untuk melupakan segalanya tentang dia..

'bagaimana?'
Bagaiman? bersama tuhanmu semula DIA akan menghilangkan segala pedih didalam hatimu dan mengantikan dengan baru sesuai denganmu.
Terima dan Bersyukur..

Moga ini menjadi pengajaran kepada dirimu....


dari hati yang pernah dilukai
27/9/2016
2:59 pm


Wednesday, September 21, 2016

5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin

 
5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi
1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

Sunday, August 21, 2016

FREEBIES Cute Pictures Part #1

  
Dah lama rasanya tak bagi post freebies.. kalau ambik komen sikit ok  
 
 
 
 
 
 school, study, and university image 
  study, college, and book image 
      
    
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, June 28, 2016

"BETAPA aku tak BERGUNA"

amazing, flower, and animation image
 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Dengan helaan nafas yang panjang dari dalam benak qalbiku
Ya Allah,
Lemahnya aku rasa diri ini
Seluruh tubuh badanku lesu
Aku seolah tidak berdaya lagi untuk bergerak
Ya Allah,
Kenapa dengan diriku ini
Apakah aku sudah berputus asa
dengan rahmat dan kasih sayang Mu
Ya Allah,
Fikiran ku hilang
Hatiku resah mencari Mu dimana
meneliti setiap sudut dunia
"Dimana cintaku kepada Mu"
yang kulafazkan di awal waktu dahulu
Ya Allah,
Apakah aku telah hilang dari pandangan Mu
Apakah aku telah jauh dari Mu
Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah
Aku rasa seperti jatuh terus ke lubang "Hitam"
tidak ada satupun ranting-ranting
atau pokok-pokok yang bisa aku gapai
untuk ku memanjat semula keatas
Rahmat Mu.
 
afraid, anime gif, and black-and-white image 
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya Engkau adalah tuhanku
Engkau adalah Penyelamatku dan Penolongku
Ya Allah
Selamatkanlah aku
Bantulah aku untuk aku mengapai semula cinta Mu
Mengemis sisa kasih sayang Mu yang masih ada untuk diriku
Jiwaku terus terseksa dengan perasaan ini
"Jangan Kau hilangkan rasa HAMBA dari diriku Ya Allah Ya Tuhanku"
#sentimentuntukhati
Noor Aishah
28/6/2016
10.59 a.m

Sunday, February 07, 2016

Langit seolah berbicara kepadaku tentang KAMU..

aesthetic, pink, and anime image
Bismillahirahmanirahim..Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Segala puji hanya kepadaMU Ya Allah..


Di dalam mehnah kehidupan yang telah Engkau aturkan kepadaku sepanjang zaman ni, aku sendiri masih buntu hala tuju ku sendiri.. masih mencari di mana jalan yang perlu aku lalui.
Aku sendiri tidak tahu.. segala yang melaluiku aku singgah dan itu hanyalah sekadar persinggahan sementara yang mungkin memberi kesan di dalam hati aku sendiri.
ramai yang melalui ku... ada yang lalu begitu sahaja dan ada yang lalu dan menyinggah.
namun semuanya hanya bersahaja seolah tidak punya tujuan seperti kereta-kereta yang berlari di atas jalan sambil dipandang oleh seorang manusia hanya menunggu kereta manakah yang akan berhenti di hadapannya dan membawanya pergi.

pernah suatu ketika seorang insan yang menyinggah dihatiku, untuk pertama kalinya aku sangat yakin.
Wahai Tuhan, apakah ini pemberian dariMu kepadaku
Ya mungkin saja...moga-moga

meletakkan pengharapan yang sangat tinggi, mengharapkan sesuatu yang mungkin saja tidak akan berlaku.
Wahai hati... engkau tahu bahawa kau sangat lemah di dalam persoalan ini tetapi mengapa kau sanggup mengambil risiko yang akhirnya kau sendiri akan merana..
Engkau tahu bahawa yang perlu kau lebih Cintai itu adalah ALLAH SWT..tuhan yang menciptakanmu..

Manusia itu hanya ujian untuk manusia yang lain..fahamilah wahai hati!!
sedarilah wahai hati!
kerana kau sendiri mengetahui bahawa kau akan berubah juga suatu hari nanti..dan itu telah terjadi..

Wahai Tuhanku, Apakah Kau sedang berbicara kepadaku bahawa tidak ada yang lebih utama untuk aku cinta selain Engkau. Apakah Engkau sedang mengajarkan sesuatu kepadaku.. Jika itu kebenarannya hilangkan segala kekecewaan dan kesakitan di hatiku dan ingatilah aku dengan kalimahMu..

"Hasbi Rabbi Jallallah, Mafi Qalbi Ghairullah"
Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung, Tiada di dalam hati ku kecuali Allah

Wahai Tuhanku yang Maha Agung, sungguh aku tidak tahu sedangkan aku hanya hambaMu yang tersangat lemah, mungkin sahaja ini dugaan buatku agar aku lebih mengetahui apa sebenarnya yang sedang Engkau ajarkan kepadaku dengan akal yang Kau berikan.

Jika itu kehendakMu, aku mohon Wahai Tuhanku..
hilangkanlah rasa ini.. sesunguh melihat dan mendengar mengenainya membuatkan hatiku sakit dan terguris.. jika dia bukan untukku jauhkanlah rasa ini dan bukalah rasa ini apabila tiba waktu yang sesuai dan insan yang tepat seperti yang telah Engkau rancangankan untukku..

Jangan tinggalkan aku wahai Tuhanku yang Maha Agung, tanpaMu aku mudah lelah dalam meniti kehidupan ini..
Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi jua yang jauh di dalam lubuk hatiku..

Amin Ya Rabb!

         #Sentiment utk hati yang kian lemah
        7 / 2 / 2016
        12: 48 AM
        Noor Aishah

Monday, January 25, 2016

5 Cara Memanfaatkan Masa Sebagai Single Muslimah

5 cara memanfaatkan masa sebagai single muslimah
Perkahwinan adalah satu peristiwa besar dalam kehidupan kita sebagai seorang wanita, tetapi kita tidak seharusnya terlalu fokus kearah itu sahaja, kerana kita adalah hamba Allah dan kita juga ada peranan yang lain dalam kehidupan.
Sebagai wanita yang belum berumah tangga, kita perlu sedar bahawa prioriti kita akan berubah apabila kita sudah berkahwin, jadi penulisan ini sedikit sebanyak cuba berkongsi nasihat tentang bagaimana untuk memaksimumkan masa lapang sebelum berkahwin.
Perkongsian artikel ini adalah khusus untuk wanita yang masih lagi belum berkahwin, tetapi tidak bermakna mereka yang sudah berkahwin tidak boleh amalkan tips ini, mana yang boleh kita amalkan kita buat sama-sama ok =)

#1 Melabur masa dan tenaga untuk pembangunan peribadi dan kerjaya anda
Antara salah satu penyesalan bagi mereka yang telah berumah tangga adalah mereka tidak manfaatkan masa sebelum berkahwin untuk menguatkan rohani diri dan menstabilkan kerjaya mereka.
Jadi sementara belum ada komitmen sebagai seorang isteri dan juga ibu inilah masa anda untuk mendalami Islam dengan lebih baik dan mengukuhkan kerjaya anda. Ini kerana selepas anda berkahwin percayalah anda tidak akan mempunyai masa yang lapang sebegini lagi.
2 perkara ini sangat penting kerana bila kita sudah ada asas yang kukuh, pada fasa permulaan perkahwinan kita tidak mudah goyah sama ada dari sudut fizikal dan juga rohani.
Antara cara yang terbaik untuk mengukuhkan 2 perkara ini adalah dengan :
  1. Banyakkan meminta nasihat daripada orang tua atau mereka yang jauh berpengalaman dalam bagaimana ingin membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.
  2. Hadirkan diri dimana surau atau masjid yang buat kuliah mingguan khas untuk wanita. Antara cara lain jika ada kekangan untuk keluar dan sebagainya boleh guna youtube untuk mendengar pengisian.
#2 Berbakti kepada kedua ibubapa anda sebaik mungkin
Ramai para isteri dan ibu yang mengalami kesukaran untuk berbakti kepada kedua ibubapa mereka setelah berkahwin. Banyak sekali hadis tentang membuat kebaikkan kepada ibubapa kita.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira, maka sesungguhnya ia membuat Allah redha. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”  (Hadis riyawat Bukhari )
Jadi sementara kita belum ada komitmen untuk suami dan anak, fokus betul betul dalam mentaati ibubapa. Buat apa yang disuruh dan ambil nasihat sebagai pedoman dalam kehidupan kita.
ilmu-rumahtangga
#3 Timba ilmu tentang kehidupan berumah tangga
Sayang sekali apabila sebuah rumah tangga yang dibina hancur dengan penceraian. Sedangkan kalau kita tahu talaq ni merupakan perkara halal yang Allah sangat tidak suka.
Semua ini terjadi sebab kita tak buat persediaan yang betul. Kita perlu sedar keadaan orang yang dah berkahwin dan orang yang belum kahwin beza dia antara langit dengan bumi.
Kita tak boleh ada mindset kehidupan berumah tangga ini sama dengan kehidupan bujang. Kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya terjun dalam kehidupan berumah tangga tanpa ilmu dan nasihat yang cukup. Sebab itu kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh bawa gaduh dengan suami.
Jadi untuk buat persediaan yang betul antaranya dapatkan role model mereka yang berjaya dalam kehidupan berumah tangga ni. Minta nasihat bagaimana kita nanti sebagai isteri perlu berperanan didalam rumah.
Yang ini sangat penting,iaitu baca dan cuba fahami sikit demi sedikit psikologi dan sifat orang lelaki ini macam mana. Pernah dengar buku “Men From Mars, Women From Venus” ? Ha itulah dia punya beza, seorang dekat planet lain seorang lagi tercampak jauh dekat planet lain. Memang jauh beza cara kita hidup dengan orang lelaki punya kehidupan.

#4 Belajar kemahiran yang asas diperlukan untuk berumah tangga
Timba pengetahuan sahaja tak cukup tetapi kita juga perlukan skill dan kemahiran untuk berumah tangga. Rajin-rajinkan diri asah ilmu memasak dengan mak, belajar menghias dan decorate rumah sikit-sikit. Kalau yang ada adik-adik kecil cuba berlatih berikan kasih sayang dan layanan sebagai seorang kakak.
berdoa agar diketumakan jodoh
#5 Berdoa kepada Allah
Kita dah berusaha sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri kita sebelum berkahwin. Serahkan sahaja urusan selepas itu kepada Allah.
Kita doa supaya diberikan rezeki seorang lelaki yang soleh yang mampu membimbing kita dalam kehidupan ini menuju syurga yang abadi disana.
Dan wahai kaum hawa bersabarlah saat engkau belum lagi dikurniakan lelaki yang layak bergelar suami. Teruskan berdoa dan bersangka baiklah dengan Allah. Insyallah Allah tentu ada perancangan yang jauh lebih baik untukmu.
Nota editor : Artikel ini diterjemah dan diubahsuai daripada artikel asal di productivemuslim


Friday, January 22, 2016

Bacalah Ayat Ini Saat Sulit, Maka Allah Akan Kirim Malaikat Untuk Membantu

gif, anime, and flowers image
 Tersebutlah seorang laki-laki yang menempuh perjalanan dari Damaskus menuju Zabadani. Di tengah jalan, ada laki-laki lain yang berniat menyewa keledainya. Meski tak dikenal, ia mengizinkan laki-laki asing untuk menyewa keledainya. Keduanya berjalan menuju satu lokasi, beriringan.

“Ayo lewat arah sini,” ajak laki-laki penyewa keledai. 
“Tidak, aku belum pernah lewat jalan itu. Mari tempuh jalan yang lain.” jawab si laki-laki. Mengelak.
 

“Tenang saja,” rayu laki-laki penyewa keledai, “aku yang akan menjadi penujuk jalan.”
 
Keduanya pun berunding hingga laki-laki pertama mengikuti saran laki-laki yang menyewa keledainya.

Tak lama setelah itu, keduanya sampai di sebuah tempat yang sukar dilalui. Medannya terjal dan curam. Laki-laki pemilik keledai melihat ada beberapa mayat tergeletak di sana.
 
Tak dinyana, laki-laki yang menyewa keledainya turun sembari menodongkan sebilah pedang. “Turunlah segera! Aku akan membunuhmu!”
 
Laki-laki pemilik keledai pun berlari sekuat kemampuannya. Ia berusaha menghindar, tapi sia-sia karena sukarnya medan yang harus dilalui.
 
“Ambil saja keledai kepunyaanku.

Bebaskan aku.” ujar laki-laki pemilik keledai. Nyawanya terancam.

“Pasti. Aku tidak akan menyia-nyiakan keledaimu. Tapi, aku juga ingin membunuhmu.” Gertak si laki-laki. Bengis. 
Tak henti-hentinya, laki-laki pemilik keledai ini menyampaikan nasihat. Ia juga membacakan ancaman-ancaman Allah Ta’ala dalam al-Qur’an dan hadits Nabi tentang dosa membunuh dan melakukan kejahatan secara umum. 
Sayangnya, laki-laki itu tak menggubris. Nafsu membunuhnya sudah bulat. Tak bisa dicegah. Mustahil diurungkan. 
“Jika demikian,” ujar laki-laki pemilik keledai, “izinkanlah saya mendirikan shalat. dua rakaat saja.” 
“Baiklah,” bentak laki-laki jahat, “tapi jangan lama-lama!” 
Qadarullah, semua hafalan laki-laki pemilik keledai hilang. Saat sibuk mengingat-ingat, laki-laki tak bernurani itu membentak dan menyuruhnya bergegas. 
Akhirnya, teringatlah satu ayat oleh laki-laki pemilik keledai ini. Ia membaca firman Allah Ta’ala dalam surat an-Naml [27] ayat 62, 
“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah selain Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).” 
“Seketika itu juga,” tutur si laki-laki, “dari mulut lembah muncul seorang pengendara kuda membawa tombak. Dia melemparkan tombak tepat di dada laki-laki jahat itu hingga langsung tersungkur tanpa bernyawa.” 
“Siapakah engkau?” tanya laki-laki pemilik keledai penuh heran sekaligus haru terima kasih. 
“Akulah hamba-Nya Dia yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan.” 
Kisah menakjubkan ini juga dituturkan oleh Imam Ibnu Katsir dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim. 
Wallahu a’lam. rujukan

Friday, January 15, 2016

Syarat Sah Solat

☂Beyond The Blue Sky☁
alhamdulillah.. next posting aisya..jom kita belajar apa syarat-syarat sah solat :
         Beragama Islam
         Baligh
         Suci daripada hadas
         Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat
         Menutup aurat. Aurat bagi wanita seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua  
              tapak tangannya. sedangkan aurat lelaki ialag antara pusat dan lutut.
         Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
         Menghadap kiblat 
         Mengetahui mana yang termasuk rukun dan yang mana sunat.

Cerpen: Aku Terima Lamaran Pemilik Tudung Labuh

Terima Lamaran Credit quranicgen | “Assalamualaikum umi.”
  Wajah ceria umi dilihat dalam alam maya dengan sayunya. Skype menjadi penghubung       Hasanah dan ibunya yang berada jauh di mata tapi dekat di hatinya sepanjang masa. Raut  wajah ibunya ditatap dengan penuh syahdu. Ingin disentuh wajah itu namun jarak            memisahkan mereka.
Kini telah masuk tahun keempat Hasanah melanjutkan pelajaran di bumi Mesir. Kesibukan menimba ilmu membuatkan Hasanah tidak sedar masa berlalu dengan pantasnya. Ilmu perubatan yang dipelajari semakin hari semakin bertambah. Sudah menjadi cita-cita Hasanah sejak tingkatan empat lagi hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran ini. Jika dihitung gaji yang agak lumayan, berbaloilah dengan kesibukan seorang doktor. Namun, bukanlah wang ringgit yang dipandang tetapi matlamat berbakti kepada orang ramai tersenarai dalam 100 impiannya. Walaupun pada awalnya masalah kesihatan menjadi punca dia teragak-agak untuk menceburi bidang ini, namun Allah sebaik-baik perancang. Hasanah lebih suka berserah kepada Allah setelah berusaha dan berdoa.
“Waalaikumussalam. Adik sihat? Belajar macam mana sekarang?”
Tahulah Hasanah soalan itu memang akan keluar daripada mulut seorang ibu. Bimbang tentang keadaan yang jauh di mata walaupun telah sekian lama merantau. Ibunya lebih suka bertanya tentang pelajarannya terlebih dahulu. Mungkin kerana hati ibu sudah memahami, pelajaran adalah kunci utama tahap kesihatan anaknya itu. Apabila Hasanah tertekan dalam pelajaran, mulalah kesihatan diabaikan. Sikap yang dikatakan agak tidak matang ini memang menguasai dirinya sejak sekolah rendah lagi. Pantang keputusan peperiksaannya menurun, pasti akan ditingkatkan ulangkajinya. Dirinya terasa tercabar jika tanggungjawab sebagai seorang pelajar diabaikan dengan mudahnya.
“Alhamdulillah, baik-baik semuanya. Baru lepas habis test. InsyaAllah dah buat yang terbaik, serah dekat Allah sajalah. Orang rumah semua okay? Kak Long dengan Kak Ngah ada balik?”
“Semua okay. Kak Long baru balik hari tu. Dia ambil cuti seminggu sebab nak rehat. Dah mengandung tiga bulan katanya. Kak Ngah balik minggu depan. Nak bincang mengenai perkahwinannya terus.”
“Wah, lepas ni dah ada yang panggil Mak Su. Seronok, seronok. Tahniah lah. Kak Ngah pilih ke umi abah pilih? Hehe.”
“Dia pilih sendiri lah. Zaman sekarang orang cari sendiri lah adik. Adik dah ada calon belum?”
“Aik, pilih sendiri? Adik nak suruh umi abah carikan. Malas lah nak cari. Banyak lagi kerja lain nak buat.”
Senyuman manis terukir di bibir Hasanah. Siapa sangka disebalik kesibukan menimba ilmu, hatinya tetap dimiliki oleh hamba Allah yang telah lama tidak dihubungi. Hasanah lebih memilih untuk menjauhkan diri daripada buah hatinya itu kerana tidak ingin mengganggu tahap keimanan seorang hamba yang sedang bermujahadah. Jauh di sudut hatinya, sudah mengalah mengharapkan insan yang telah bergelar seorang hafiz al-Quran itu. Dia bukanlah perempuan yang baik-baik sebaik seorang hafizah al-Quran. Dia juga bukanlah sepintar hafizah yang dapat menghafal kalam-kalam Allah yang Teragung itu. Walaubagaimanapun, Hasanah tetap nekad untuk menjaga diri sebaiknya. Mungkin bukan layak baginya untuk mendapat jodoh seorang hafiz, tetapi mungkin lebih baik dia mengharapkan dipertemukan dengan insan yang masih mampu menjadi ketua keluarga yang boleh mengimamkan solatnya kelak. Mengharapkan jodohnya itu adalah orang yang dapat mengubahnya menjadi seorang hamba Allah yang melaksanakan amar makruf dan nahi munkar.
Perbualan di Skype tidak dapat dipanjangkan. 15 minit yang diperuntukkan dirasakan seperti 5 minit. Tidak sempat berbual panjang berkongsi suka manis seorang perantau.
“Umi, adik ada kelas 30 minit lagi. Adik nak bersiap dulu ni. Nanti sampaikan salam dekat semua okay. Kirim salam sayang”
“Okay. Adik balik Ramadhan tahun ni kan?”
“Insya-Allah umi. Doakan segalanya lancar di sini.”
…………………
Masa berlalu dibawa angin. Kesibukan membuat persiapan perkahwinan Husnina sepanjang bulan Ramadhan membuatkan kepulangan Hasanah ke tanah air lebih diperuntukkan bersama keluarga. Bukan niatnya ingin melupakan sahabat-sahabat yang telah banyak membentuk dirinya, tatapi akalnya perlu bijak membahagikan masa antara keperluan rohani dan keperluan jasmani. Cukuplah sekadar chatting di muka buku, sudah menenangkan hati Hasanah.
Ukhti, enti dah berpunya belum? – Fatimah
Belum tiba waktunya :) – Hasanah
Enti setia dengan dia lagi ke? Enti ada dapat khabar dari dia? Ana dengar tak lama lagi dia nak bertunang. Ana stalker facebook dia. Melalui komen dan post dekat wall dia, itulah yang ana faham. –Fatimah
Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga jodoh dia. Ana dah lama tak hubungi dia ukhti. Sebab ana dah buat persiapan awal-awal, Allah Maha Perancang kan. Mungkin ana memang suka dia, tapi Allah tahu sukanya bakal isterinya terhadap dia berlipat kali ganda hebat. –Hasanah
Insya-Allah. Enti jaga diri baik-baik okay. Selalu berdoa dijauhkan daripada bisikan nafsu :) –Fatimah
Terima kasih sahabat. –Hasanah
Sayunya hati hanya dipendamkan. Istighfar mula bermain di bibirnya. Air mata tidak dapat disekat untuk membasahi pipi. Patahnya hati apabila kesetiaan berakhir sebegitu rupa. Teringat kali pertama perkenalannya dengan hamba Allah yang sudah lama berada di carta hatinya. Hasanah akur dengan kesetiaannya. Barulah dia sedar, dia hanya bertepuk sebelah tangan. Cinta itu bukanlah kejam di matanya kerana cinta itu yang telah mengubah arah hidupnya. Dia akur dengan aura cinta. Seorang perempuan yang mencintai seorang lelaki akan merasakan apa yang dikatakan oleh si kekasih adalah benar belaka. Hanya diangguk, tiada digeleng. Bersyukur juga Hasanah kerana Allah memberi peluang dia menyimpan perasaan kepada insan yang melabuhkan cinta kepada Allah.
“Enti tak perlu balik kepada cara hidup lama enti. Ana mohon, teruskanlah bersahabat dengan orang yang soleh.”
Kiriman SMS Akif lima tahun yang lalu masih segar di ingatan. Berdamping dengan orang soleh telah banyak mengubah dirinya sedikit demi sedikit. Kini berakhir sudah kesetiaan hati. Hasanah sudah lama menantikan saat ini kerana kesetiaan itu sedikit sebanyak memberi harapan palsu buat dirinya. Solat tahajjud kali ini diselubungi kesedihan. Kegembiraan kakaknya yang akan melansungkan perkahwinan esok hari sedikit sebanyak meremukkan lagi hatinya. Mungkin kerana terlintas juga di hatinya ingin memiliki kekasih halal pilihannya sendiri. Tetapi segalanya telah dilupakan apabila lelaki pilihannya akan menjadi milik wanita lain. Sudah pasrah.
…………………………
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Majlis berjalan dengan lancar. Semakin bertambah ahli keluarga, semakin meriah rasanya. Sepanjang hari, tetamu sibuk menilik rumah banglo itu. Cantik indah dengan bertemakan White Garden. Mustahillah seorang pengurus butik perkahwinan membuat serba ringkas. Sering saja terlintas di fikiran Hasanah apabila ramai yang memuji. Hasanah juga tidak kurang sibuk. Sibuk ditemuduga, bila mahu melansungkan perkahwinan. Tidak kurang juga ada yang menawarkan khidmat pencarian jodoh. Semuanya dianggap lawak jenaka sahaja. Tidak terlintas lagi di fikirannya untuk ke arah membina masjid. Hatinya baru terubat luka, dibiarkan dahulu untuk pulih sepenuhnya.
“Mampu tak aku dapat suami yang soleh?”
“Allah izinkan tak aku dapat suami yang memahami aku?”
Lamunan dimatikan. Sekotak hadiah dihulurkan kepada Hasanah.
“Hadiah ni ada yang bagi untuk adik tadi.”
Abah berlalu pergi, kepenatan terpancar di wajah abahnya.
“Thanks dad! Selamat malam,” ceria suaranya.
“Orang lain bina masjid, orang lain dapat hadiah.”
Sempat lagi mengomel sendiri sebelum masuk ke bilik. Hadiah diletakkan di sisi katil, masih ada urusan yang belum diselesaikan. Setelah berwuduk, bacaan al-Mulk dimulakan. Sudah menjadi runtinnya sejak mendapat ilham daripada Allah. Bacaan ini diharap sedikit sebanyak dapat mebantunya menghadapi seksaan di akhirat kelak. Nauzubillah, hikmah pembacaan al-Mulk terlalu besar baginya. Badan dibetulkan menghadap ke arah kanan. Sunnah Rasulullah sedikit sebanyak mengingatkannya kepada Rasul terakhir utusan Allah. Hadiah. Matanya memerhati lagi, tidak sempat dilelapkan. Sekeping kad disertakan.
Assalamualaikum doktor,
Terimalah hadiah ini seadanya.
Selamat mencari kemanisan Islam,
Saya tunggu awak habis belajar.
Semoga Allah menjaga awak untuk saya (:

……………………….
Tarikh 27 Jun menjadi pilihan pasangan termuda dalam keluarga Encik Anwar ini. Anak bongsu perempuannya memilih untuk menamatkan zaman bujang seawal usia 24 tahun. Bukan kerana sudah tidak sabar, bukankah lebih baik mendirikan masjid lebih awal apabila tiba masanya adalah yang terbaik bagi menjaga hatinya yang sudah lama bersabar untuk menatap wajah bakal zaujnya.
Seperti yang diceritakan abah, pemilik hadiah adalah lelaki yang baik. Cukuplah bagi Hasanah menerima lamaran lelaki itu apabila mengetahui bahawa lelaki itu bertemu abah di masjid. Bertambah yakin lagi hati Hasanah apabila hadiahnya itu adalah tudung labuh. Hasanah beranggapan, tudung labuh itu menunjukkan lelaki itu mampu mengubah dirinya kelak. Semestinya ke arah kebaikan.
Perkahwinan Hasanah banyak menimbulkan kontroversi dalam kalangan keluarga besarnya. Tidak pernah terjadi dalam keturunan itu, berkahwin tanpa bertunang. Ditambah kekesalan lagi apabila Hasanah menerima lelaki itu tanpa mengenalinya terlebih dahulu. Dibiarkan sahaja orang berkata-kata. Hasanah sudah menjangkakan keluarga besarnya yang mempunyai darah perniagaan itu akan mencemuh dirinya. Pilihan ayahnya pasti yang terbaik buatnya. Mustahil ayahnya mencari yang tidak sekufu buatnya.
“Kenapa budak tu tak siasat dulu latar belakang laki tu. Nanti dapat tukang sapu baru tahu. Buat malu keluarga je.”
“Hasanah tak takut ke laki tu gemuk ke, tak sesuai dengan Hasanah.”
Dirinya sendiri selama ini dianggap asing kerana tidak mengikut perkembangan berfashion. Namun jalan manakah yang benar. Berlandaskan Islam atau berlandaskan masa? Akur dengan tazkirah yang pernah dibaca. Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara. Persaudaraan kerana Islam lebih mahal nilainya berbanding persaudaraan kerana pertalian darah. Keluarga kandung boleh sahaja bergaduh kerana gilakan harta, tetapi orang mukmin tetap menghormati sesama mereka dalam pembahagian harta.
….

Telah sah sudah Nurul Hasanah binti Hassan menjadi bidadari dunia Abdul Hakim bin Razman dengan sekali lafaz. Hasanah melihat sekilas wajah Hakim ketika sesi pembatalan air sembahyang. Perasaan malu masih menebal. Sejak awal pagi lagi, sesuatu bermain di fikiran Hasanah. Wajah ibu mertuanya dan kakak iparnya seperti pernah dilihat. Pandangan sekilas wajah suaminya juga membuatkan Hasanah panik.
Akhirnya, saat yang dinantikan Hasanah untuk memakai blaus pengantin menjadi kenyataan. Cantik mempesonakan. Tetamu yang hadir seakan-akan tidak percaya Hasanah tampil secomel bidadari. Mungkin kerana sikap Hasanah yang sangat bersederhana selama ini, tidak berminat untuk make up dan berpakaian secantik itu walaupun berkerjaya. Hari ini Hasanah tampil dengan kelainan untuk menjaga hati kekasih halalnya.
“Akif”
Hasanah sentap melihat wajah Akif di majlis itu. Agak kehairanan kerana majlis itu hanyalah untuk ahli keluarganya terdekat kedua belah pihak sahaja. Matanya tajam memerhatikan pergerakan Akif. Menghampiri meja santapan keluarga pihak lelaki.
“Awak, jom teman saya jumpa keluarga saya.”
Tangan Hasanah dipimpin Hakim. Akur tanpa sebarang kata-kata.
“Hakim, mama nak balik dah,”
“Mama terus balik rumah? Kalau mama nak bercuti dekat sini Hakim boleh minta pekerja Hakim simpankan hotel untuk Mama,”
Terdiam Hasanah. Dia tidak pernah mengenali Hakim. Jadi, tidak dapat disampuk perbualan itu. Hanya senyuman yang terukir.
“Boleh juga. Bukan selalu datang sini.”
“Okay mama. Nanti Hakim dengan Nurul datang tengok Mama esok okay. Boleh Nurul?”
Mata Hakim bertentangan dengan mata Hasanah. Berdegup kencang jantung insan yang baru bergelar isteri itu.
“Boleh saja. Tapi Nurul kurang tahulah tempat yang best dekat sini. Tak sempat menjelajah negeri sendiri. Banyak merantau negeri orang.”
“Itu no hal lah, sayang. Pemandu pelancong kan ada.”
Senyum sahaja dibalasnya. Hasanah sudah mula tidak senang duduk. Masih kekok dengan kaum lelaki. Terasa masih asing. Kegelisahan itu membuatkan lupa akan bayangan Akif tadi.
……………………….
Kereta BMW milik Hakim meluncur laju menuju ke tempat penginapan ibunya. Hasanah hanya diam. Suasana dalam kereta hanya diriuhkan dengan radio.
“Kenapa awak terima saya?” Hakim memulakan perbualan.
Sepi. Tiada jawapan.
“Nurul. Awak di sini kah?”
“Eh, apa awak tanya?”
“Saya tanya kenapa awak sudi terima saya walaupun tak pernah kenal,”
“Kenapa awak bagi saya tudung labuh?”
“Kenapa awak tak jawab soalan saya dulu?”
“Kenapa awak nak tahu?”
“Sebab saya suami awak.”
Hasanah terdiam. Menarik nafas, tenang.
“Saya terima awak sebab pemberian awak. Kenapa awak hadiahkan saya?”
“Saya nak isteri pakai tudung labuh. Cantik macam awak.”
Dicuit pipi Hasanah tanpa meminta izin.
“Eh, senangnye dia.”
Dibalas cubitan di paha Hakim. Kemesraan mula diperoleh.
“Kenapa dengan tudung labuh yang saya hadiahkan dekat awak tu?”
“Saya yakin awak boleh ubah saya ke arah kebaikan.”
“Tapi saya ni bukan budak sekolah agama macam awak dulu.”
“Siapa cakap budak sekolah agama saja mampu bimbing orang lain. Eh, awak kenal saya dari mana erk?”
Telefon bimbit Hakim berbunyi. ‘Mama’.
“Sayang, angkatkan. Saya tengah drive.”
“Eh, tak biasa lah.”
“Mama awak jugak.”
Diikuti sahaja arahan Hakim. Walaupun Hakim banyak mengarahnya tetapi dianggap sahaja sebagai senda gurau.
“Assalamualaikum abang. Akif ni. Abang, mama cakap mama tunggu dekat restoran bawah hotel. Jangan lupa bawak kakak ipar Akif yang abang sayang sangat-sangat tu yeah. Jumpa nanti, okay.”
Talian diputuskan. Wajah Hasanah mula berubah. Apa lagi yang Allah aturkan untuk hamba-Mu ini Ya Allah.
“Nurul, kenapa?”
“Oh, Akif call bukan mama. Dia cakap mama tunggu dekat restoran bawah hotel.”
“Dah agak dah,”
“Apa yang dah agak?”
“Akif yang telefon. Kalau dia cakap memang tak ada noktah. Lansung tak bagi peluang dekat orang lain. No wonder lah awak tergamam.”
Hakim ketawa kecil. Hasanah makin terkesima.
“Akif tu siapa?”
“Orang yang kenalkan awak pada saya,”
…………………………..
“Kenapa mesti kau buat aku camni?”
“Buat apa?”
“Kau jangan pura-pura tak tahulah. Kau memang nak hancurkan hidup aku kan?”
“Weh, aku tak bermaksud apa-apa pun. Hakim tu…”
“Hakim apa? Kau kalau tak nak dekat aku pun janganlah sampai jual aku dekat kaum kerabat kau.”
“Hasanah, tak ada niat pun. Sebenarnya Hakim tertarik dengan kau waktu dia nampak kau dekat sekolah waktu ambil result SPM lagi.”
Hasanah berlalu pergi ke arah meja utama restoran, meninggalkan bilik air di belakang dapur restoran.
“Hasanah, Allah aturkan segalanya cantik. Mungkin dah tiba masa awak gunakan cinta terhadap manusia mendekati cinta kepada Allah pula.”
Berhenti seketika. Menarik nafas. Tidak sanggup kelihatan sayu di hadapan ahli keluarga yang lain.
…………………….
Tempoh seminggu bercuti telah tamat. Hasanah terpaksa kembali bekerja. Seminggu bersama Hakim sepenuh masa seperti masih belum habis taaruf. Hati Hasanah mula terbuka kepada Hakim. Pasangannya itu sangat pandai membuka pintu hatinya. Mungkin kerana sudah halal, terasa lebih bersemangat menjalin kasih.
“Sayang, terima kasih.”
“Erm?”
“Sebab awak selalu ajak saya Qiam. Waktu bujang dulu, saya malas tahu nak Qiam.”
“Kenapa malas?”
“Balik lewat malam lah sayang. Banyak kerja dekat pejabat.Nanti tak cukup rehat.”
“Aik? Alasan.”
Hasanah sudah mengerti sekarang apa yang dikatakan oleh Akif. Bimbinglah orang untuk mencintai Allah. Tiada salahnya dikorbankan cinta, asalkan ikhlas kerana Allah. Kasih pada manusia hanya sementara, tetapi kasih pada Allah akan kekal abadi. Berkorban di jalan Allah pasti ada baiknya. Sesungguhnya Allah Maha Perancang.
“Nurul pun nak cakap terima kasih dekat abang. Sebab sekarang bila Nurul Qiam dah ada yang teman. Biasanya suruh Allah sampaikan salam rindu dekat bakal suami Nurul. Sekarang dah ada depan mata.”
“Patutlah abang rindu Nurul sepanjang masa.”
………………..
Pagi itu Hakim menghantar Hasanah ke hospital. Hari pertama menjejakkan langkah ke tempat kerja setelah seminggu bercuti membuatkan Hasanah sedikit berat hati. Tetapi masih ramai pesakit yang memerlukan dia. Rindu pada suasana hospital, membuatkan Hasanah bergegas melangkah masuk. Terlupa untuknya meminta nombor telefon bimbit suaminya itu. Manakan tidak, selama ini hanya berkepit. Tidak pernah berpisah jadi tiada keperluan meminta nombor telefon. Buntu Hasanah, bagaimana cara untuk menghubungi Hakim untuk menjemputnya. Buntu.
Abang tunggu Nurul dekat luar.
Pengirim, “weird”.
Hasanah terduduk sebentar. Terasa lemah. Siapa sangka mesej tazkirah yang tidak putus-putus dihantar oleh orang yang tidak dikenalinya selama ini telah menjadi suaminya. Siapa lagi yang akan memanggilnya dengan gelaran Nurul melainkan Hakim. Pernah juga Hasanah bertanya kepada insan yang dipanggil weird itu siapakah gerangan empunya badan. Tetapi mesejnya tidak terbalas.
Menuju ke kereta milik suaminya. Dihulurkan tangan untuk bersalam dengan Hakim. Kali ini senyuman tidak terukir sejelas biasa.
“Kenapa?”
“Abang yang hantar mesej tazkirah dekat Nurul selama ni?”
Hakim hanya mengangguk.
“Kenapa tak pernah cakap siapa abang dekat Nurul?”
“Sebab abang tak nak kacau Nurul. Nurul kan budak baik.”
“Terima kasih abang sebab jaga Nurul dari dulu.”
Hasanah rasa sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan yang sangat menyayanginya. Dirinya terasa dihargai. Perancangan Allah penuh dengan rahsia. Allah pisahkan Hasanah dengan Akif kerana Allah tahu Hakim lebih memerlukan dia. Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya tidak pernah putus. Cuma manusia yang tidak pandai menghargai. Kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dengan kurniaan Allah. Yang dilihat ialah apa yang dia mahu, harus diperoleh! Pengalaman hidup Hasanah sangat manis setelah diduga oleh Allah. Dugaan itu adalah tanda kasih Allah pada hamba-Nya.
     Salimi Ismail
     perkongsian dari sini

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.