hye...dah solat dhuha belum pagi tadi? hope hangpa semua dah tunaikan..agar dipermudahkan dan dibuka pintu-pintu rezeki yang ada..hanya kepada Allah swt je tempat kita nak bermohon rezeki.. ingat! Allah swt tu Maha Pemurah..minta jer kalau rezeki tu baik untuk kita insyaAllah DIA akan perkenankan..so.. Jangan risau bab2 rezeki ni sebab manusia lain tak boleh ambik Allah swt yg simpan..
k.. hari ni secara ringkas nak tunjukkan kepada sahabat-sahabat macam mana nak menunaikan solat sunat dhuha ni..apa yg kita kena buat dan bila.. check out di bawah.. ^^
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang
hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan
paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling
sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Ringkasan Tatacara
Mengerjakan Solat Dhuha
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati
untuk mengerjakan solat Dhuha
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah
al-Fatihah
5)
Membaca Surah
al-Qur’an
boleh baca surah-surah seperti al-kafirun (rakaat 1)
al-ikhlas (rakaat 2)
al-ikhlas (rakaat 2)
Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat
kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali
4) Berdoa
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu
matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah
dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal
melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi
segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan
setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya,
dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki
dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
- Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
- Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
- Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
bila melaksanakan 4 rokaat apakah dia harus salam dua kali mohon di jelaskan kepad saya karna saya kurang memahami thaksss
ReplyDeleteya..solat sunat dhuha dibuat 2 rakaat..andai kata nak buat 4/6/8 atau 12 rakaat sekali pun perlu di buat 2 rakaat sehingga ckup jumlah yg kita nak.. faham ka? mf lmbt rply hrp dpt bantu.. ^___^
Deletesalam.. terima kasih kerana share.. :)
ReplyDeleteMohon shre ilmu ini diblog sy boleh?
ReplyDeleteboleh...silakan ^_^
DeleteMaaf sy krg phm..masa rakaat kedua tahiyyat akhir lalu salam dan bgn blik utk rakaat seterusnya?
ReplyDeleteAdakah wajib membaca doa semasa sujud terakhir itu?
ReplyDelete@Ridzuan Nasir ya..sehingga ckup bilangan rakaat yg kita nak buat ^^
ReplyDelete@Anonymous tidak..itu adalah perkara2 sunat, buat dapat pahala tak buat kita yang rugi ^^
ReplyDeleteMohon penjelasan lg adakah masa kita bangun balik setelah selesai tahiyyat akhir rakaat kedua perlu niat semula
ReplyDeleteYa. Itu dilakukan dgn setiap 2 rakaat. Slps bagi salam rakaat kedua bangun dan niat semula. Mcm sembahyang trawih tu..
DeleteSoalan saya pun sama macam soalan yang wardah hana tanya tu.. mohon penjelasan.. TQ
ReplyDeleteMohon share boleh???
ReplyDeleteboleh saya tanya??bacaan doa semasa sujud rakaat ke 2 wajib dibaca atau tak??mohon penjelasan..
ReplyDeleteBacaan pda rakaat 1 dan 2..nk baca surah yg mna 1?? 10x atau sekali jer???
ReplyDeletedibuat dapat pahala, xbuat kita yg rugi
ReplyDeleteada blog cakap 1 salam, sini dua salam, macam mana nak pastikan kalau ada dua cara ni?
ReplyDeletemohon jawab
@Ridzuan Nasir
ReplyDeleteassalamualaikum nak tanya, kalau yg surah tu, mana2 surah pun boleh ke? asalkan surah alquran?
ReplyDeleteterima kasih sis ai syah. ilmu yg sangat berguna ;-). mohon share di blog sy juga ye
ReplyDeleteNk tnya jgk...blh ke.cth...pg dh buat solat dhuha..lps tu smbg kerja...lps tu pukul 10 buat dhuha lagi...lps tu pukul 12 buat lg dhuha...ataupun kene buat terus x blh berhenti2
ReplyDeleteNk tnya jgk...blh ke.cth...pg dh buat solat dhuha..lps tu smbg kerja...lps tu pukul 10 buat dhuha lagi...lps tu pukul 12 buat lg dhuha...ataupun kene buat terus x blh berhenti2
ReplyDeleteboleh..krn dia tak tetap pun kata sekali nak buat terus 4/6 rakaat sekaligus..selagi tak habis waktunya..lg pula ia adalah sunat..
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletenak tanya kalau buat solat sunat dhuha lebih dari 2rakaat.. setiap 2rakaat salam diikuti dgn doa dhuha atau rakaat yg terakhir sahaja perlu doa dhuha??
assalamualaikum..waktu solat dhuha nie smpi pukul brapa??? kn solat fardhu zohor pukul 1 lebih..so smpi pukul 12 je ke????
ReplyDeleteassalamualaikum...nak tnya ckit..waktu solat dhuha nie sampai pukul brapa ???
ReplyDeleteselagi x masuk waktu solat zohor ke?? atau samapi pukul 12 je???
ASSALAMUALAIKUM, IZINKAN SY KONGSI YE DAN SIMPAN.. TERIMA KASIH.. ILMU YANG BNYAK MANFAATNYA..SEMOGA KITE MENDAPAT KEREDHAAN DAR NYA.. AMIN..
ReplyDeleteSy krg faham...kita niat shja aku menunai sunat dhuha 2 rakaat kerana allah taala...tp rakaat kedua slps tahyat akhir kita salam...pstu bgn blk tuk rakaat seterus nyer ke...contoh kalo nk wt 8 rakaat..bgmn dgn niat kita sebut 2 rakaat..tp kita mngrjakn smpai 8 rakaat...hrp tolong beri pnerangn...sy krg fhm...tq
ReplyDeleteKepada saudara Ahmad Danish Irfan Ahmad Haidar
ReplyDeletesyarat solat sunat dhuha cuma 2 rakaat sahaja.. contoh kalau nak buat 8 rakaat boleh tp solat 2 rakaat bg salam kemudian buat semula 2 rakaat bagi dan seterus sampai cukup 8 rkaat sama juga kalo nak buat 12 rakaat..tp mesti la niat utk 2 rakaat sahaja..jgn niat 8 rakaat terus..salah tu ^^ buat 2 rakaat 2 rakaat ya..wallahu a'lam
assalammualaikum saudari... terima kasih atas perkongsian ilmu... sangat2 menghargai penerangan dari saudari tentang doa masa sujud... terima kasih sekali lagi
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ilmu..
ReplyDeleteSalam saudari saya nak bertanya sekiranya boleh bantu..sekiranya saya nak solat dhuha 4 rakaat..adakah di setiap dua rakaat tu saya nak kena niat solat empat rakaat untuk satu salam ke atau niat dua rakaat setiap satu salam..? Sekira tak keberatan tolonglah jawab...
ReplyDeleteSalam saudari saya nak bertanya sekiranya boleh bantu..sekiranya saya nak solat dhuha 4 rakaat..adakah di setiap dua rakaat tu saya nak kena niat solat empat rakaat untuk satu salam ke atau niat dua rakaat setiap satu salam..? Sekira tak keberatan tolonglah jawab...
ReplyDeletewassalam ya saudari
ReplyDeletesolat sunat ada 2 rakaat saja
kalau cik nak buat 4 rakaat
cik perlu buat 2 rakaat 1 salam 2 rakaat 1 salam
sama juga kalau cik nak buat 6/8/12 rakaat sekalipun
moga dapat membantu cik
wallahu taala a'lam
salam sy nak tanya kalau sy buat solat sunat dhuha dua rakaat bacaan rakaat pertama surah al kafirun dan rakaat kedua surah al ikhlas shj boleh ke?
ReplyDeleteBoleh je nak baca surah apa2 pun..takdak masalah..
DeleteTapi jangan pulak tak baca surah al-Fatihah..
DeleteAssalamualaikum saya selalu buat solat sunat dhuha tapi hanya mampu buat 4 rakaat sbb berkerja... adakah setiap salam lepas 2 rakaat perlu baca doa dhuha atau pada rakaat terakhir...terima kasih assalamualaikum..
ReplyDelete