Tuesday, January 08, 2013

Cara menunaikan Solat Istikharah


Greeting Text 
Apabila kita susah atau dalam dilema dalam melakukan sesuatu keputusan , adakah ianya akan membawa kebaikan atau kemudaratan kepada diri, seharusnya kita berserah kepada Allah untuk menentukan baik buruk sesuatu itu kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang hambanya. Pohonlah petunjuk kepada Allah supaya memberikan ilham dan petunjuk kepada hambanya untuk membuat keputusan terbaik.

Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Solat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

  Lafaz Niat
 
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:

Al-Fatihah di setiap rakaat
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

  Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/07/doa-solat-istikharah-sq1.png 
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”  

  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

* Sumber sini

Selamat menunaikan ibadah

 

3 comments:

  1. istikharah....narin nk sgt2 buat istikharah..tapi narin takut untuk hadapi kenyataan jodoh..narin takut dia bukan jodoh narin.. tapi tiap dalam solat..narin berdoa dan menyebut name penuh dia untuk dijadikan jodoh narin...salah ke care narin kak?? narin nak mintak pendapat.

    ReplyDelete
  2. @ALICIA NARIN SHAHterlebih dahulu narin kena tahu apa itu solat sunat istikharah..istikharah dibuat bila kita rsa susah nak buat keputusan.. berbelah bagi nak atau tidak. dan adakah benda yang kita nak terima tu baik utk kita atau buruk utk kita.. jadi dekat sini kita buat solat sunat istikhrah mohon bantuan dan pertunjuk dari Allah swt..tak semestinya kita buat solat istikhrah terus dpt tau siapa jodoh kita..semuanya harus tawakal kepada Allah swt dengan usaha kita. kalau kita buat pilihan..berdoalah semoga pilihan itu adalah pilihan terbaik utk diri kita dan jika tiada jodoh..terimalah dengan redha kerana Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya.. wallahualam..

    ReplyDelete

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.