Tuesday, January 13, 2015

Aku Si Pendengar Setia..

https://lh6.googleusercontent.com/-k8fUEDD9DFY/UxOfzsFUK8I/AAAAAAAAACs/87qaF5-IP0A/ejtu3d.jpg
Ini kehidupan..mungkin tak semua orang sedar inilah kehidupan dan perjalanannya yang memakan masa. Aku dan kamu semua berjalan mengikut haluan yang berbeza..jalan yang berbeza. Setiap jalan kita akan jumpa macam macam jenis keadaan yang tidak atau telah kita jumpa sebelum ni. Namun, tak semua keadaan tu kita mampu hadapi.. Disebaliknya punya pelbagai cerita dan watak yang menarik atau tak.

Dan aku..Si Pendengar Cerita mereka yang Setia

macam..macam cerita dan kisah yang telah aku dengar sepanjang perjalanan hidup aku,
cerita yang mungkin gembira dan lucu...
 
http://static1.gamespot.com/uploads/original/1425/14251903/2742192-8202922419-tumbl.gif 
 
atau mungkin sedih dan kecewa..
 
http://i.imgur.com/qAWtuNV.gif  
Semuanya si pendengar ini setia mendengar segala masalah kamu.. dan ada disampingmu disaat kau tak mampu untuk menahan segala derita dan tekanan yang kau tanggung.. si pendengar ini akan mengesap setiap air mata yang menitis jatuh dr sepasang matamu dan kadang..kadang si pendengar ini tempat untuk engkau dakap dan lepaskan segala beban yang kau tahan didadamu.. ya..dia si pendengar itu setia mendengar semua cerita yang kau ungkapkan kerana dia yakin kepada Allah swt yang memberi segala dugaan dan ujian kepada hambanya..sebagai hamba aku dan kamu tidak mampu untuk merungut  atas apa yang telah diberikan olehNya.
...Tapi....
apa kau tidak sedar... si pendengar ini juga seorang manusia seperti mu.. yang kadang..kadang berhadapan dengan dugaan dan ujian jua spt mu.. di saat si pendengar ini jatuh di timpa tangga.. menangis sendirian..dimana dirimu? ingatlah..si pendengar yang setia ini bukanlah seorang malaikat yang tidak ada perasaan malah dia juga seorang manusia sama sebijik seperti dirimu..punya perasaan gembira, sedih mahupun kecewa..juga mahu mencerita akan rintihan hatinya.
Namun..
Semua beban yang dirasainya..yang ditanggungnya ditolak ketepi hanya kerana mahu mendahului dirimu. walaupun dirinya sesak dengan masalah yang menimpa dirinya..keutamaan diberikan lebih kepada mu..
..Tapi..
dimana dirimu disaat hatinya remuk..berkecai..
disaat hatinya berderai menjadi kepingan..
http://media.giphy.com/media/1hMJTkDXPTBiU/giphy.gif 
semuanya si pendengar ini simpan jauh dilubuk hati.. 
kau tak akan mampu untuk melihat air matanya..kekecewaannya..kesepiannya..
yang akan kau lihat..senyumannya..kata semangatnya 

yang hanya  ada pada luaran semata..
selami dan hargai Si Pendengar yang Setia..kerana dia juga MANUSIA bukan PATUNG..

Thursday, November 13, 2014

I'M BACK!!

http://media.giphy.com/media/VgClqfxi2w1KU/giphy.gif
 
Ahlan wasahlan semua..yeay..bestnya dapat menaip lagi hihi
 
APA KHABAR?? KHAIFA HAL?... i'm exciting girl now..hihi alhamdulillah dapat pegang keyboard dan menulis lagi dalam blog ni.. rasanya dah lama sangat dah tak menaip, tak berangan, tak mengarut dan tak berceloteh dalam blog..rindu sangat.. hehe okey rasa macam nak menulis story ja pas ni..nak angau-angau sorang diri kan..bestnyaaaaa..hihi

Syukran jiddan semua yang masih tak putus-putus ziarah dalam blog pci ni walaupun tuan belog dia menyepi sekian lama kan.. tapi berkat doa kalian insyaAllah aisya is BACK!! haha buat gempak sikit. okey teruskan membaca entri2 yang akan datang InsyaAllah akan bermanfaat untuk semua.. semoga perjalanan hidup kalian sentiasa dipermudahkan dan diperkuatkan oleh Allah swt InsyaAllah.. 


Tuesday, September 23, 2014

Tutorial Humayrah Shawl

Ini adalah TUTORIAL cara nak pakai Humayrah Shawl.. MUDAH DAN CEPAT!!
Cer try..cer try..!!
SELAMAT MENCUBA.. 




Sunday, August 31, 2014

Bila datang musim kahwin.. i am waiting..no

The Story about her Wedding!!
Felling so wonderful.. She wants me to be apart on her story wedding..
so, i brought her..my special doodle just for the lovely girl my friends..
Congratulation dear!!

Doodle The Latest..Tangan menggatal nak melukis..

http://37.media.tumblr.com/tumblr_mcbsy121a11rjvf24o1_500.gif
 
Back to draw!! rasanya dah lama xmelukis sejak2 keja ni..tp Alhamdulillah doodle masih cute miut cm dulu jugak.. jadi utk santapan semua yang merindui drawing doodle yg paling latest dari Ai'sDoodles..ini hasilnya..doodle aisya dah terbang jauh melancong ke negara orang hehe

 
 
https://scontent-b-sjc.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/l/t1.0-9/10522445_687102971376474_307417821388393157_n.jpg?oh=4c1b5f2fcc5b7e5305eaeaa2a53e1245&oe=547C20A4  


Monday, June 30, 2014

Cuba cari ruang yang masih tersimpan..aku boleh!

http://37.media.tumblr.com/c297a0cdcda6305434adb152ed22b270/tumblr_n4hv2bMzS31s0th0jo1_500.jpg
 
Ahlan wasahlan semua.. kembali menaip, sejak tutup 'mukabuku' ni..blog dan ig ja jd santapan mata. tgk ruang penulisan tapi tak tahu nak coret apa dalam ruang tu..kosong ja rasa, tak ada idea yang baik untuk dikongsi.
Sejak akhir-akhir ni macam-macam masalah datang..bulan ramdhan diuji dengan macam2 dugaan sampai nak bernafas pun rasa sesak di dada.. kepala pun naik pening yang mana dulu nak selesaikan. ada yang dah selesai datang timbul balik. sekarang banyak habiskan masa untuk diri sendiri sampai terlupa ada orang memerlukan diri ini.
Ya! aku diperlukan sangat ni oleh mereka tapi aku sendiri sarat dengan masalah kiri kanan atas bawah.. sampai satu tahap bermandi dengan air mata. Ya Allah.. bila dugaan datang bagai batu besar terhempap atas kepala boleh rasa kesakitan sampai sesak dada. rasa nak lari..jauh dari semua orang tapi mana mungkin..mereka memerlukan perhatian dan tumpuan dari aku. bagai mana nak motivasikan orang lain kalau diri kita sendiri tak tentu arah..rasa tak mampu..sangat2 tak mampu.
tapi..aku cuba..cuba cari ruang yang masih tersimpan kerana aku yakin boleh hadapi, mulut tak mampu nak berkata2 kepada mereka yang diri ini sedang lemas. aku mendengar kerana aku tahu dengan hanya menjadi pendengar yang baik mereka akan rasa dihargai dan terasa lega dari masalah mereka. tapi sungguh tak ada perhatian, sambil mendengar kepala memikirkan masalah diri sendiri..maafkan diri yang lemah ni kerana tak mampu nak beri perhatian yang terbaik seperti sebelum ni. yang pasti..cuma seungkap kata yang dapat diberi kepada mereka..
 
"Sabar..ini dugaan dari Allah.."
 
Ya..ini dugaan dan aku sedang melalui fasa yang menyakitkan itu. tersenyum dan cuba beri aura positif dan kekuatan kepada mereka..walaupun didalam hati sedang menangis sekuat2nya. 
 
"Hati..semoga kau tabah dan kuat, bukan untuk hari ini. Tapi untuk setiap hari yang akan datang"
 
Cukup bagi ku sekadar mendengar dan melihat senyum diwajah mereka..rasa dihargai, rasa ada seseorang disaat diri sedih dan perlukan tempat untuk meluahkan rasa yang tersimpan.. itu cukup memberi kebahagian kepada diri aku walaupun diri sendiri sedang bergolak. Jika itu membahagiakan mereka..maka aku akan cuba yang terbaik semampu diri yang lemah ini..
 
Kata murabbi "biarlah apa pun orang nak buat dekat kita..nak pinggirkan kita, nak tinggalkan kita macam tu saja ke..atau apa2 saja..TAPI kita jangan sesekali melakukan perkara tersebut kepada orang lain..kalau kita mudahkan orang lain Insya Allah..Allah swt akan mudahkan perjalanan hidup di dunia dan diakhirat"
 
 
 
This Template Was Made & Design With Love By AlHumayrahOnlineShop. All Right Reserved To Me.